Mulut orang yang mahu pinjam duit itu begitu manis sekali hingga buat orang jadi percaya dan simpati kepadanya. Lalu dihulurkan duit kepada si peminjam itu, siap dengan pesanan “Jangan lupa bayar balik” dan si pinjam kata “Pasti! Saya akan bayar balik.”. Tersenyum lebar si peminjam, terasa bebanan di bahunya ringan kerana duit sudah ada di tangan.

Selepas beberapa ketika, si peminjam beri pelbagai alasan apabila diminta untuk bayar semula duit yang dia berhutang itu sehingga ada peminjam duit yang mahu ugut pukul atau putus perhubungan dengan orang yang beri hutang. Dia lupa. Dia lupa dunia ini hanya sementara tatkala dia menganiaya orang yang memberi hutang sedemikian rupa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah anda mangsa si peminjam duit anda? Mungkin 15 alasan ini pernah anda dengari dari mulut-mulut mereka itu.

Kongsikan kisah ini bersama famili dan kawan anda.

LIKE Facebook The Vocket disini.