Kecoh pada bulan ini apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak untuk menahan suspek yang terlibat dengan Macau Scam yang terdiri daripada orang ternama serta para selebriti.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila suspek Macau Scam iaitu Goh Leong Yeong @ Alvin berjaya melarikan diri sewaktu dalam tahanan SPRM pada 11 Oktober lalu. 15 hari berlalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan suspek yang melarikan diri melibatkan judi dalam talian dan pengubahan wang haram pada jam 1.20 pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
295831
Sumber: The Star

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang. Difahamkan suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan permohonan reman.

Tambahnya lagi, Alvin telah ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan polis yang memburu suspek.

Dilaporkan sewaktu kejadian meloloskan diri 15 hari lalu, lelaki itu telah ditemani tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

ezgif-3-ba90fe44c33a
Sumber: Berita Harian

Sebelum ini, terdapat anggota polis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian di Cheras.

Setakat ini, SPRM memilih untuk membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Pada minggu lalu pihak PDRM pada awalnya mengesahkan Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam sebelum menafikannya.

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab

Tidak Tampil Bantu Siasatan Kes ‘Macau Scam’, Pelakon Lelaki Dan Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM

 

Sumber