Nota Editor: Artikel ini ditulis dengan kebenaran dan persetujuan Puan Yohana Sabri untuk dikongsi bersama pembaca setia The Vocket


Seringkah para ibu diluar sana tertanya-tanya dan risau apa yang anak-anak anda makan di sekolah? Izinkan kami berkongsi idea ‘lunch box’ yang sangat menarik dimana ia boleh diaplikasikan oleh para ibu diluar sana.

Puan Yohana Sabri merupakan seorang ibu yang bekerjaya dan dikurniakan 3 cahaya mata, seorang lelaki yang berada di Darjah 4 manakala 2 orang lagi adalah pasangan kembar perempuan yang berada di Darjah 2.

Keterujaan beliau untuk mencipta idea-idea ‘lunch box’ ini bermula apabila anak kembar beliau yang lebih cerewat dalam soal pemilihan makanan ingin melangkah ke alam persekolahan. Beliau risau anak kembarnya tidak akan makan di kantin sekolah dan hanya makan makanan ringan. Anak lelaki beliau juga pernah mengadu bahawa penat beratur dan makanan di kantin juga tidak sesedap masakannya. Malah, agak mustahil pula untuk beliau membeli makanan yang sihat dan lengkap setiap hari.

Bermula pada Januari 2014, pertama kalinya lunch box beliau tercipta untuk ketiga-tiga anak kesayangannya. Beliau pada mulanya amat risau jika anak-anaknya tidak suka akan ‘lunch box’ yang beliau sediakan. Kerisauan beliau terungkai apabila setelah menjemput mereka pulang dari sekolah. Keterujaan beliau mula membuak-buak apabila mendapati ketiga-tiga bekas lunch box habis dan licin! Bermula hari itulah, obsesi beliau untuk menyediakan lunch box yang berwarna-warni dengan makanan seimbang dan sihat untuk anak-anak menjadi suatu kemestian yang beliau sediakan setiap pagi persekolahan.

Hari ini, beliau amat berbesar hati untuk berkongsi 15 hidangan lunch box terbaik yang pernah beliau hasilkan untuk menjadi sumber inspirasi ibu-ibu yang membaca cerita ini. Lihatlah betapa kreatifnya hidangan yang disediakan melalui kepelbagaian pilihan warna, jenis dan susunan makanan yang di atur bagaikan hidangan yang disediakan chef setiap hari!

Menu 1 – Nasi Goreng + Ayam Goreng Pandan + Frugurt + Bijirin Milo

1

 

Menu 2 – Burger Ayam dan Keju + Jagung Kukus + Frugurt

2

 

Menu 3 – Roti Canai + Kari Ikan + Snek

3

 

Menu 4 – Sandwitch Telur dan Keju + Snek + Kismis

4

 

Menu 5 – Pasta + Sos Bolognese + Kepingan Nuget Ikan + Limau Mandarin

5

 

Menu 6 – Kuetiaw Goreng + Kek Butter + Snek dan Buahan

6

 

Menu 7 – Roti Panggang Keju + Telur Hancur + Jagung Kukus

7

 

Menu 8 – Roti John + Muffin Telur + Pisang + Kismis/Snek

8

 

Menu 9 – Nasi Himpit Goreng + Kepingan Nuget Ikan + Limau Mandarin

9

 

Menu 10 – Nasi Putih + Sup Tauhu Telur + Sambal Sardin + Snek/Buahan

10

 

Menu 11 – Bihun Karot Goreng + Buahan + Snek

11

 

Menu 12 – Macaroni Goreng + Sandwitch Nutela + Limau Mandarin

12

 

Menu 13 – Bubur Ayam + Ikan Bilis Goreng dan Kentang + Roti Coklat

13

 

Menu 14 – Penkek Pisang + Madu + Muffin Telur dan Ayam

14

 

Menu 15 – Nasi Ayam + Buahan

15

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group