Sudah menjadi resipi buat jenama Xiaomi dalam menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga berbaloi. Langkah Xiaomi ini dilihat berjaya pada Redmi Note 7 setelah model ini berjaya memperoleh jumlah penjualan mencecah 15 juta unit hanya dalam jangka masa enam bulan selepas pelancaran.

Meskipun hadir dengan harga mampu milik, model ini masih lagi berjaya menawarkan spesifikasi yang memukau buat para pengguna. Model ini hadir dengan skrin LCD 6.3-inci dan dikuasakan dengan processsor Snapdragon 660 dan 4GB RAM. Ruang storan 64GB yang disediakan pada kami cukup memuaskan untuk penggunaan harian.

edited08-1_mba3

Apa yang membuatkan model ini menjadi pilihan sudah pastinya penyertaan dwi-kamera pada bahagian belakang dengan lensa 48-megapixel dan 5-megapixel manakala kamera 13-megapixel pula disertakan pada bahagian hadapan.

Melihat kepada jumlah penjualan yang mencecah 15 juta dalam jangka masa enam bulan, secara tidak langsung mengesahkan mengapa telefon pintar ini menjadi pilihan ramai disamping harganya yang berbaloi.

KvaXJPGU6jQSyVgkjQ8CLX

Buat anda yang berminat untuk mendapatkannya, esok merupakan hari yang sesuai kerana bersempena dengan Lazada Mid-Year Sale, anda berpeluang mendapatkan Xiaomi Redmi Note 7 dengan harga RM679 sahaja. Lebih menarik, promosi ini ditawarkan dengan waranti tambahan daripada Lazada selama setahun.

Sumber