Jangan terkejut melihat senarai kereta ini. Walaupun ia kepunyaan jutawan dan billionaire bidang teknologi, anda pasti tidak menjangkakan antara golongan itu ada kenderaan yang bersifat sederhana.

Buat pengetahuan anda, semua kereta ini digunakan sebagai pengangkutan harian oleh 10 orang jutawan dan billionaire yang terkenal di dunia. Antaranya, pengasas dan pengasas bersama Facebook, Google, Oracle dan Dell.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Agak-agak pengasas Uber pakai kereta apa?

Steve Ballmer

1. Ford Fusion Hybrid
car 01

Ford Fusion Hybrid menjadi pilihan bekas CEO Microsoft dan pemilik Los Angeles Clippers iaitu Steve Ballmer.

car 01a

Dia menerima kereta pertama jenis Ford Fusion Hybrid pada tahun 2009 di mana kereta ini diserahkan sendiri oleh CEO Ford, Alan Mulally. Teknologi suara yang dikenali sebagai Ford Sync adalah hasil usahasama bersama teknologi Microsoft.

Sean Parker

2. Audi S5
car o2a

3. Tesla Model S
car 02

Presiden pertama Facebook dan pengasas bersama Napster, Sean Parker kelihatan menggunakan Audi S5 di sekitar San Francisco. Walau bagaimanapun, dia memandu Tesla Model S berharga US$100,000 semasa di Los Angeles.

Mark Zuckerberg

4. Acura TSX
car 05a

5. Pagani Huayra
car 05b

Sebelum ini Mark Zuckerberg menggunakan Acura TSX kerana ia selamat, selesa dan tidak menjolok mata. Dia dilaporkan telah membayar US$1.3 juta untuk sebuah kereta sport Itali iaitu Pagani Huayra.

Dustin Moskovitz

6. Volkswagen R32 Hatchback
car 03

Pengasas bersama Facebook dan billionaire muda Dustin Moskovitz memandu Volkswagen R32 Hatchback yang kini boleh dibeli dengan harga US$13,000 sahaja.

Tim Cook

7. BMW 5 Series
car 04

8. Porsche Boxster
car 04a

Kereta pertama Tim Cook (Apple) ialah Porsche Boxster. Sekarang ini dia memandu BMW 5 Series.

Jeff Bezos

9. Honda Accord
car 06

CEO Amazon, Jeff Bezos masih memandu Honda Accord yang dibelinya pada 1996. Kereta itu sekarang berharga US$4,000.

Michael Dell

10. Porsche Carrera GT
car 07a

11. Hummer H2
car 07b

CEO Dell, Michael Dell memiliki beberapa buah kereta. Antaranya Hummer H2 yang sudah tidak diproduksikan lagi dan Porsche Carrera GT.

Bill Gates

12. Porsche 959
car 08

Billionaire Microsoft, Bill Gates memiliki beberapa koleksi kereta Porsche. Antara kereta itu, Porsche 959 mempunyai kisah menarik di mana Bill Gates telah membelinya sebelum ia diluluskan oleh EPA atau Jabatan Pengangkutan pada 13 tahun kemudian.

Elon Musk

13. Jaguar 67 Series 1 E-Type
car 09

Billionaire, Elon Musk menghasilkan kereta jenama sendiri iaitu Tesla tetapi tetap mempunyai kereta jenama lain seperti Jaguar 67 Series 1 E-Type.

Sergey Brin

14. Tesla Model X
car 10

Pengasas bersama Google, Sergey Brin merupakan salah seorang pelabur Tesla. Jadi tidak pelik jika dia menyukai kereta jenama Tesla. Dia merupakan orang ke-4 menerima kereta terbaru Tesla jenis SUV model pertama Tesla iaitu Model X.

Larry Ellison

15. Lexus LFA
car 11

CEO Oracle, Larry Ellison memiliki kereta sport Lexus LFA yang harganya bermula dari US$375,000.

Travis Palanick

uber

Pengasas Uber bergerak ke sana-sini hanya dengan menggunakan perkhidmatan Uber. Dengan Uber, dia akan mempunyai pemandu sendiri dengan pelbagai jenis kereta.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram