Index terbaru bagi senarai passport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016 baru saja dikeluarkan oleh firma Henley & Partners.

Menurut Henley & Partners Visa Restrictions Index yang dikeluarkan pada 24 Februari lepas, Jerman merupakan negara yang memiliki passport paling berpengaruh di mana pemegang passport negara ini memiliki visa free access di 177 buah negara.

Indeks ini telah menyenaraikan 199 buah negara (daripada 218 negara) yang mampu memberikan kebebasan untuk travel kepada warga mereka berdasarkan data yang dikeluarkan oleh International Air Transport Association (IATA).

Menurut index tersebut juga, IATA merupakan pemegang terbesar data bagi informasi travel dunia (‘the world’s largest database of travel information’).

Point yang diberikan adalah berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara berdasarkan peraturan visa yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, termasuk peraturan visa sementara.

Selepas Jerman, Sweden berada di kedudukan nombor 2 dengan visa free access ke 176 negara.

United Kingdom yang pernah berada di tangga teratas pada tahun 2013 dan 2015 telah jatuh ke tangga ke 3 bagi tahun ini, berkongsi bersama Finland, Perancis, Itali dan Sepanyol iaitu 175 buah negara.

USA jatuh ke tempat ke 4 (daripada tempat ke 2 pada tahun lepas), berada bersama Belgium, Denmark dan Netherlands yang mana visa free access adalah sebanyak 174 buah negara.

Passport Malaysia berada di tangga ke 12 berkongsi dengan Liechtenstein dan Slovenia, dengan free access visa ke 164 buah negara. Manakala no 11 adalah passport dimiliki oleh Slovakia sebanyak 165 negara.

Bagi negara dengan akses tanpa visa ke negara lain paling terhad, Afghanistan berada di kedudukan paling bawah iaitu di ranking ke 104, dengan akses ke 25 negara sahaja.

Pakistan berada di kedudukan ke-2 paling terhad dengan kebenaran masuk tanpa visa ke 29 negara dan Iraq berada di nombor 3 paling bawah, terhad kepada 30 negara sahaja.

travel

Berikut merupakan senarai 15 negara teratas yang memiliki passport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016:

  • Ranking, negara, visa-free access
  • 1. German, 177
  • 2. Sweden, 176
  • 3. Finland, Perancis, Itali, Spanyol, United Kingdom, 175
  • 4. Belgium, Denmark, Netherlands, United States, 174
  • 5. Austria, Jepun, Singapura, 173
  • 6. Canada, Republik Ireland, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Portugal, Switzerland, 172
  • 7. Greece, New Zealand, 171
  • 8. Australia, 169
  • 9. Malta, 168
  • 10. Hungary, Czech Republic, Iceland, 167
  • 11. Slovakia, 165
  • 12. Malaysia, Liechtenstein, Slovenia, 164
  • 13. Latvia, 163
  • 14. Estonia, Lithuania, 162
  • 15. Poland, 161

Untuk senarai penuh Henley & Partners Visa Restrictions Index  bagi tahun 2016 anda boleh semak di sini.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →