Tak begitu banyak info tentang bagaimana untuk ke Palestine yang dikongsikan oleh mereka yang pernah ke sana.

Jika ada yang berkongsi, kebanyakkannya dalam bentuk karangan yang panjang sehingga sukar untuk kita mendapatkan point-point penting secara terus dan straight to the point.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk itu, saya berjaya mendapatkan kebenaran daripada Zaid Traveler, seorang anak muda yang berpengalaman travel di negara Timur Tengah untuk berkongsi 12 tips penting yang boleh dijadikan panduan  buat yang ingin ke Palestine.

Untuk pengetahuan, rakyat Palestine sangat mengalu-alukan kedatangan dan kunjungan rakyat Malaysia kerana antara punca pendapatan mereka adalah dari sektor pelancongan.

Selain daripada dapat melihat kesan sejarah, kunjungan anda ke Palestine juga secara langsung akan menjadi sokongan moral kepada saudara seagama di sana yang sentiasa ditindas oleh tentera dan orang-orang Israel.

Baca: Inspirasi Dari Rakyat Gaza. #4 Paling Kontroversi

Berikut adalah tips daripada Zaid.

 

zaid-traveller-3
Walaupun dalam paspot Malaysia tidak dibenarkan untuk memasuki Israel, usah khuatir, Israel takkan cop dalam paspot kita. Ni contoh border pass yang di cop Israel, gambar kenangan pada tahun 2010.

Sedikit panduan untuk masuk ke Jerusalem Palestin.

Cara yang paling mudah untuk masuk ialah melalui Jordan (King Hussien Bridge) dan melalui Allenby border Israel. Walaupun Palestin merupakan sebuah negara, tetapi sempadan dikawal oleh askar Israel Zionis. Pelik kan!

Berikut beberapa nota penting dan tip untuk ke Jerusalem :

  1. Tak perlu Mahram bagi wanita untuk ke Jerusalem (Masjid Al-Aqsa)
  2. Perlu dapatkan visa daripada Israel
  3. Visa perlu mohon sebaiknya 45 hari awal, sebab proses ambil masa yang agak lama untuk siap.
  4. Untuk mohon visa Israel perlu melalui mana-mana agensi di Jordan, boleh mohon via emel sahaja.
  5. Bayaran visa ke Jerusalem dikenakan sebanyak USD15.
  6. Bayaran departure tax dekat border Israel sebanyak USD55, untung Israel ni, dah la ceroboh tanah orang, dia paw lagi duit orang. Haha.
  7. Dicadangkan minima 3 hari di Palestin, selain dari Jerusalem boleh pergi ke Hebron, Jericho dan Bethlehem.
  8. Bagi kaum lelaki, jangan pakai kopiah semasa berada di border Israel, nanti banyak soal askar zionis, urusan pun akan jadi rumit dan lambat. Tunggu lepas masuk ke Jerusalem baru pakai.
  9. Walaupun Israel membenarkan kita duduk maksima 3 bulan, tetapi kita tidak boleh duduk lebih dari sebulan, bergantung pada tempoh visa Jordan, maknanya sebelum tamat visa Jordan kita wajib keluar dari Palestin. Visa Jordan boleh mohon masa sampai, dapat 30 hari.
  10. Bila masuk melalui Allenby border, masa balik pun mesti melalui border yang sama, tidak boleh untuk kita keluar melalui border lain seperti Eillat ataupun Tel Aviv.
  11. Dah alang-alang masuk melalui Jordan, boleh terus jalan-jalan Jordan, banyak tempat-tempat menarik di sana.
  12. Dicadangkan 10 hari untuk lawatan ke Palestin dan Jordan.

Untuk ke Gaza lain pula caranya, percubaan saya utk ke Gaza dah beberapa kali digagalkan oleh Israel Zionis. Geram sungguh! Mungkin bukan rezeki lagi.

Baca lagi: 3 Hari Di Palestin, Pemuda Ini Berkongsi Pesanan Daripada Imam Masjidil Aqsa

Buat anda yang membaca, Palestine menunggu kunjungan dan ziarah kita.