Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tidak terlepas untuk dengar pembentangan itu, bukan?

Kalau anda mahu tahu, PEMULIH ialah bantuan tambahan untuk rakyat dan perniagaan bertahan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagi menyokong kelangsungan perniagaan, inisiatif ini bakal beri manfaat kepada sektor yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kat sini kami kongsikan senarai bantuan menerusi PEMULIH buat sektor-sektor yang terjejas di luar sana. Mungkin anda salah seorang yang terlibat? Kalau macam itu, let’s go!

Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 – bayaran tambahan RM1,000

Pemulih 1

Berita baik! Bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan disalurkan kepada penerima yang layak. Sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021.

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ni, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti. Jangan lupa mohon!

Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 – tiada syarat had gaji ditetapkan

Pemulih 2

Khas buat majikan! Program Subsidi Upah (PSU) sekarang sudah ada versi baru iaitu PSU 4.0 yang akan dilaksanakan selama 4 bulan, bermula 1 Ogos 2021.

PSU 4.0 akan disalurkan terus kepada majikan. Bantuan ni terhad untuk 500 orang pekerja. Sebanyak RM600 bagi setiap pekerja akan diberikan kepada majikan untuk dua bulan pertama. Dua bulan selebihnya adalah khas untuk sektor dalam senarai negatif.

Sebelum ni, syarat gaji pekerja kenalah RM4,000 ke bawah. Kali ni, tiada syarat had gaji ditetapkan. Senang cerita, majikan boleh mohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000. Majikan hanya perlu masukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Pengecualian levi HRD Corp – buat majikan yang tidak dapat beroperasi

Pemulih 3

Buat majikan yang tidak dapat beroperasi semasa PKP, anda diberi pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan. Tidak perlu daftar apa-apa sebab semua majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan dikecualikan daripada caruman secara automatik.

Selain itu, majikan daripada sektor baharu dirangkumi ekoran peluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001 akan dilanjutkan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021.

PenjanaKerjaya 3.0 – sediakan banyak peluang pekerjaan

Pemulih 4

Banyak peluang pekerjaan yang disediakan dalam PenjanaKerjaya 3.0 ni. Ada beberapa penambah baiikan juga. Antaranya had kelayakan gaji dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program #Malaysianisation. Sebagai dorongan untuk majikan ganti pekerja asing dengan pekerja tempatan juga.

Lepas itu, kontrak penggajian juga dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan. Bagus bukan?

Program Shop Malaysia Online – meningkatkan jualan usahawan tempatan

Pemulih 5

Usahawan tempatan mesti sudah biasa dengan Program Shop Malaysia Online kan? Ia diperkenalkan di bawah pakej PENJANA pada tahun lalu. Sekarang sudah ada tambahan peruntukan RM300 juta pula itu.

Program ini sudah berjaya bantu lebih 200 ribu usahawan tempatan. Jualan mereka jugak meningkat melalui platform e-Dagang dengan nilai transaksi mencecah RM1.8 bilion. Hebat la!

Industri Hiburan – manfaatkan penggiat seni

Pemulih 6

Rakyat Malaysia dengan hiburan tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, peruntukan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan akan diberikan bagi menyokong industri seni dan kreatif tempatan. Apa yang penggiat seni ini akan dapat?

Antaranya insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO. Mereka jugak dapat produk untuk tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.

Bantuan Khas Taska – RM3,000 one-off

Pemulih 7

Sejak PKP dilaksanakan, taska dan tadika swasta tidak dibenarkan beroperasi. Oleh itu, semestinya ada bantuan istimewa buat pengusaha taska dan tadika swasta di luar sana.

Bantuan Khas Taska sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan Khas Pengusaha Kantin – RM1,000 one-off

Pemulih 8

Kalau sekolah tidak boleh dibuka kepada pelajar untuk datang semasa PKP, kantin juga tidak boleh beroperasi. Betul tak? Sebab itu la adanya Bantuan Khas Pengusaha Kantin. Bantuan kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar.

Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan – RM3,000 one-off

Pemulih 9

Faham sangat dengan keadaan pandemik yang tidak membenarkan pusat sukan beroperasi. Oleh itu, pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya akan menerima Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan secara one-off sebanyak RM3,000. Ingat itu!

Bantuan Khas Golongan OKU (Orang Kurang Upaya) – RM500/seorang untuk 3 bulan

Pemulih 10

Bagi membantu golongan OKU yang hilang pekerjaaan atau tiada kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, ada Bantuan Khas Golongan OKU tau. Bantuan kewangan RM500/seorang akan diberikan untuk tempoh tiga bulan.

Kemudian, Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU jugak dibuat untuk menyediakan bantuan asas modal perniagaan. Dengan itu, OKU dan gelandangan dapat dibimbing untuk mengurus perniagaan mereka. Jangan lupa support mereka!

Penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA

Pemulih 11

Bagi anda yang buat pinjaman perniagaan dengan MARA, anda boleh mohon penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan sehingga 36 bulan. Terpulang pada anda.

Bukan setakat itu sahaja, MARA juga akan lanjutkan diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021. Dapat la menarik nafas lega sikit kan?

Dana untuk PKS dan usahawan mikro

Pemulih 12

Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) paling terkesan sewaktu PKP. Bagi mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan, had siling jaminan di bawah SJPP ditingkatkan sebanyak RM20 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM56.5 bilion.

Buat perniagaan mikro pulak, program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga RM1.1 bilion. Pembiayaan mudah ni akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional yang masing-masing berjumlah RM500 juta, dan TEKUN sebanyak RM100 juta.

Institusi koperasi juga disokong melalui peruntukan RM20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Bantuan kepada sektor pelancongan – RM3,000 one-off

Pemulih 13

Anda yang terlibat dalam agensi pelancongan, dengar ini! Bantuan one-off sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar. Bantuan ini sebagai pendorong atau kick-start untuk anda apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak.

Lebih-lebih lagi, anda juga ditangguhkan untuk pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat. Pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan juga akan diberikan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini. Sabar sikit lagi!

Program i-Citra – pengeluaran sehingga RM5,000

Pemulih 14

Anda salah seorang ahli KWSP? Mungkin anda berminat untuk mohon i-Citra untuk kelangsungan perniagaan anda. Pengeluaran sehingga RM5,000 boleh dibuat dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. Tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Permohonan program i-Citra boleh dibuat di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Boleh mohon kalau berminat.

Moratorium penangguhan bayaran balik pinjaman – selama 6 bulan

Pemulih 15

Anda mesti sudah tahu pasal moratorium ini kan? Permohonan moratorium ni sudah dibuka pada 7 Julai 2021. Tidak kisah la anda ini golongan golongan B40, M40 atau T20, malah usahawan mikro sekalipun, semua peminjam individu boleh mohon moratorium selama enam bulan.

Kali ini, syarat sudah dilonggarkan. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan. Tiada juga semakan sama ada anda sudah hilang pekerjaan. Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Mudah dan cepat!

Kemudahan moratorium ini ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas juga. Tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Hubungi pihak bank untuk memohon ya!

Pemulih 16

Banyak juga bantuan yang disalurkan menerusi PEMULIH. Jangan lupa kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang ekonominya terjejas semasa PKP 3.0. Sharing is caring!

Kita kenalah hargai usaha murni oleh kerajaan bagi membantu sektor perniagaan, PKS dan peniaga dalam menghadapi kesukaran dalam segi ekonomi semasa PKP 3.0. Memang tabik la!

Untuk info lebih lanjut tentang setiap bantuan, anda boleh terus ke laman web Kementerian Kewangan di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/. Semoga bantuan PEMULIH dapat mengurangkan beban perniagaan anda di luar sana!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Petugas PPV Ambil Nombor Telefon Tanpa Kebenaran, Hantar Mesej Peribadi Ganggu Wanita

‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam