Nampaknya selepas 15 tahun beroperasi, kedai buku ikonik buat penduduk Petaling Jaya iaitu MPH yang bertempat di 1 Utama bakal ditutup tidak lama lagi.

Setakat ini, difahamkan MPH sudah mengurangkan bilangan cawangan mereka kurang daripada 30 di seluruh Malaysia. Malah, rangkaian kedai buku lain nampaknya lebih berhati-hati dalam membuka cawangan kedai buku berikutan jumlah jualan yang tidak meyakinkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Komika

Pengurangan orang ramai yang minat membaca buku antara yang turut menjadi punca dimana MPH terpaksa menawarkan ruang yang lebih bagi penjualan barangan-barangan lain termasuk mainan. Peningkatan buku digital antara yang membuatkan rangkaian buku fizikal terkesan secara tidak langsung.

Dalam pada itu, buat anda yang mahu mendapatkan buku daripada MPH dengan mudah, anda boleh dapatkannya secara atas talian melalui MPH Online Store. Rangkaian kedai ini turut mengucapkan terima kasih buat para pembeli dan pembaca selama 15 tahun beroperasi di MPH 1 Utama.

Sumber