Sampah bagi anda mungkin adalah ‘harta’ pada orang lain. Itulah yang dapat kami katakan apabila seorang warga emas dari Terengganu ini mempunyai minat unik iaitu mengumpul botol kaca di pesisiran pantai.

Tengku Mohamad Ali Mansur yang berusia 74 tahun ini telah menjalankan misi membersihkan pantai dengan mengumpul botol kaca sejak 15 tahun lalu. Difahamkan, beliau berjaya mengutip 9,000 botol kaca yang dipercayai dihanyutkan dari Laut China Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, kebiasaannya beliau akan keluar pada waktu pagi dan akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengutip sebarang botol yang dijumpainya. Selepas dibersihkan, barulah beliau akan menyimpan botol yang dijumpainya.

Botol kaca yang dijumpai oleh beliau hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk dari seluruh dunia dan disusun kemas di atas serta kesemua botol kini dipamerkan di sebuah rumah kayu tradisional yang diubah menjadi muzium.

Tambahnya lagi, pada mulanya beliau kutip botol kerana ingin membersihkan kawasan pantai yang tercemar dengan sampah dan tidak mahu ada sesiapa tercedera sekiranya mereka terpijak kaca.

photo_2020-09-25_08-12-15

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau tidak membuang masa sebaliknya menghabiskan masa dengan membuat botol gaya Kintsugi yang popular di Jepun di mana tembikar yang pecah diperbaiki menggunakan serbuk emas dan kaca.

Menurutnya, orang menganggap beliau gila, tetapi beliau tidak peduli. Allah tahu apa yang beliau lakukan dan apa yang dilakukan ini kerana beliau sayangkan bumi.

Bagi anda yang datang melancong ke Terengganu, anda bolehlah singgah ke muzium botol kaca pak cik ini. Pasti muzium ini bakal jadi pusat tumpuan pelancong kelak.

Sementara itu, kami ingin kongsikan destinasi yang anda boleh terjah di Terengganu. Klik sahaja pautan di bawah ini.

6 ‘Hidden Gems’ Menarik Di Besut, Terengganu Yang Anda Patut Terokai

Lelaki Ini Kongsikan Mengapa Saiz Hidangan Makanan Rakyat Terengganu Tidak Besar

Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Dua Pelancong Jepun Berpuasa Di Terengganu

Sumber