Tempat burung bunuh diri. Tempat anjing bunuh diri. Tempat manusia bunuh diri. Tempat manusia dibunuh. Kami pun tidak menyangka tempat-tempat yang mengerikan seperti ini wujud. Ngeri dan seram, tidak diketahui mengapa sesetengah tempat umpama magnet menarik makhluk-makhluk Tuhan ini mengheret diri untuk ke sini.

Izinkan kami berkongsi 5 daripadanya dalam bentuk gambar dahulu:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Resort San Zhi

Resort San Zhi yang menampilkan bangunan berbentuk UFO mula dibina pada tahun 1978. Ia dibina sebagai tempat percutian terutamanya untuk tentera-tentara U.S yang bekerja di Timur Asia. Bagaimanapun, projek ini terbengkalai pada tahun 1980 disebabkan oleh kerugian pelaburan dan beberapa kemalangan kereta yang menyebabkan kematian dan kes bunuh diri semasa pembinaan. Mengikut penduduk tempatan, ia dipercayai berlaku disebabkan tindakan pemaju memecahkan arca naga berhampiran pintu pagar resort untuk membesarkan jalan masuk ke bangunan tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa tapak itu merupakan bekas tanah perkuburan tentera Belanda.

2. Pripyat

Pripyat adalah sebuah bandar hantu yang ditinggalkan di utara Ukraine. Kota ini dibuka pada tahun 1970, dan diisytiharkan sebagai bandar pada tahun 1979 dengan populasi seramai 49,360. Kota Pripyat ditinggalkan pada 26 April 1986 disebabkan peristiwa Chernobyl, yang menyaksikan kebocoran dan pencemaran radioaktif dalam skala yang besar. Ferris Wheel di Taman Tema Pripyat menjadi simbol kepada peristiwa Chernobyl yang menyayat hati.

3. Jambatan Overtoun

Tempat ini cantik dengan tumbuh-tumbuhan yang rendang dengan senibina gothik. Jambatan Overtoun yang terletak di Dumbarton, Scotland tidak disangka-sangka rupanya menjadi tempat membunuh diri buat anjing-anjing dengan cara melompat dari jambatan ke bawah. Sejak dari tahun 1960-an dipercayai 50 hingga 600 ekor anjing telah melompat jatuh yang menyebabkan kematian mereka. Yang peliknya, anjing-anjing ini melompat hanya dari satu belah yang sama, ketika cuaca baik, dan terjadi hanya kepada anjing berhidung panjang. Ada pemilik anjing yang tidak mengetahui tentang kejadian ini membawa anjing mereka berjalan-jalan ke sana buat pertama kali, dan tiba-tiba sahaja anjing mereka tidak bersikap seperti biasa, tidak mengendahkan pemilik dan tiba-tiba melompat ke bawah. Satu teori mengatakan kejadian ini berlaku disebabkan bau cerpelai yang kuat di bawah jambatan menarik perhatian anjing-anjing ini, menutup deria yang lain, dan menyebabkan anjing-anjing ini melompat tanpa sedar.

4. Hutan Aokigahara (Suicide Forest)

Aokigahara juga dikenali sebagai Suicide Forest adalah hutan yang terletak di barat laut Gunung Fuji di Jepun. Hutan ini dikaitkan dengan iblis dalam mitologi Jepun dan merupakan tempat popular untuk membunuh diri. Terdapat banyak papan tanda yang merayu orang ramai untuk menimbang semula tindakan mereka. Antara papan tanda di sini bertulis ‘Kehidupan Itu Berharga’ dan ‘Fikirkan Yang Tersayang’.

Mengikut statistik, sehingga tahun 1988, 100 kes bunuh diri terjadi di sini setiap tahun. Pada tahun 2004, 108 orang membunuh diri di hutan ini. Dan pada tahun 2010, terdapat 247 cubaan membunuh diri, dan 54 daripadanya ‘berjaya’. Sehingga tahun 2011, cara membunuh diri yang paling banyak di sini ialah melalui gantung dan penggunaan dadah berlebihan.

Mulai tahun 1970, setiap tahun polis, sukarelawan dan wartawan akan menjalankan carian mangsa di hutan ini.

5. Hospital Tentera Beelitz

Hitler pernah mendapatkan rawatan di hospital ini. Kami pernah berkongsi kisah tentang tempat ini dahulu, dapatkan cerita penuh di sini.

Dan ini skop penuh tentang 15 tempat paling menakutkan dalam dunia:

https://www.youtube.com/watch?v=xguxgNdO_zY

Kami ingin tahu pengalaman anda melawat tempat-tempat yang mengerikan. Hubungi kami di Facebook.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram