Nota Editor: 15 tip semasa travel ini telah dikongsikan oleh BucketListAbroad, yang merupakan kumpulan kecil rakyat Malaysia yang menetap di Turki dan Korea. Misi mereka adalah untuk menjelajah kesemua 196 negara di dunia menggunakan bajet seminima mungkin. Mereka boleh dihubungi di  Facebook Bucket List Abroad dan Instagram bucketlistabroad.

tip-jimat-travel-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Beli tiket kapal terbang pergi dan balik (return flight). Beli 3 bulan lebih awal. Kalau boleh, beli tiket kapal terbang yang berlepas pada tengah minggu seperti pada hari selasa dan rabu.

2. Gabung banyak negara di dalam satu trip. Sekali harung je pergi negara yang berada dalam region yang sama tu.

3. Dari negara ke negara lain boleh lah naik bas ekspres (Europe), keretapi (asia tenggara), atau kapal terbang tambang murah.

tip-jimat-travel-3

4. Kelebihan naik bas/keretapi: pilih jadual yang bertolak malam. Tujuannya untuk jimat kos penginapan. Tidur saja dalam bas / keretapi. Kalau keretapi laju tak dapat lah buat macam ni. 2 ke 3 jam dah sampai destinasi.

5. Menginap di hostel / dorm room. Harga katil adalah per kepala. Kalau anda travel berdua sila bandingkan kos 2 katil dan juga kos private room (double/twin). Kalau lebih mahal menginap di dorm, lebih baik pilih untuk menginap di double room. Ya, perkara ini boleh terjadi.

6. Travel dalam kumpulan. Jika anda travel berdua, pastikan anda memaksimumkan penggunaan kenderaan awam.

Jika anda travel berempat, boleh lah naik taxi dan kongsi bayar antara 4 orang. Jika anda putuskan untuk memandu, boleh travel berlima atau lebih bergantung pada kereta / van yang macam mana anda nak sewa. Contohnya ada berapa tempat duduk.

Baca: 9 App Percuma Ini Boleh Bantu Anda Travel Dengan Lebih Mudah

tip-jimat-travel-5

7. Jika anda travel berkumpulan, boleh kongsi makan dan kongsi bayar untuk makanan yang large portion. Jauh lebih jimat dan tak membazir.

8. Tak perlu beli check in luggage. Bawa hand carry sahaja. Kurangkan bawa pakaian. Tak perlu hantar ke dobi. Boleh basuh di tandas atau sinki dan keringkan di bilik anda. Boleh ulang pakai baju yang sama.

9. Beli makanan halal yang sudah sediak dimakan (ready to eat). Biasanya cuma perlu panaskan dalam microwave. Pastikan anda menginap di tempat yang sediakan dapur atau ada microwave. Contoh pek makanan ready to eat yang popular: jenama Brahim’s, Aliff.

tip-jimat-travel-4

10. Kongsi dengan travel buddies anda untuk beli cenderahati. Contohnya untuk tawaran harga beli 3 percuma 1, tanya kawan kawan jika berminat untuk kongsi bayar. Lebih baik lagi jika beli semua barang yang anda nak dalam satu resit sahaja dan cuba tawar menawar untuk dapatkan lebih diskaun.

11. Ambil upah sebagai personal shopper! Kalau ada kawan kawan yang ingin kirim barang dari luar negara, pastikan anda ambil kira kos pengangkutan anda untuk ke tempat beli-belah tadi berserta sedikit upah penat lelah dan juga tambang bagasi (jika ada).

Upah untuk anda masih lagi dikira lebih murah berbanding tiket flight untuk ke sana.

tip-jimat-travel-6

12. Boleh juga pertimbangkan untuk ambil day tour kalau anda kurang mahir untuk siapkan itinerary sendiri atau belum arif lagi untuk kaji dan study destinasi yang anda nak pergi.

Ambil day tour dengan travel agency boleh jimatkan kos (kalau sesat jalan makan kos juga ya), jimat masa kerana perjalanan sudah diatur (tak membazir masa jika sesat) dan sebagainya.

Tetapi kalau anda tak ada kekangan masa untuk ‘sesat’, just enjoy yourself! Pengalaman akan mengajar. Jika travel dalam group 16 orang ke atas, anda mungkin layak untuk dapat diskaun per kepala.

tip-jimat-travel-7

13. Travel pada waktu off season. Peak season secara umumnya adalah pada musim panas. Rate penginapan boleh naik sehingga 3 kali ganda. Contoh off season adalah musim sejuk dan musim luruh. Di sesetengah negara seperti Belanda, musim bunga adalah peak season kerana tarikan pelancong terhadap musim bunga tulip.

14. Sila alas perut dulu di penginapan sebelum memulakan perjalanan. Perut yang lapar boleh menyebabkan kita cenderung berbelanja lebih untuk makanan semasa di luar.

15. Kongsi bayar dengan travel buddies anda jika membeli barang dapur di pasaraya.

Baca juga 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram