Phu Tub Berk merupakan puncak tertinggi bagi kawasan pergunungan Petchabun. Kira-kira 1,794 m.

Terletak di daerah Lom Kao dan berhampiran dengan wilayah Loei. Salah satu puncak yang disenaraikan sebagai tempat terbaik untuk melihat matahari terbit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Route 12 pula adalah route popular ke/dari Ph Tub Berk dan terletak di kawasan Petchabun. Jalan besar, banyak lane dan pemandangan sangat cantik.

Ada satu tempat yang boleh disinggah iaitu Route 12 Coffee Shop, ala-ala R&R. Boleh cuba kopi kat sini sedap dan murah. Ada juga kedai jualan barang-barang dan tempat lepak santai.

Dari Bangkok ke/dari Phu Tub Berk, perjalanan ambil masa 6 jam atau lebih. Agak jauh dan keadaan jalan juga berbeza-beza. Ada jalan besar 2/3 lane dan ada juga jalan 1 lane sahaja.

Ada banyak route untuk ke sini. Cadangan, gunakan route 2372/2331/11/12 sebab jalan cantik dan pemandangan pun sangat cantik. Kami datang guna route 2372 & 2331. Balik pula gunakan route 11 dan 12. Serius lawa pemandangan sepanjang perjalanan. Waktu senja pun cantik sangat.

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-1

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-2

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-3

Mode pengangkutan ke sini

1. Dari Bangkok boleh menaiki bas tetapi cuma sehingga ke pekan Petchabun/Lom Sak (Phu Tub Berk terletak di tengah-tengah antara Lom Sak dan Petchabun. 1 jam lebih untuk ke Phu Tub Berk dan kena naik teksi/songtaew/sewa motor).

2. Dicadangkan sewa kereta/4WD/van. Lebih praktikal dan menjimatkan terutamanya jika dalam kumpulan.

3. Ride! Ramai rider motor besar kat sini. Hehe.

Info
Puncak Phu Tub Berk ni terletak ni atas gunung, jadi, kena mendaki naik hampir 1 jam (bergantung kepada jenis/keadaan kenderaan). Diingatkan, dari kaki jalan besar menuju ke puncak Phu Tub Berk, jalan sangat mencabar!

Berliku-liku dan banyak selekoh tajam yang tinggi. Kena berhati-hati terutamanya pada waktu siang sebab banyak kenderaan naik/turun. Kawal kelajuan dan peka dengan brek sebab nak naik tu memang semput, nak turun laju je.

Setelah tiba di atas gunung, akan terjumpa persimpangan T. Kiri ke Phu Hin Rong Khla National Park dan kanan ke Phu Tub Berk. Ambil simpang ke kanan dan teruskan perjalanan mendaki/turun gunung.

Kami cadangkan supaya anda tanya dengan sesiapa arah untuk ke lokasi perkhemahan sebab nak ke situ kena jalan dalam 1km lagi dan ada simpang yang mungkin boleh terlepas kalau tak alert.

Kami sesat beberapa kali disebabkan tiba pada waktu malam dan sudah gelap, tak nampak signboard. Sangat mengelirukan.

Bagi yang nak berkhemah, ada beberapa campsite di puncak gunung (betul-betul berdekatan tempat tarikan utama-sunrise watching). Dicadangkan untuk datang awal, sebelum waktu malam sebab office campsite tak buka pada waktu malam.

Kos sewa tapak khemah 50 baht seorang (jika ada khemah sendiri dan cuma sewa tapak). Jika nak sewa khemah dengan campsite office, kos antara 500-800 baht seorang/malam.

Khemah naikkan sendiri dan bila nak checkout, kena buka sendiri juga. Kat sini ada ramai orang berkhemah dan banyak khemah, jadi tak perlu risau. Power plug rasanya tak ada. Toilet dan tempat mandi pulak ada public bathroom berbayar. Tapi tak ada heater so be ready for the crazy coldness, hehe.

Selain tapak khemah, ada banyak guesthouse di sekitar puncak Phu Tub Berk. Tapi, rasanya agak mustahil untuk buat tempahan awal sebab majoriti mereka tak iklankan bilik di mana-mana laman web seperti Agoda/Booking.com/Trivago dll.

Walk in paling mudah atau boleh telefon terus (tak semua boleh komunikasi dalam bahasa Inggeris jadi agak sukar juga). Kadar bilik juga agak mahal terutamanya waktu cuti.

Link maklumat berkaitan boleh baca di tips for visiting Phu Tub Berk in Phetchabun Thailand.

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-4

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-5

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-6

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-8

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-9

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-10

Pengalaman kami

Kami mula mendaki dari kaki jalan besar dalam jam 9.30pm. Mencabar gila nak sampai ke puncak sebab keadaan jalan yang macam ular kena palu, hampir 19km mendaki. Cuba bayangkan. Hihi.

Mujur waktu malam, kenderaan tak ada dan cuma kami je yang gigih mendaki dengan Almera 1.2 yang kadang-kadang tak pickup walaupun pedal minyak dah tekan habis dan cik pemandu juga dah sejuk tangan sebab takut ngee.

Hampir jam 10.30 malam, selepas sesat dan menyinggah banyak tempat untuk bertanya jalan ke campsite, akhirnya kami sampai ke campsite. Kami minta bantuan daripada satu kumpulan yang ada kat luar khemah mereka untuk bantu kami dapatkan khemah.

Bercakap macam ayam dan itik dan setelah bermacam cara termasuk ke campsite office, akhirnya terpaksa redha untuk tidur dalam kereta sebab campsite office dah tutup dan kami tak ada khemah sendiri (kalau ada khemah sendiri, boleh pacak je, esok baru bayar kos sewa tapak kat office).

Gigih juga cuba dapatkan bilik sebab masa tu rasa terdesak gila nak caj handphone dan powerbank (titeww la tuuu), Amal pun macam flat sebab naik gunung, kepala pening kot.

Jumpa satu group lelaki ni tengah minum sambil panaskan badan kat bara api. Seorang dpd group ni willing tolong kitorang, carikan office guesthouse dan siap call kan guesthouse untuk tanya bilik kosong. Tapi gagal jugak. So masa ni memang dah redha sangat.

Kami ambil keputusan untuk tidur dalam kereta saja sebab kami hanya bermalam 1 malam saja dan nak tengok sunrise je. Tak lama lepas tu lelaki tu datang cari kami di campsite dan bagitau ada bilik kosong, tapi kami tolak sebab terlalu mahal dan kami tak cukup duit untuk itu. Terharu kot dia cari kami jalan dari guesthouse dia nak make sure kami dapat bilik huhuuu.

Ain tiba-tiba hilang dan tak lama lepas tu, Ain yang peramah ni jumpa sorang wanita warga Thailand yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan sedikit bahasa Malaysia.

Dia tolong kami carikan bilik dan akhirnya selepas nego, nak tak nak tak, dapat sebuah bilik untuk 4 orang yang sangat dekat dengan tapak perkhemahan (seberang je).

Agak mahal tapi masih dalam kos kami. 2,000 baht/bilik yang ala-ala chalet, siap dengan bilik air yg ada water heater tapi tilam keras kematu dan selimut guna toto. Serius sejuk gila malam tu. Hiksss.

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-12

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-13

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-14

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-15

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-16

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-18

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-19

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-20

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-21

Tips
1. Kalau boleh, naik ke puncak Phu Tub Berk waktu masih siang. Khemah guesthouse semua kena walk in, so risiko tak ada penginapan tu tinggi terutamanya waktu cuti sekolah.

2. Hati-hati memandu. Jalan sangat curam/tinggi/selekoh tajam. Guna Waze jika perlu untuk tengok kat mana ada selekoh tajam.

3. Isi minyak siap-siap. Sekitar kawasan kaki jalan besar dan di puncak Phu Tub Berk tak ada stesen minyak.

4. BAWA BAJU SEJUK/SWEATER/JAKET/STOKIN. Sumpah sejuk! Waktu kami sampai, suhu dah 16 degree. Waktu pagi cecah 12 degree. Sampaikan pagi tu masa nak tengok sunrise, bila bercakap keluar asap. Okey ni amazing sebab pengalaman ni cuma merasa kat China dan Jepun dulu waktu suhu hampir negatif.

5. Makanan halal tak ada. Bawak siap-siap, beli la apa-apa yang boleh dimakan kat 7E.

6. Ada kedai souvenir dan jual kudapan (kopi, keledek bakar) kat kawasan tapak khemah tu. Tapi siang je bukak. Malam tutup.

7. Ada jugak kedai jual strawberi kat puncak ni. Sila beli sebab murah dan sedap. Manis! Berbaloi.

8. Kat tepi jalan sepanjang jalan keluar dari Phu Tub Berk ada banyak gerai/orang jual sayur dan buah-buahan. So boleh beli kalau nak alas perut.

9. Sepanjang jalan kena palu tu juga ada beberapa lokasi/platform untuk tengok view Petchabun dari atas gunung. I tell you, pemandangan dari atas sangat cantik! Amazing and superb subhanaAllah.

10. Sunrise kat sini memang cantik! Waktu pagi, seawal jam 5 pagi dah ramai berkumpul nak tengok sunrise. Siap sedia dengan pakaian yang sesuai sebab cuaca sejuk, berawan, dan berangin. Kami angkut toto bilik sekali. Spend masa antara jam 6-8 pagi untuk view sunrise yang sempurna.

11. Pemandangan awan macam yang viral tu, tak semua dapat merasa pengalaman tu. Kami tak ada rezeki nak merasa.

12. Dalam jam 9 pagi, dah tak ramai orang kat puncak dan platform. Waktu ni boleh tengok pemandangan ladang sayur/buah dan perkampungan yang cantik dengan lebih jelas.

13. Ada gerai kopi kat situ yang jual poskad siap pos. Kalau berminat boleh la beli poskad dan hantar pada diri sendiri, eksklusif dari puncak Phu Tub Berk.

14. Parking kereta adalah bebas tapi alert sendiri kalau block kereta orang.

15. Route 12 tu, singgah dlm 30 min-1 jam pun ok. Untuk lepak santai.

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-22

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-23

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-24

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-25

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-27

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-28

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-29

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-30

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-31

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-32

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-33

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-34

tip-ke-Phu-Tub-Berk-di-Phetchabun-thailand-35

Baca lagi: 40 Tip Kembara Backpack Ke Hatyai Dan Songkhla Di Thailand