Menetap selama 4 tahun kerana menyambung pelajaran di Australia memberi peluang kepada saya untuk mendalami Astro Fotografi.

Malahan sehingga kini, meskipun saya dah habis belajar saya akan kembali ke Australia untuk mengejar Aurora Australis dalam beberapa kali setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
aurora-australis-12
Selfie me and my lovely car

Di sini saya kongsikan 15 tips sebagai panduan buat anda yang ingin mengejar cahaya selatan (southern lights) ini:

1. Kamera

Perlu menggunakan kamera DSLR atau Mirrorless sama ada (Full frame/ APSC) dengan lens wide angle (14mm atau 24mm). Kit lens pun boleh digunakan tetapi hasilnya tidak sama dengan wide angle lens.

2. Kemahiran

Pastikan anda mahir dahulu menggunakan peralatan seperti DSLR, lens, tripod, intervalometer, pemanas lens dan setting peralatan anda.

3. Bateri kamera

Pastikan bateri kamera penuh (100%) atau bawa bateri tambahan sebagai back up kerana bateri akan cepat habis dalam cuaca sejuk.

4. Lokasi

Pastikan lokasi yang hendak dituju dengan membuat site visit pada waktu siang supaya anda tidak terdedah kepada bahaya terutama di waktu malam yang gelap.

5. Carian arah

Pastikan anda tahu bagaimana mencari arah selatan dengan berpandukan bintang. Untuk Aurora Australis, lihat buruj Southern Cross (Crux) yang menjadi tanda arah selatan. Aurora akan muncul dari arah selatan.

6. Faham apa itu Aurora

Pastikan anda betul betul faham apakah itu aurora kerana kadang-kadang anda akan terkeliru dengan cahaya lain seperti “Air glow” dan juga biasan cahaya matahari yang nampak di ufuk selatan ke arah barat.

Tonton: Video Menarik Rakaman Aurora Australis Oleh Zul Di Australia

aurora-australis-23
Aurora Australis on 22 March 2015 (Mt. Duneed) – Glows and Beams at 22:32

aurora-australis-22

aurora-australis-21

Aurora Australis from Mt. Duneed, VIC on 23-24 Feb 2015 (22:05-00:17). Exposure setting f/2.8 15s ISO 6400 14mm WB 3800

7. Lokasi jauh dari bandar

Pastikan lokasi pemerhatian tidak hampir dengan bandar kerana cahaya lampu jalan dan lampu kenderaan akan menganggu pandangan dan merosakkan gambar yang dirakam.

8. Landmark

Pastikan lokasi pemerhatian ada landmark yang anda boleh dijadikan sebagai objek dan aurora sebagai latarbelakang. Gambar akan lebih menarik jika ada objek seperti diri anda, pokok, rumah usang dan sebagainya.

9. Website rujukan

Pastikan anda merujuk kepada website Bureau of Meteorology Australia untuk mengetahui keadaan dan ramalan cuaca. Ramalan kehadiran dan pergerakan awan serta perubahan suhu amat penting.

10. Lagi website rujukan

Pastikan anda merujuk kepada website National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) dan SpaceWeatherLive.com untuk mengetahui ramalan kehadiran aurora yang menggunakan skala index KP merujuk kepada skala aktiviti geomagnetik.

Biasanya jika pada waktu malam yang tidak berawan, bacaan pada skala kp 4 di Tasmania, Pulau Selatan New Zealand dan kp 5 di selatan Victoria sudah cukup untuk membolehkan aurora dilihat.

11. Pakaian sesuai

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai kerana perubahan cuaca amat drastik dan ekstrem misalnya suhu mungkin boleh turun dari 15°C ke 0°C disebabkan oleh tiupan angin dari laut selatan.

12. Bekalan makanan

Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman kerana anda pelru menunggu dan ia akan mengambil masa yang lama sehingga aurora muncul.

13. Ketenteraman awam

Pastikan anda tidak menganggu ketenteraman penduduk setempat kerana pihak berkuasa amat efisien.

14. Pemanduan di waktu malam

Pastikan anda memandu berhati-hati di waktu malam kerana terdapat banyak arnab-arnab liar, wallaby dan kangaroo berkeliaran di atas jalan raya.

15. Kesihatan

Dan yang terakhir, pastikan anda 100% sihat ketika keluar untuk memburu aurora. Jika tidak, anda tidak akan enjoy.

Anda boleh ikuti IG saya igcreativeimage untuk layan lebih banyak gambar Australis yang telah berjaya saya rakam.

Selain daripada itu saya juga turut berkongsi gambar Australis di website 500px.com/igcreativeimage.

Baca bagaimana saya mula mengejar Australis: Minat Dorong Zul Kejar Dan Rakam Lebih Seribu Gambar Aurora Australis Di Australia