Pada Mach 2017 baru-baru ini kami telah ke Kashmir-Agra-Delhi selama 9 hari. Ia merupakan percutian musim sejuk. Berikut saya kongsikan tips dan tricks ke Kashmir untuk rujukan mereka yang merancang mahu ke sana :

1. Untuk pelancong bila sampai saja di Lapangan Terbang Srinagar anda perlu isi 1 borang. Borang yang sama juga perlu diisi bila balik nanti. Maklumat yang diminta termasuk maklumat daripada pemandu pelancong (nama, alamat, nombor telefon) dan hotel / rumah bot yang akan anda tinggal semasa di Kashmir.

2. Rumah bot tiada sistem pemanas berpusat macam rumah tumpangan / hotel di negara 4 musim yang lain. Mereka gunakan pemanas tradisional yang pakai kayu arang dan diletakkan di ruang tamu. Dalam bilik ada disediakan selimut panas yang pakai elektrik.

3. Di Gulmarg masa musim sejuk kereta tak boleh masuk hingga ke stesen kereta kabel. Jadi anda kena menapak lebih kurang 1km++ atau naik sledge.

Di musim sejuk naik kereta kabel sampai stesen pertama je cukup, tak perlu sampai stesen ke dua di puncak sebab pemandangan sama nampak sajli saja. Melainkan jika pergi masa musim panas okay sebab salji ada di puncak saja.

4. Ada gerai-gerai menjual makanan dan minuman di atas Gunung Gulmarg. Cuba makan maggi masala dan teh kashmiri memang ummmmpphh!

5. Untuk pengalaman yang lebih menarik, turun dari Gulmarg menggelungsur naik sledge sejauh 4km daripada naik kereta kabel. Memang best gila!

6. Di Pahalgam berbaloi kalau naik kuda padi sebab nak ke satu-satu tempat agak jauh.

7. Cuba makan nasi biryani dekat Restoran Food Point di pekan Pahalgam. Rasa memang terbaik di dunia dan ada wifi percuma!

8. Setiap perkhidmatan yang diberikan, sama ada anda minta, perlu atau tidak, mereka anggap anda akan bagi tips. Maka sediakan duit kecil secukupnya.

9. Bertolak awal ke Lapangan Terbang Srinagar bila nak pulang, sebab ada beberapa lapisan pemeriksaan keselamatan. Ada pemeriksaan keselamatan tentera 1km sebelum sampai lapangan terbang.

Terus ambil bag anda dari dalam bonet kereta untuk lalukan di laluan bag, kalau tak nanti tiba-tiba ada orang yang tolong angkatkan bag anda dan minta tips (walaupun sebenarnya anda tidak perlukan perkhidmatan mereka).

Baca: 15 Tip Travel Ke Kashmir, Delhi, Agra Dan Jaipur Di India

Tips dan trick Agra dan Delhi :

10. Bawa tisu basah. Kebarangkalian anda akan terpegang, terpijak, terduduk di atas benda-benda yang kotor agak tinggi.

11. Kalau boleh bawa tuala mandi sendiri. Walaupun tinggal di hotel 3 bintang kadang-kadang tetap kebersihan tidak memuaskan.

12. Pakai saree untuk photoshoot di Taj Mahal. Baru rare bila penduduk tempatan akan tengok kat kita sambil tersenyum-senyum. Mungkin nampak pelik perempuan bertudung pakai saree. Pilih warna yang terang macam merah atau jingga, nanti gambar akan nampak cantik.

13. Tripod dilarang bawa masuk ke dalam Taj Mahal.

14. Dekat Chadni Chowk ramai muslim dan banyak kedai makanan halal, yang popular Restoran Karim.

15. Kalau nak masuk Jama Masjid di Old Delhi kena bayar 300 Rupee atas alasan bawa kamera (telefon pintar juga dikira kamera ya).

Baca lagi: Ini Cara Mudah Bagaimana Saya Mohon ‘eTourist Visa’ India Di Internet

Artikel di atas disumbangkan oleh Azlina Othman. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤