Kurang 5 bulan daripada sekarang ramai pelajar lepasan matrikulasi, SPM, STPM dan diploma akan melangkahkan kaki ke universiti. Makanya, saya mahu kongsi beberapa tip apabila berada di universiti.

Meskipun ia bermula dengan cara memilih jurusan, namun bagi saya ia masih relevan kerana setiap pelajar berpeluang untuk tukar kursus pengajian selepas setahun belajar kelak.

Tambahan pula jika tak menguasai tip-tip ini ia mungkin akan mengganggu gugat dalam pencarian kerjaya anda kelak.

Moga tip-tip ini membantu anda. InshaAllah.

A. Pilih jurusan yang boleh:

Rakan pegang majalah kelas yang saya buat sendiri sebagai tatapan kenangan buat satu batch. Hampir 90% tempah majalah itu dengan saya.

1. Buat duit.
Pilih jurusan yang anda boleh reka pekerjaan daripadanya. Ini bermakna anda boleh menjana pendapatan dengan ilmu yang diperolehi tanpa perlu menunggu dipanggil oleh syarikat-syarikat. Antaran jurusan yang boleh buat duit ialah jurusan fotografi, grafik, dan seni.

2. Asah bakat dan kemahiran.
Salah satu sebab melanjutkan pelajaran adalah bagi pengembangan ilmu dan pengalaman dalam bidang yang mahu diceburi di alam pekerjaan.

Anda yang perlu tahu dan kenalpasti apakah bakat dan kemahiran yang perlu ditekankan semasa belajar di universiti agar ia menjadi nilai tambah semasa di dalam pekerjaan kelak.

Contoh, menguruskan projek majalah kenangan batch dari peringkat junior hingga senior. Sambil buat duit, anda sebenarnya belajar cara A hingga Z untuk buat majalah. Ia boleh dimasukkan ke dalam resume anda.

3. Dapat kerja dengan kerajaan atau swasta.
Jika anda sasarkan mahu kerja makan gaji selepas tamat pengajian, pastikan jurusan yang anda pilih itu relevan dan diperlukan oleh kerajaan atau swasta.

Untuk kerja kerajaan anda boleh periksa deskripsi syarat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan untuk kerja swasta anda boleh baca di ruangan iklan di surat khabar atau portal cari kerja.

4. Kerja bahaya, gaji tinggi.
Ada rakan-rakan saya yang semasa di sekolah tidak fokus belajar tetapi hidup senang dengan gaji besar di alam kerjaya kerana jurusan yang mereka pilih berbentuk teknikal yang memerlukan mereka bekerja dalam kondisi bahaya.

Contoh jurusan berkaitan industri minyak dan gas.

B. Pastikan jurusan yang dipilih:

Jurusan saya ini membolehkan saya belajar tentang kimia makanan, teknologi makanan, cara masakan tahap hotel, bisnes makanan, kesihatan dan lain-lain lagi.

1. Diperlukan walaupun ketika ekonomi merundum.
Fikir apakah pekerjaan yang diperlukan walaupun ekonomi sedang jatuh. Ia berkaitan dengan keperluan asas kehidupan kerana saat ekonomi sebegitu kebanyakan orang ramai akan lebih fokus apa yang betul-betul perlu agar dapat survive hidup.

2. Boleh digunakan walaupun ketika ekonomi merundum.
Tip ini juga lebih kurang sama dengan tip di atas dimana ilmu jurusan masih boleh digunakan walaupun kegawatan ekonomi berlaku. Ia jadi lebih baik apabila sijil jurusan anda itu boleh stand alone dimana anda boleh reka pekerjaan daripadanya.

Maka, walaupun dibuang kerja anda masih boleh hidup dengan sijil jurusan anda sebagai freelancer dan yang sewaktu dengannya.

3. Boleh cross-career dengan lebih dari 2 industri.
Jurusan yang baik ialah jurusan yang membolehkan anda bekerja lebih dari 2 industri. Contoh Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) yang ditawarkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ia membolehkan anda bekerja dalam industri pembuatan makanan, perkhidmatan makanan, perhotelan, kesihatan dan perniagaan.

4. Ada peluang sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.
Ini juga penting bagi anda yang mempunyai cita-cita tinggi dalam penguasaan ilmu dan kemahiran. Pastikan anda tahu apa yang diperlukan kerana semakin tinggi peringkat pengajian, semakin khusus apa yang akan dipelajari.

C. Lakarkan peta perjalanan ke fasa seterusnya:

Oleh kerana sudah fokus belajar di Tahun 1 dan 2, saya jadi lebih gembira di Tahun 3 kerana hanya perlu fokus Final Year Project sahaja. Saya dapat mengatur pelbagai aktiviti menarik dengan rakan-rakan sekelas.

Berikut ialah tip ringkas untuk survive dengan baik di universiti, terutama dalam pengumpulan nilai CGPA anda pada setiap semester.

1. “Balas dendam” di fasa seterusnya jika tak capai sasaran.
2. Target CGPA 3.0 ke atas semasa Tahun 1.
3. Expect penurunan CGPA pada Tahun 2, Semester 3.
4. Ambil elektif bisnes, dan tingkatkan prestasi Tahun 2, Semester 4.
5. Ambil lebih banyak elektif pada Tahun 3, Semester 5.
6. Spend lebih masa untuk FYP, dan ambil minima jam kredit di Tahun 3, Semester 6.
7. Ikuti program ko-kurikulum dan universiti dan masukkan ia ke dalam resume sebagai satu pengalaman.

Majlis konvokesyen kami. Selepas itu saya perlu lapor diri untuk alam pekerjaan pula. Ketika itu hanya cari kerja melalui Job Street sahaja.

Dipendekkan cerita, once you dah register as university student, time itulah dah mula rancang dan buat persediaan untuk ke alam pekerjaan. Bukan last minute, bukan waktu final year. Itu antara kesilapan graduan hari ini.

Saya bukan budak straight A SPM dan ini berdasarkan pengalaman saya. Saya dapat bekerja di dalam bidang yang saya pelajari di universiti sejurus selepas tamat pengajian, dan dapat sambung belajar ke luar negara selepas itu. Saya percaya tip-tip ini membantu saya dalam kerjaya.