Flores merupakan pulau yang terletak di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Di sini anda bukan sahaja dapat berjemur di gugusan pulau-pulau yang cantik, malahan juga boleh melihat komodo dari jarak dekat dan menikmati suasana kehidupan adat yang sangat unik.

Disini saya sertakan 15 tip untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke sana secara backpacker.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

bercuti-di-flores-3

bercuti-di-flores-9

bercuti-di-flores-12

 

1. Tempah tiket penerbangan secara di atas talian

Cara yang paling cepat dan pantas untuk ke Flores adalah menggunakan penerbangan langsung dari Denpasar ( Bali). Terdapat 3 lapangan terbang utama di Flores, iaitu Labuan Bajo ( Lapangan Terbang Komodo ) , Ende ( Lapangan Terbang H.Hasan Aroeboesman) dan Maumere ( Lapagan Terbang Fransiskus Xaverius).

Tiket penerbangan ke Flores boleh dikatakan agak mahal .Tetapi jika tiket dibeli secara diatas talian dan awal, harganya agak murah.

Antara syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan ke Flores adalah seperti Garuda Indonesia, Wing Air dan juga KASTAR

2. Bawa sun protection, kaca mata hitam dan topi

Kalau datang ke Flores, tidak lengkap jika tidak ke pulau-pulau seperti Pulau Komodo, Pulau Padar, Pulau Kanawa dan beberapa yang lain.

Jadi bawalah bersama sun protection, kaca mata hitam, topi dan peralatan yang diperlukan kerana cuaca dilautan amatlah panas terik dengan bahang mentari.

3. Susun perjalanan dengan bijak

Untuk menjelajah Flores, anda boleh mulakan dari Labuan Bajo dan berakhir ke Maumere atau sebaliknya.

Pada saya, mulakan dari Maumere dan berakhir di Labuan Bajo adalah lebih baik kerana anda mempunyai lebih masa untuk diluangkan di Labuan Bajo.

Untuk mendapat gambaran lebih , bolehlah merujuk kepada peta Pulau Flores.

Sekurang-kurangnya seminggu diperlukan untuk meneroka Pulau Flores.

4. Menyewa sepeda atau ojek

Jika kesana , untuk meneroka satu – satu kawasan bolehlah menyewa ojek secara harian atau pun untuk satu trip.

Kebiasaanya, untuk 1 trip harganya lebih kurang 5000 IDR dan sehari lebih kurag 50,000- 100,000 IDR.

Berhati-hati kerana di sesetengah laluan agak berbahaya kerana keadaan jalan yang bengkang-bengkok.

5. Menggunakan angkutan umum

Untuk perjalanan antara Bandar seperi dari Maumere ke Moni dan lain lain, bolehlah menggunakan angkutan umum ( bas). Harganya lebih murah berbanding menyewa mobil atau travel.

Angkutan umum amatlah senang di dapati. Jadi tidak perlulah risau.

6. Dilarang merokok jika melawat Pulau Komodo dan Pulau Rinca

Keadaan di Pulau Komoda dan Pulau Rinca adalah kering dan gersang.

Jadi satu percikan api boleh menyebabkan satu pulau Komodo terbakar.

Selain itu juga, puntung rokok akan di makan oleh anak-anak komodo dan ini akan mengganggu habitat mereka.

7. Disarankan ambil pakej di pelabuhan jika ingin belayar ke pulau-pulau

Di sekitar Labuan Baju, terdapat banyak pakej tour yang disediakan oleh agen. Jadi anda hendaklah bijak memilih.

Pakej kebiasanya bergantung kepada tempoh, tempat yang bakal dilawati dan kemudan yang disediakan.

Untuk lebih jimat, anda boleh mengambil pakej yang disediakan di perlabuhan (berhubung terus dengan pemilik bot).

Pastikan anda bersetuju dengan tempat yang akan di lawati. Ini kerana ada sesetengah agen yang tidak menunaikan janji.

Antara pulau yang mesti dilawati adalah Pulau Kanawa, Pulau Padar, Gili Laba dan Pulau Komodo.

8. Wanita dalam haid sila beritahu renjer ketika melawat Pulau Komodo

Komodo amat sensitif dengan darah dan mampu mengesan bau darah dari radius kilometer.

Jika komodo berjaya mengesan, komodo akan bertindak agresif dan mampu mencederakan pelancong.

Jadi bagitau renjer jika anda masih dalam haid kerana renjer akan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan terdapat banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau tersebut.

9. Jangan takut untuk mencuba makanan asli masyarakat Flores

Cubalah makanan seperti jagung titi, tongkol bajar asapi, kopi bejawa dan ubi nuabosi. Ini kerana makanan tersebuat hanya terdapat di Flores sahaja.

Orang kata kita belum lagi ke Flores jika belum mencuba makanan tersebut.

Baca: Misi Berani Mati 3 Pemuda Malaysia Di Gunung Bromo, Indonesia Yang Meletus

bercuti-di-flores-5

bercuti-di-flores-6

bercuti-di-flores-7

bercuti-di-flores-10

bercuti-di-flores-11

bercuti-di-flores-12

10. Beramah mesra dan hormatilah masyarakat tempatan

Masyarakat asli Flores amatlah baik dan ramah. Jadi amatlah rugi jika tidak mengambil peluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Mereka tidak lokek dengan senyuman, jadi balaslah dengan baik.

Mereka suka mengambil gambar, jadi ambillah peluang ini. Tetapi jika mereka tidak memberi kebenaran jangan cuba-cuba untuk berbuat demikian.

11. Pastikan penginapan ditempah awal jika melawat semasa waktu puncak

Secara umumnya,penginapan boleh di tempah semasa ketibaan. Tetiba harus berjaga- jaga semasa mengunjungi sewaktu masa puncak iaitu sekitar bulan Jun dan Julai.

Ini adalah kerana bilangan pelancong kesana akan bertambah dan disesetengah tempat seperti di Moni bilangan penginapan adalah terhad.

Pada masa puncak juga, harga penginapan boleh bertambah sehigga dua kali ganda.

12. Beli sim card Indonesia

Dikebanyakkan tempat di Flores tidak disediakan wifi. Seperti contoh, ketika sailing ke Pulau Komodo dan Moni.

Jadi untuk sesiapa yang tidak boleh hidup jika tiada kemudahan internet baiklah membeli simkad.

Di Labuan Bajo,terdapat banyak kedai yang menjual simkad.

13. Datang secara berkumpulan lebih jimat

Untuk mengurangkan kos, dinasihatkan untuk datang berkumpulan. Sebagai contoh, harga untuk meneroka Pulau Komodo akan bertambah jika pergi seorang.

Bot ke Pulau Komodo boleh di sewa berdua, bertiga malahan berlima. Kos perjalanan juga dapat dijimatkan jika berada didalam kumpulan.

14. Sediakan lebih banyak duit tunai

Ini adalah kerana ATM hanya terdapat di bandar-bandar besar seperti Labuan Bajo, Ende dan lain-lain.

Penginapan dan makananan terutama bahagian pendalaman boleh dikatakan agak mahal dan terhad.

Jangan pula sampai kehabisan duit.

Kad credit dan debit masih lagi tidak digunakkan secara meluas.

15. Bawa makanan ringan secukupnya

Disesetengah tempat agak sukar untuk mendapat makanan halal, jadi seharusnya bawalah makanan yang secukup nya.

Jika berada dikampung dan bertemu masyarakat local alangkah baiknya jika kita sedekah makanan ringan seperti biskut, manisan, gula- gula dan lain lain. Mereka sangat gembira apabila buah tangan dari pelancong.

Saya pasti jika anda kesana anda akan datang kembali di lain hari. Suasana disana sangat berbeza , bebas dari hirup pikuk kota dan menjanjikan kenangan yang manis.

Disini saya sertakan itenari saya selama 9 hari di sana. Secara keseluruhannya saya membelanjakan sebanyak RM 850 TIDAK TERMASUK TIKET PENERBANGAN.

Jika anda melawat secara berkumpulan, kos perbelanjaan dapat dikurangkan terutama kos penginapan. Diharap dapat membantu rakan rakan yang ingin ke sana.

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

bercuti-di-flores-8

bercuti-di-flores-2

Itinerari

Hari 1 – Labuan Bajo dan terus ke Pulau Komodo (PAKEJ 2H1M)

Tempat menarik: Pulau Kanawa, Mantra Point, Pantai Pink, Kampong Eco
Pengangkutan: Ojek Labuan Bajo Airport – Perlabuhan ( 10 min ) 10,000 IDR
Hotel: Tidur di Kampung Eco
Makan: Termasuk dalam pakej
Lain-lain: Pakej 2H1M 900,000 IDR
Jumlah: 910,000 IDR

Hari 2 – PAKEJ KOMODO. Petang sampai di Labuan Bajo

Tempat menarik: Pulau Komodo, Pulau Rinca, Harus ditambah , Gili Lawa/ Laba, Pulau Padar
Hotel: Hotel Mutiara ( kipas ) 100,000 IDR
Makan: Makan malam 30, 000 IDR
Tiket masuk: Tiket masuk Pulau Komodo 60, 000 IDR
Jumlah: 190,00 IDR

Hari 3 – Labuan Bajo

Tempat menarik: Keliling Labuan Bajo, Air terjun Cunca Wulang
Pengangkutan: Ojek ke Air Terjun (10,000 IDR)
Hotel: Hotel Mutiara (kipas) 100,000 IDR
Makan: Makan 50, 000 IDR
Jumlah: 160, 000 IDR

Hari 4 – Ruteng

Tempat menarik: Ruteng Pu’u, Kampung Cara, Spiderweb rice fields, Poco Ranaka @ Boleh ke Desa Waerebo ( tambah 2H1M)
Pengangkutan: Angkutan umum Labuan Bajo – Ruteng ( 5 jam ) 60,000 IDR, Ojek 30, 000 IDR
Hotel: Hotel Susteran Maria ( 130,000 IDR
Makanan: Makan 50, 000 IDR
Jumlah: 270, 000 IDR

Hari 5 – Bajawa

Tempat menarik: Kampong Adat Bena, Kampong Adat wego, Gunung Irenie
Pengangkutan: Angkutan umum Ruteng- Bajawa ( 5 jam ) 70, 000 IDR, Sewa motor 70, 000 IDR
Hotel: Hotel Sanian ( 150, 000 IDR)
Makanan: Makan 50, 000 IDR
Jumlah: 340, 000 IDR

Hari 6 – Ende

Tempat menarik: Rumah pengasingan Bung Karno, Taman Pancasilla, Pantai Ende, Museum Bahari, Museum Tenum Ikat
Pengangkutan: Angkutan umum, Bajawa – Ende ( 3-4 jam ) 50,000 IDR, Ojek (lawat sekitar) 30, 000 IDR, Ojek Stesyen bas End e ke Bandar (10,000 IDR)
Hotel: Hotel Ikhlas ( kipas) 80,000 IDR
Makan: 50, 000 IDR
Jumlah: 220, 000 IDR

Hari 7 – Moni

Tempat menarik: Mount Kalimutu, Kampung Adat
Pengangkutan: Angkutan umum Ende- Moni ( 2 jam ) 35, 000 IDR, Kalaun naik travel ( Avanza) , 75, 000 IDR, Ojek ronda ronda 30, 000 IDR, Pengangkutan Avanza ke Kalimutu ( 100, 000 IDR)
Hotel: Syelves Hostel ( kipas) 150, 000 IDR
Makan: 50, 000 IDR
Tiket masuk: Tiket masuk Kalimutu (5, 000 IDR)
Jumlah: 370, 000 IDR

HARI 8 – Maemere

Tempat menarik: Pantai Koko, Pantai Paga, Bukit Nico (Patung Bunda Maria)
Pengangkutan: Angkutan umum Moni – Maemere (4 jam ) 70,000 IDR, Sewa motor ½ hari 50, 000 IDR
Hotel: Hotel Benngoan (kipas) 110,000 IDR / day
Makan: 50, 000 IDR 200, 000 IDR

Hari 9 – Ojek

Pengangkutan: Maemere ke airport ( 19 minit ) 10,000 IDR
Makan pagi: 20, 000 IDR 30, 000 IDR
Jumlah: 30, 000 IDR

Baca lagi: 10 Tip Berjimat Ketika Travel Di Lombok, Indonesia

Artikel di atas disumbangkan oleh Khairul Naeim Z. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka