Buat anda yang sedang mencari kerja atau akan ditemuduga oleh sesebuah syarikat, tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat preparation secukupnya sebelum masuk ke bilik temuduga. Mungkin ada antara tip ini yang anda sudah tahu tetapi harapnya dapat jadi peringatan sekali lagi supaya tidak terlupa.

1. Menerima panggilan temuduga melalui emel

Bila dipanggil temuduga, pastikan anda menerima ‘invitation‘ dalam bentuk emel. Ini untuk memudahkan urusan sebelum dan selepas temuduga.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

2. Membawa dokumen yang lengkap

Kebiasaannya untuk temuduga, anda perlu membawa ’employment form’ yang telah siap bertulis, transkrip dan sijil berkaitan (salinan asal dan photocopy), CV terkini, dan gambar passport. Pastikan anda sediakan seperti apa yang diminta. Kalau memang sedang memburu kerja, sediakan sekurang-kurangnya 10 set.

3. Memakai pakaian yang kemas dan sopan

Untuk lelaki, biasanya saya akan pakai kemeja dan satu set blazer dan seluar yang sama warna. Warna blazer dan seluar yang sesuai adalah hitam, kelabu dan warna gelap lain. Pastikan anda pakai tali leher dan kasut hitam berkilat. Manakala untuk perempuan, set baju kurung, set baju kemeja, seluar dan blazer atau set baju kemeja, skirt bawah paras lutut dan blazer.

4. Hadir lebih awal

Hadir 30-60 minit lebih awal dari waktu temuduga. Bila anda hadir lebih awal, anda boleh solat sunat dhuha atau solat sunat 2 rakaat. Lepas solat sunat, doalah kepada Allah mohon ketenangan dan dipermudahkan segala urusan temuduga. Ingat, hati setiap manusia ni Allah yang genggam. Allah jugalah yang Maha Berkuasa untuk menggerakkan hati penemuduga anda.

5. Dapatkan maklumat lanjut

Rujuk point nombor 1, melalui emel ini anda boleh berkomunikasi dengan HR / recruiter. Dapatkan maklumat berikut daripada mereka seperti job description (JD) jawatan yang ditemuduga dan nama penuh serta jawatan penemuduga.

6. Lakukan persediaan awal

Menggunakan job description yang diberikan, anda boleh lakukan persediaan untuk menjawab soalan-soalan teknikal dan juga soalan berkaitan karekter anda. Lihat CV anda, lihat JD. Anticipate soalan-soalan yang mungkin ditanya. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 poin utama bagaimana anda boleh menjadi aset kepada syarikat tersebut.

7. Selidik penemuduga

Menggunakan nama penuh dan jawatan penemuduga, anda boleh stalk mereka di LinkedIn. Melalui cara ini sebelum temuduga pun anda dah tahu latar belakang penemuduga anda dan anticipate soalan-soalan yang mungkin akan ditanya.

8. Bertenang dan membaca zikir

Sebelum masuk bilik temuduga baca Bismillah 50 kali. Fadilat baca Bismillah 50 kali ini dapat melembutkan hati manusia yang kita bersemuka. Atau apa-apa zikir lain pun boleh. Bila dah nak masuk temuduga, tinggal Allah je yang boleh tolong kita.

9. Banyakkan berlatih

Latih diri untuk menjawab soalan pemanas badan secara lancar dalam BI. Soalan pemanas badan yang lazim adalah, “Tell me about yourself”. Pastikan anda boleh jawab soalan ini dengan lancar selama 3-5 minit. Kalau kat sini pun tergagap-gagap, boleh anggap anda gagal.

10. Perbanyakkan bahan bacaan

Latih diri untuk jawab soalan-soalan lazim yang lain berkaitan industri, syarikat, JD, dan CV anda. Pastikan setiap poin dalam CV anda boleh huraikan secara mendalam. Melalui huraian anda, penemuduga boleh ‘gauge‘ anda boleh buat kerja seperti yang tertulis dalam JD atau tak.

11. Rajin bertanya

Latih diri untuk bertanya soalan-soalan berkaitan industri, syarikat, dan JD. Jangan belum apa-apa sudah sibuk tanya berapa gaji boleh dapat. If you are worth to be paid, the company will pay you whatever salary you expected.

12. Dapatkan business card penemuduga

Habis temuduga, dapatkan business card semua penemuduga anda. Dengan maklumat yang ada dalam business card anda boleh follow-up lepas temuduga.

13. Beri ucapan terima kasih

Hantar ‘Thank You Email’ kepada semua penemuduga anda dalam tempoh 24 jam selepas temuduga.

14. Minta restu

Sebelum dan selepas temuduga, call ibu bapa anda mohon doa mereka. Doa mereka terutamanya doa ibu itu sangat mustajab.

15. Lakukan perkara baik

Banyakkan sedekah, solat dhuha dan solat tahajjud. Ini sahaja cara mudah untuk menjemput rezeki (lulus temuduga).

Ingin belajar untuk berjaya dalam sesi temu duga? Jom sertai bengkel CV Writing & Job Hunting pada 6 April 2019. Untuk maklumat lanjut, klik pautan berikut:
http://bit.ly/jobhuntingapr19

#AmeirulAzraie
-Jurulatih Kerjaya Anda-
Kuala Lumpur, 4 Februari 2016, 10.15 pagi
my.linkedin.com/in/ameirulazraie
instagram.com/ameirulazraie
twitter.com/AmeirulAzraie
t.me/ameirulazraie

Artikel di atas disumbangkan oleh Ameirul Azraie. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka