Nota Editor: Maldives merupakan antara negara yang diramalkan bakal tenggelam satu hari nanti kerana pemanasan global dan pertukaran cuaca dunia. Jika anda bercadang untuk ke sana, tips berikut mungkin berguna untuk anda. Tips ini asalnya telah di kongsikan di Facebook Pengembara Saku Nipis. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis.

maldives

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Male Capital City – sizenye kecil. Boleh pusing satu Male dalam masa sejam (lenggang kangkung)

2. Makan Agak Mahal – sekali makan RM40 ke RM50 (paling jimat).

3. Negara Islam (so tempat-tempat lagha memang tak ada) kecuali private island.

4. Orang Maldives agak stylo (abaikan warna kulit) dan Maldivian ni boleh dikatakan orang kaya pada pandangan saya. Majoriti guna Iphone 5s above.

5. Suunto Dive Computers agak mahal. Tapi Suunto Anbit etc jauh lebih murah dari Malaysia (beza harga RM200 above) pandai-pandai la cari kedainya.

6. Penduduknya sangat cool, enjoy life, no rushing. Tapi ada part yang agak slow (terlalu tenang).

7. Airport dah ada wrapping bag. Tapi tak pasti berapa caj nya.

maldives-2

8. Airport ni ada sebiji je tow truck untuk push back kapal. So peak hour berebut-rebut airlines nak pakai. So ni antara reason selalu delay (jangan risau pilot boleh merempit kat awan kejar arrival time).

9. Arus dalam laut agak kuat, hati-hati dive dan mandi laut.

10. Saya nasihat bawak “Folding Bike” sendiri. Berbaloi-baloi. Susah cari basikal kat sini. Motor pun susah nak sewa. Caj teksi dalam RM4.20 duit kita tak kira berapa jauh jaraknya (dalam 25 Rufiyaa).

11. Nak mandi pantai no bikini, no spenda (kecuali private Island).

12. Pengunaan kad kredit meluas disini, kedai runcit kecil pun ade mesin kad kredit.

13. Banyak padang bola / futsal. Boleh kata 24 jam dia orang main bola. That’s why ranking dia orang lebih tinggi (rank 140) dari pasukan bola Malaysia (rank 166).

14. Orangnya kulit tinted 60/80 % JPJ scale. Tapi jangan risau orangnya wangi-wangi. Tak berbau ketiak.

15. Cuaca agak panas. Dan badan akan rasa melekit sebab angin laut. So for gadis-gadis tak payah nak make up beriya sangat. Muka memang berminyak nanti. Lagi hodoh kalau makeup tebal-tebal.

Sebelum kami akhiri tips ini, jom saksikan video rakaman di Maldives yang telah dilakukan oleh penulis asal tips ini. Enjoy!

BACA: 8 Tips Penting Jika Mengembara Ke Bosnia

Baca juga: 10 Aktiviti Menarik Di Krabi, Thailand

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram