Rata-rata rakyat Malaysia pasti sudah mengenali usaha murni seorang pendakwah serta sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Lew di mana beliau sering dilihat melakukan aktiviti-aktivit kebajikan serta membantu rakyat yang memerlukan.

Baru-baru ini heboh di media sosial atas perkongsian beliau yang menunjukkan beliau telah berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah untuk memeluk Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa seluruh penduduk tersebut telah tampil secara sukarela untuk memeluk islam.

“Seramai 157 orang mengucap syahadah. Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Mereka tinggal di dalam bot atau pondok kecil atas laut, menangis saya gembira,” kongsi beliau.

Pada mulanya tujuan beliau ke sana adalah untuk menyalurkan bantuan kerana difahamkan kesemua penduduk di kawasan tersebut berada di dalam kesusahan serta terputus bekalan makanan.

Walaupun begitu, sewaktu beliau sedang memberi bantuan, ramai di antara mereka yang menanyakan tentang apa itu Tuhan serta siapa itu Tuhan.

“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada dan kami tidak tahu. Tolong bagitahu kami.

“Saya terus sebak jadi saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi. Mereka terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih serta gembira dalam hidup saya,” kongsi beliau di dalam untaian tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa beliau akan terus membantu dalam menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan kepada seluruh penduduk di kampung tersebut.

Menerusi untaian tersebut, beliau turut merancang untuk membina sebuah sekolah serta mencari seorang guru agama bagi mendidik penduduk tersebut.

Baca perkongsian kami mengenai berita keprihatinan Ustaz Ebit Lew yang berjaya tular di Korea melalui pautan di bawah.

Berita Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Tular Di Korea, Netizen Nyata Terkejut Dan Bangga

Ebit Lew Terima Lebih 40,000 Mesej Selepas Umum 100 Tablet Percuma Buat Pelajar

Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan

Sumber