Bersempena dengan pengambilan A&W Malaysia daripada KUB Malaysia Bhd dengan nilai RM34 juta, Inter Mark Resources Sdn Bhd nampaknya mempunyai pelan terbaru untuk kembalikan zaman kegemilangan A&W Malaysia seperti pada era 90-an.

Sempena fasa permulaan ini, A&W Malaysia dikatakan bakal menambah lebih banyak pilihan menu berharga RM8.90 dan RM9.90 menjelang bulan Mei ini. Penawaran harga rendah ini dijangka bakal meningkatkan jumlah pelanggan berbanding harga menu kini yang ditawarkan pada harga RM14 serta RM15 satu set.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
MG_6354-2-copy
Sumber: Octane Heads

Selain itu, bersesuaian dengan misi Inter Mark Resources untuk meningkatkan jumlah pendapatan A&W Malaysia pada tahun 2019, angka RM100 juta disasarkan sebagai target pada tahun ini berbanding RM70 juta pada tahun lalu.

Dengan itu, sebanyak 15 hingga 16 cawangan baru A&W Malaysia bakal dibuka sekitar Malaysia bagi memudahkan untuk orang mengakses ke cawangan ini. Jalinan kerjasama bersama GrabFood secara tidak langsung bakal meningkatkan penjualan rangakaian restoran ini.

Mengulas lanjut mengenai pelan masa depan, syarikat ini komited untuk menawarkan sebanyak 100 cawangan secara berperingkat menjelang tahun 2021. Pada kami ianya sebuah pelan yang tersusun dan rapi dalam mengembalikan rangkaian restoran makan segera ikonik ini.

Untuk pengetahuan, George Ang yang merupakan individu penting dalam industri pemakanan dibawah kendalian Inter Mark Resources Sdn Bhd merupakan pengasas kepada Manhattan Fish Market serta direktor kepada Revenue Valley Sdn Bhd yang mengendalikan MFM, Tony Roma’s dan NY Steak Shack di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Baca lagi: A&W Malaysia Hadir Dengan Mug Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-100

Sumber