“Bro, ada itinerari tak ko pergi Jepun?”
“Bang, Korea apa yang best ek?”
Boh, brapo ya duit kawe kena bawak kalu kawe nak gi derak Beijing?”

Soalan biasa yang selalu orang tanya.
Ok meh nak ajar cara-cara persiapkan diri untuk melancong ke luar negara – luar Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Destinasi

Nak ke mana? Kong Kong? Harbin? Paris? Korea? Anda kena ada destinasi nak dituju kan. So kalau dah ada destinasi hala tuju, kena buat research pula. Baca blog orang. Buka trip advisor. Baca review.

2. Buat itinerari

Berapa hari anda nak pegi? Negara mana? Bandar mana? Kalau malas nak baca blog/itinerary orang untuk buat rujukan, anda buat iti sendiri. Bukak website visitacity.com dan pilih kat situ anda nak pergi mana, berapa hari.

tip-rancang-travel-1

3. Pilih itinerari

Nanti website tu akan keluarkan itinerari mengikut apa yang anda pilih. Silakan pilih sendiri lah anda nak macam mana. Full ke family ke top attractions atau pun shopping.

4. Tempoh kembara

Lepas pilih iti semua tu, setup date pula kat dalam tu bila anda nak pegi. Lepas tu print / save iti tu sebab nanti iti tu akan lebih tepat kalau semak dengan exact date dan hari sebab bukan semua tempat yang anda pilih tu akan dibuka untuk lawatan setiap hari sepanjang tahun.

5. Semak dan tukar

Selepas nampak iti tu ada tanda palang merah, tukar je lah tarikh untuk tempat yang menarik tu. Contoh macam Gyongbokgung Palace, Korea tutup selasa, Forbidden City, Beijing tutup isnin, Ueno Zoo, Tokyo tutup isnin. Jadi anda kena csemak semua tu. Masa ni buka maps untuk isi tempat kosong mana anda nak pergi kalau tempat yang nak dituju tu tutup pada tarikh tersebut.

tip-rancang-travel-2
Kremlin, Moscow, Russia.

6. Buat bajet

Lepas dah ada iti, bukak blog berkenaan tempat tu, buat dan kira bajet macam mana nak pergi tempat tu.

7. Penginapan

Masa buat iti, kalau dah ada tempat nak tidur tekan add my place / hotel. Kalau tak ada cari laa, apa lagi. Buka booking.com, agoda.com check anggaran harga berapa orang, berapa haribulan, lepas tu booking. Ok done iti.

8. Kad debit/credit

Setting untuk kegunaan antarabangsa. Call bank minta dia orang aktifkan atau pun masuk internet banking dan buat sendiri.

tip-rancang-travel-3
Ismailovskaya, Moscow, Russia.

9. Buat tukaran duit

Money changer ni dia ada naik dan turun. Biasanya kalau YEN rate turun sikit antara 22hb-6hb dan dalam sehari rate akan bertukar 4 kali iaitu antara pukul 0900, 1200, 1500 dan 1700. Kebiasaan pada waktu 1200-1500 rate duit Malaysia akan naik sikit. Jadi baik tukar duit masa ni. Kalau pukul 1700 dan ke atas rate duit kita akan turun sikit.

10. Tukar duit sikit

Kalau nak senang tukar je sedikit duit dulu kemudian bila dah sampai ke destinasi yang dituju cucuk kat mesin ATM di sana tapi pastikan kad telah diaktifkan untuk kegunaan antarabangsa (international) dulu. Kalau tak terlopong.

12. Call money changer

Oh, sebelum ke money changer, tolong call dulu tanyakan pasal rate duit. Jangan buang masa datang-datang rate tak cantik.

tip-rancang-travel-6
Kazan, Tatarstan

13. Travel insurance

Nak melancong tu melancong jugak keselamatan kena jaga. Beli insurance. Masuk gobear.com bandingkan insurance apa yang nak, tengok la bajet anda macam mana.

14. Makanan

Kalau nak jimat atau susah nak dapat makanan halal beli je Brahim’s banyak-banyak dan bawa. Lagi senang.

15. Back up dokumen penting

Passport, IC, travel insurance, alamat kedutaan dan apa-apa dokumen berkaitan tu sila scan dan save dalam email, dropbox atau google drive. Kot-kot jadi apa-apa tak ada la merana.

16. Semak suhu di negara yang akan dilawati

Sila semak suhu suhu masa anda nak pergi. Senang nak packing dan bawa baju yang sesuai. Ubat-ubatan dan travel adaptor jangan dilupa.

“Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk.
Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri.
Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.”

InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Selamat mengembara.

Baca lagi: 13 Tip Dan Persediaan Sebelum Travel Ke Gurun Gobi Di Mongolia