Bulan 5 tahun ini kereta MyVi saya dilanggar dari arah sisi belakang belah kanan oleh sebuah trailer. Kemalangan tersebut berlaku ketika saya baru pulang dari urusan kerja di Port Klang.

Ketika itu saya sedang memandu kereta di laluan sebelah kiri. Secara tiba-tiba, sebuah trailer dari laluan kanan memasuki laluan saya dan terus melanggar bahagian belakang belah kanan kereta saya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alhamdulillah, saya yang ketika itu sedang sarat mengandung 8 bulan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Walau bagaimanapun, bumper belakang belah kanan kereta saya rosak teruk.

Sejurus selepas dilanggar, saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil details trailer yang melanggar saya. Saya snap gambar trailer dan nombor plat trailer tersebut. Saya snap juga gambar lokasi kejadian dan terus menyuruh driver trailer tersebut untuk membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Klang Selatan sebelum saya memandu kereta saya ke balai polis tersebut untuk membuat report polis.

Setelah membuat laporan polis di kaunter pendaftaran, saya naik ke tingkat 1 untuk berjumpa dengan Sarjan yang akan membuka kertas siasatan untuk kes saya.

Semasa sesi soal siasat dengan Sarjan tersebut, beliau ada memberitahu saya kes-kes kemalangan jalanraya yang melibatkan trailer di kawasan Port Klang ini, setelah kemalangan berlaku si pemandu trailer kebanyakkannya tidak hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Ini berbeza dengan kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan persendirian. Pemilik kenderaan persendirian akan datang membuat laporan polis kerana risau mereka akan disaman dan disenarai hitamkan jika gagal berbuat demikian.

Pemandu trailer dan lori lazimnya memandu kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat tempat mereka bekerja dan bukannya atas nama mereka sendiri. Sebab itulah ramai pemandu-pemandu trailer dan lori akan mengambil sikap lepas tangan dengan tidak membual laporan polis sebaik sahaja kemalangan jalan raya berlaku.

Sekiranya pemandu yang melanggar kenderaan kita tidak membuat laporan polis, pihak polis akan mengeluarkan saman ke atas syarikat yang mana kenderaan tersebut didaftarkan untuk wakil syarikat tersebut hadir ke Mahkamah bagi sesi perbicaraan kes tersebut.

Sekiranya wakil pihak syarikat GAGAL hadir ke mahkamah ketika sesi perbicaraan berlangsung, di bawah seksyen 53(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap wakil syarikat tersebut.

Saman dan waran tangkap inilah yang menyebabkan pemilik kenderaan persendirian akan hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis sejurus sahaja selepas sesuatu kemalangan berlaku.

Hal ini berbeza apabila kemalangan melibatkan kenderaan milik syarikat yang dipandu oleh pekerja atau pemandu sesebuah syarikat tersebut.

Rata-ratanya pemandu kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat ini sering mengambil sikap lepas tangan dengan tidak membuat laporan polis sebaik sahaja kemalangan berlaku kerana tidak mahu menanggung kesusahan seperti pemotongan gaji dan tindakan tatatertib oleh syarikat tempat mereka bekerja.

Sekiranya pihak yang melanggar tidak membuat laporan polis, kos kerosakan kereta saya akan ditanggung sepenuhnya oleh insurans kereta saya.

Kesannya, No Claim Discount (“NCD”) kereta saya akan terjejas. Sekarang ini NCD kereta saya sudah maksimum. Jika pemandu trailer tersebut tidak membuat laporan polis, maka tahun depan bila saya renew insurans kereta, saya perlu membayar harga penuh polisi insurans tersebut tanpa potongan NCD lagi.

Setelah selesai sesi siasatan, pihak polis mengambil gambar kerosakan kereta saya. Seminggu kemudian, keputusan siasatan kes dikeluarkan dan pihak polis telah menyaman pemilik syarikat trailer tersebut yang telah melanggar kereta saya. Pemandu trailer tersebut bagai manapun tidak membuat laporan polis.

Masa tu saya dah mula risau, selepas kemalangan berlaku saya tidak mengambil nombor telefon dan butir-butir pemandu tersebut. Saya memberhentikan kereta di bahu jalan masa tu. Jalan raya tengah sibuk dengan trailer yang banyak dan kereta yang dipandu laju-laju baru balik kerja.

Saya hanya snap gambar trailer dan nombor plat trailer tersebut sahaja dan terus bergerak ke balai polis. Habislah NCD saya next year dah back to 100%. Saya perlu membayar harga penuh polisi insurans kereta saya walaupun pemandu trailer tersebut yang salah dan melanggar kereta saya.

Semasa menghantar kereta ke Perodua Service Centre untuk dibaiki, saya dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat (“IO”) kes saya yang pemandu trailer tersebut telah datang ke balai untuk membuat laporan polis.

IO tersebut telah menelefon syarikat trailer tersebut didaftarkan dan meminta pihak syarikat mengarahkan pemandu trailer tersebut datang membuat laporan polis.

Alhamdulillah, kereta saya dapat dibaiki dengan semua kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans trailer yang melanggar kereta saya tersebut. Banyak juga kos nak tukar bumper, ketuk dan cat semula kereta saya. Jumlah kos keseluruhan RM3700.00.

cara-buat-claim-motor-insurance-1

cara-buat-claim-motor-insurance-2

cara-buat-claim-motor-insurance-3

Bagi mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya (untuk kes yang melibatkan kerosakan kereta sahaja dan tiada sebarang kecederaan fizikal) berikut saya senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam membuat laporan polis dan tuntutan insurans:

1. Sejurus selepas kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan dan pastikan kenderaan anda tidak menghalang lalu lintas.

2. Keluar dari kenderaan untuk memeriksa kerosakan kenderaan anda dan mengambil details pihak yang melanggar atau kenderaan yang anda langar.

3. Ambil gambar kenderaan yang melanggar @ dilanggar, nombor plat kenderaan yang melanggar @ dilanggar, roadtax kenderaan yang melanggar @ dilanggar.

4. Dapatkan details pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

Sebaiknya minta ic mereka dan snap gambar ic mereka. Sekiranya mereka enggan untuk memberikan kerjasama, nyatakan kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan details pihak yang melanggar.

Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 menyatakan seperti berikut:

Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan

52. (1) “Jika dalam apa-apa hal, disebabkan adanya suatu kenderaan motor di sesuatu jalan, suatu kemalangan berlaku, pemandu kenderaan motor itu hendaklah berhenti dan, jika dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana orang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi menghendaki sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan alamat pemunya dan nombor pendaftaran kenderaan motor itu”.

5. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan yang yang melanggar @ dilanggar.

Untuk memastikan pemandu tersebut tidak memberikan nombor telefon palsu, minta pemandu tersebut keluarkan hp mereka dan suruh pemandu tersebut “missed call” hp anda.

Yang ni saya sendiri dah banyak kali “terkena”. Bila minta no hp, pemandu kenderaan yang melanggar akan bagi entah apa-apa nombor yang bila kita call balik selepas kemalangan tersebut, nombor hp yang diberikan itu tidak wujud atau tidak dapat dihubungi.

6. Sekiranya kenderaan anda masih selamat untuk dipandu, segeralah memandu kenderaan anda ke balai polis trafik yang berhampiran untuk membuat laporan polis.

Sekiranya kenderaan anda sudah tidak selamat untuk dipandu, telefon hotline syarikat insurans kereta anda bagi mendapatkan khidmat tow truck dari pihak insurans.

JANGAN sesekali tergopoh gapah dengan memberikan keizinan kepada ulat-ulat tow truck yang datang ke tempat kemalangan dan menawarkan khidmat towing ke bengkel mereka.

7. Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis anda akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan jalan raya tersebut.

Pegawai Penyiasat (IO) kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran balai yang menerima repot.

8. Pegawai Penyiasat akan mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Salinan report akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

9. Selepas keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikelurakan oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis tempat anda membuat laporan tersebut untuk membeli salinan keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan bagi kegunaan tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.

10. Tuntutan kerosakan kereta terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat mungkin.

Dalam kes saya, saya menghantar kereta saya ke Pusat Service Perodua untuk dibaiki pada bulan October iaitu kira-kira 5 bulan selepas dari tarikh kemalangan berlaku.

Sekiranya ada delay dalam membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.

Seperti dalam kes saya, saya menghantar surat kepada pihak insurans memaklumkan kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta adalah disebabkan saya cuti bersalin.

11. Sebaiknya hantar kereta anda untuk dibaiki di service centre.

Jika kereta anda yang dilanggar model Honda, hantar ke Service Centre Honda bagi memastikan kerosakan kereta anda dibaiki dengan sempurna dan segala spare parts digantikan dengan spare parts yang asli model keluaran kereta anda.

12. Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.

Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.

Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas!

13. Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak insurans.

Tuntutan bagi Loss of Use adalah tuntutan yang dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar bagi kos kenderaan gantian selama mana kenderaan anda yang dilanggar berada di bengkel bagi urusan repair.

Loss of Use juga bertujuan untuk memberikan wang pampasan kepada anda bagi kos pengangkutan yang terpaksa anda bayar selama mana kenderaan anda tidak boleh digunakan.

14. Ada sesetengah bengkel yang menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan.

Namun, bukan semua bengkel ada khidmat itu.

Service Centre contohnya tidak menyediakan khidmat kenderaan gantian untuk anda. Jadi, anda boleh membuat tuntutan Loss of Use daripada pihak insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda.

15. Setelah kereta anda siap dibaiki oleh pihak Service Centre, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak Service Centre yang anda ingin membuat tuntutan untuk Loss of Use.

Pihak Service Centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Kebiasaanya laporan dan dokumen untuk tuntutan Loss of Use ini akan dikeluarkan dalam masa 3-5 hari bekerja setelah kereta anda siap dibaiki.

16. Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses.

Dapatkan details officer in charge untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.

Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda sebelum membuat pembayaran kepada anda.