Harga penginapan yang boleh diambil kira sebagai bajet rendah ialah di sekitar 1,500 Yen hingga 4,000 Yen satu kepala, untuk satu malam (atau RM58.00 hingga RM150).

Jenis penginapan bajet rendah ialah:
(i) Manga kisa net cafe
(ii) Kapsul hotel
(iii) Hotel bajet
(iv) Airbnb (homestay atau hostel)

Peringatan:

1. Tiada tempat di Jepun yang menyediakan penginapan serendah RM30.00 dan ke bawah ye.

2. Hampir semua penginapan di Jepun mengikut kiraan bayaran per kepala.

3. Sila buat kajian tentang geografi kedudukan penginapan yang hendak ditempah sebelum membuat tempahan. Anda boleh guna aplikasi google maps dan sebagainya.

Baca: Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun

Sebolehnya cari yang terdekat dengan stesen keretapi. Ini untuk mengelakkan anda dari membuang masa untuk ulang alik ke penginapan. Tapi anda perlu membuat penimbangan sendiri, kebanyakkan penginapan yang dekat dengan stesyen agak sedikit mahal, tapi berbaloi dari segi masa.

4. Sila jangan masukkan penginap lebih dari jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak hotel atau host. Kalau nak masukkan juga sila jujur dan bagitahu yang anda perlukan extra bed.

5. Tempat penginapan yang murah mungkin ada perkara yang tersembunyi di belakangnya seperti jauh dari stesen atau bandar, tidak popular, fasiliti tidak sempurna dan sebagainya. Jadi jangan terlalu memilih untuk selamatkan bajet sahaja, tapi akhirnya percutian anda tidak seronok.

6. Apa jua penginapan yang berdekatan dengan hot spot pelancongan di jamin tidak murah.

7. Sila buat tempahan seawal mungkin bagi penginapan yang terletak di kawasan pelancongan hot spot terutama di waktu musim musim tertentu (perayaan, cuti umum Jepun atau waktu puncak bagi sesuatu musim)

8. Waktu cuti yang popular di Jepun, yang bakal sesak dimana mana-mana:
(i) Golden Week pada 29 April hinga 3 Mei
(ii) Bon Festival pada 1 Ogos hingga 5 Ogos (secara am)
(iii) Musim tahun baru

Tips tambahan

9. Ada tempat yang mesra kanak-kanak. Walaubagaimanapun tetap tidak boleh bising terutama selepas jam 10 malam, ada yang tidak boleh bising seawal jam 8 malam.

10. Untuk yang menggunakan AirBnB dan pilih bilik berkongsi dan bukan bilik peribadi, semak dengan host dan tanya ada atau tidak mereka memelihara anjing untuk keselesaan anda.

11. Ada rumah yang menyediakan wireless internet dan bukan portable WiFi.

12. 3 bilik tidak semestinya 3 bilik tidur. Mungkin 2 bilik tidur dan 1 ruang tamu.

13. Masa check in. Ada yang boleh check in 24 jam terutama yang menggunakan passcode. Ada yang tetapkan masa terutama kunci yang diserahkan oleh host sendiri.

14. Kesalahan utama penyewa airbnb yang sering berlaku dan mesti dielakkan:
(i) Tidak mengasingkan sampah
(ii) Bising
(iii) Penghuni sebenar melebihi jumlah yang didaftar

15. Jika anda travel bersama warga emas atau bawa beg yang berat dan banyak, sila semak dengan host AirBnB adakah  lift disediakan terutama jika lokasi rumah adalah di tingkat atas.

16. Pastikan semak bila waktu check in dan check out. Kalau tak dapat check in pada waktu yang ditetapkan, contohnya sampai hostel atau hotel dah pukul 12 malam, sila telefon tuan rumah / hotel terlebih dahulu pada waktu siang hari.

Sebab jika anda sampai lewat an tak maklumkan kepada tuan rumah (host), ada kemungkina besar anda tak boleh masuk ke dalam rumah. Tetapi duit sewa tetap akan ditolak seumpama anda menginap di rumah tersebut.

Baca lagi: Kurang Duit Semasa Travel, Ini Mungkin Penginapan Alternatif Ketika Di Jepun

Artikel di atas disumbangkan oleh Kamarul Ilmar Ramli. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤