Pandemik COVID-19 telah menguji kita dengan pelbagai cara. Ada yang dibuang kerja, manakala sebahagian lagi dipotong gajinya. Situasi ini telah memaksa mereka untuk bekerja sebagai ‘delivery boy’ bagi mahu relevan dan kekal hidup.

Dan disebabkan itu, apa yang terjadi terhadap rider FoodPanda ini sememang sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab dan bukanlah sesuatu yang positif untuk dilakukan.

Terbaharu, kejadian yang berlaku di Manila, di mana 16 penunggang FoodPanda baru-baru ini terkena ‘prank’ atau usikan yang kebudak-budakkan apabila kesemua mereka menghantar makanan ke alamat yang sama.

Kejadian yang berlaku di rumah Rome Vladimir Agito Cuevas itu tular di laman media sosial Facebook setelah dia memuat naik gambar terbabit. Ia turut mendapat perhatian masyarakat maya.

Bercakap kepada Coconut Manila, dia berkata penghantaran itu bernilai sehingga USD$ 39.00 (RM157.00) dan dihantar ke rumahnya dengan penghantaran tunai atau ‘cash on delivery’.

Dia mengatakan bahawa mungkin dia adalah sasaran mereka yang suka membuat ‘prank’. Tidak mungkin FoodPanda mengalami gangguan dan menghantar banyak penunggang ke rumahnya kerana dia tidak menggunakan aplikasi FoodPanda pada hari tersebut.

saa-1608105923_fuqt

“Para penunggang juga terkejut. Tetapi kami tidak marah. Saya hanya terkejut kerana tidak membuat apa-apa pesanan,” kata Cuevas.

Melalui resit yang dipamerkan oleh penunggang foodpanda, pesanan itu datang dari dua pengguna – Triple X dan Keisha Ann Bernabe. Cuevas mengatakan bahawa dia membayar sekitar empat penghantaran. Manakala selebihnya dibayar oleh jirannya.

Terdahulu, seorang lelaki menukar kerjaya kepada rider FoodPanda bagi meneruskan hidup. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

‘Rider’ Foodpanda Buat Pelanggan Terkejut Hantar Makanan Guna Harley Davidson

Kecewa Isu Sampah Tidak Selesai, Lelaki Ini Buat ‘Penghantaran Khas’ Ke Ibu Pejabat Foodpanda