Dengan perkembangan EV yang semakin positif di negara ini, Starbucks Malaysia menyasarkan untuk mempunyai stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di semua 76 cawangan pandu lalu untuk kemudahan pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Bhd dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia & Brunei Datuk Sydney Quays berkata syarikat itu telah meneroka inisiatif itu tiga tahun lalu tetapi terpaksa menangguhkan rancangan itu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Buat masa ini, kami mempunyai hampir 76 cawangan pandu lalu, dan kami mahu menyediakan kemudahan ini kepada pelanggan kami di mana mereka boleh mengecas EV mereka di cawangan kami.

“Pada masa hadapan, kami berharap untuk mempunyai stesen pengecasan di semua lokasi pandu lalu kami jika ruang mengizinkan,” katanya semasa pelancaran stesen pengecas EV Starbucks hari ini.

Sumber Gambar: Facebook Gaya Travel

Syarikat itu bekerjasama dengan Yinson GreenTech untuk melancarkan stesen pengecas EV pertamanya yang dikuasakan oleh chargEV di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, lebih banyak stesen pengecas EV yang terdiri daripada pengecas direct current (DC) dan alternating current (AC) akan dibina dalam rangkaian pandu lalu Starbucks di Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk menjadi syarikat yang lebih positif sumber.

Dengan pelancaran pertama ini, terdapat 26 stesen pengecas EV di 17 lokasi Starbucks dalam Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Anda boleh datang di mana-mana lokasi tersenarai di bawah untuk menikmati hidangan Starbucks sementara menunggu kereta EV habis dicas —

  1. Starbucks Kota Kemuning Drive-Thru
  2. Starbucks Reserve™ Setia Alam
  3. Starbucks Ukay Perdana Drive-Thru
  4. Starbucks Conezion Putrajaya Drive-Thru
  5. Starbucks Eco Gradeur Drive-Thru
  6. Starbucks Rimbayu Drive-Thru
  7. Starbucks Jade Hill Drive-Thru
  8. Starbucks Reserve™ Eco Majestic Drive-Thru
  9. Starbucks Eco Horizon Drive-Thru
  10. Starbucks Icon City Drive-Thru
  11. Starbucks Hillside Drive-Thru
  12. Starbucks Juru (R&R) Drive-Thru
  13. Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru
  14. Starbucks Malim Jaya Drive-Thru
  15. Starbucks Bandar Seri Alam Drive-Thru
  16. Starbucks Seri Austin Drive-Thru
  17. Starbucks Skudai (R&R) Drive-Thru

Bagi pelanggan Starbucks yang merupakan ahli chargEV aktif dan memilih untuk mengecas EV mereka di salah satu daripada 17 kedai Starbucks boleh menikmati sehingga 50 peratus diskaun Grande Handcrafted Beverage pertama yang dibeli dalam satu resit bermula 1 November.

Pelanggan hanya perlu memperlihatkan ID keahlian chargeEV mereka pada aplikasi mudah alih di kaunter untuk menebus tawaran tersebut. Promosi ini sah selama 12 bulan dan tertakluk kepada terma dan syarat.