Umum mengetahui hampir keseluruhan negeri kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang hanya akan berakhir pada 18 Februari ini.

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika ini adalah majlis sosial dan keramaian termasuk pelancongan ke luar atau masuk kawasan PKP dan kawasan PKPD.

Bagaimanapun, arahan tersebut masih lagi diingkari apabila sekumpulan 17 individu di Langkawi dilaporkan mengadakan sambutan hari lahir di sebuah vila pada semalam.

Menurut laporan Free Malaysia Today yang memetik Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari, majlis itu dikesan pihaknya ketika rondaan dan mendapati terdapat banyak kenderaan serta bunyi bising daripada vila berkenaan.

“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka.

“Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya.

Susulan daripada pemeriksaan itu, pihak polis jelasnya telah menahan empat wanita warga tempatan dan 13 lelaki yang berada dalam vila tersebut.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Kuah untuk proses dokumentasi dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap individu sebelum dibebaskan.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

‘Hanya Salah Faham Bukan Mogok’- J&T Minta Maaf Pekerja Campak Parcel Secara Ganas

‘Jangan Bagi Harapan Palsu’ – Netizen Kecewa Terpaksa Semak Semula Status i-Sinar

Kini Anda Boleh Abadikan Perkataan ‘KFC’ Pada Kenderaan Mengikut Undang-Undang