Bila sebut ubat gigi, pastilah gunanya untuk bersihkan gigi saja.

Tapi rupa-rupanya ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Jom layan 17 lagi penyelesaian yang boleh dibuat dengan ubat gigi.

1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi. kegunaan ubat gigi 1

 

2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja. Bersinar-sinar gitu.

kegunaan ubat gigi 2

 

3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.

kegunaan ubat gigi 3

 

4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas pun boleh. Hehe.

kegunaan ubat gigi 4

 

5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

kegunaan ubat gigi 5

 

6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah.  Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja. Haha.

kegunaan ubat gigi 6

 

7. Boleh guna ubat gigi untuk hilangkan calar di belakang CD rupanya.

kegunaan ubat gigi 7

 

8. Tensyen perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental sampai hilang.

kegunaan ubat gigi 19

kegunaan ubat gigi 8

 

9. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.

kegunaan ubat gigi 9

 

10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi. Yang penting gosok perlahan-lahan ye, bukan sental. Be gentle ;)

kegunaan ubat gigi 10 kegunaan ubat gigi 11

 

11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.

kegunaan ubat gigi 12

 

12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

kegunaan ubat gigi 13

 

13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.

kegunaan ubat gigi 14

 

14. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.

kegunaan ubat gigi 15

 

15. Aha, tempek kat muka untuk keringkan jerawat dengan ubat gigi saja. LOL!

kegunaan ubat gigi 16

 

16. Lagi sekali, para ibu pasti suka. “Contenglah dinding tu nak. Nanti kita minta ayah borong ubat gigi banyak-banyak dan sama-sama gotong royong sental dinding ye.” LOL!

kegunaan ubat gigi 17

 

17. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.

kegunaan ubat gigi 18

Amacam? Kongsikan tips ini dengan rakan anda.

Like page The Vocket di Facebook.

 

Anda Mungkin Suka