Rakyat Malaysia dikehendaki mempunyai visa yang sah jika ingin ke India. Beberapa bulan lepas Kerajaan India telah menaikkan fee visa (RM189 kepada RM456) dan menyebabkan berlaku kekalutan di pihak aku (lari bajet bhaiii). Alhamdulillah, akibat desakan orang ramai dan campur tangan kerajaan, harga lama dikekalkan.

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak mohon visa pelancong ke India. Untuk makluman, aku mohon visa India ni di Pulau Pinang, jadi mungkin ada beza sikit dengan tempat lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aku juga tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku disebabkan perkongsian ini.

1. Sila ke website indianvisaonline.gov.in/visa/

2. Pilih jenis visa (Regular Visa Application atau E-Visa)

3. Untuk Regular Visa, lepas isi borang online, anda kena ke India Visa Centre untuk menyerahkan dokumen dan proses biometrik.

4. Masukkan maklumat yang diminta dalam borang tersebut (sila save reference number yang diberi).

5. Maklumat penting untuk diberi perhatian :

i. Visible ID Marks (kalau dulu anda buas atau pernah kena tetak di dahi, tulis lah kesan parut tu).

ii. Applicant ‘s Contact Details (kalau aku prefer ikut ic lah)

iii. Type of Visa (Tourist)

iv. No of Entries (Multiple)

v. Place to be Visited (letak tempat yang anda nak pergi nanti tapi AWAS, jangan sesekali letak Kashmir sebab nak ke Kashmir kena ada special permit).
Nota: Untuk ini, ada yang letak Kashmir tapi lepas juga dan dapat mohon visa. Jadi terpulang samada nak ikut atau tak langkah ini.

vi. Countries Visited in last 10 years. Kalau tak ingat negara mana dah pernah pergi, ikut saja dalam passport tu okay.

vii. Details of Two Reference (untuk yang ni, anda kena bagi nama/alamat/HP No di India dan Malaysia).

6. Sila semak maklumat yang diberikan dalam borang sekali lagi sebelum submit.

7. Selepas siap submit form, print borang tersebut.

8. Sediakan dokumen berikut :

i. Passport

ii. Borang Visa Application

iii. Tiket Flight

iv. Gambar Pemohon 2×2 inci background putih 2pcs

v. Salinan Kad Pengenalan

vi. Salinan Passport

cara-mohon-visa-india-2

9. Sila ke India Visa Centre yang terletak di jalan Chulia Street (sederet dan selang beberapa kedai dengan Kapitan).

10. Pergi ke kaunter, nanti dia bagi sticker bernombor untuk giliran anda.

11. Duduk dan tunggu dia panggil nombor anda cara manual. Jangan tidur pulak!

12. Lepas dia panggil nombor anda, dia akan check form dan dokumen. Pastikan di borang tu nanti, tandatangan hendaklah sama/sebijik/tepat/jitu/accurate seperti tandatangan di passport.

13. Bahagian paling tak best, sila bayar duit visa! Aku kena bayar MYR189.

14. Dia akan suruh anda duduk balik dan tunggu orang biometrik panggil nama anda.

15. Orang biometrik akan panggil nama anda dan dia akan ambil gambar guna kamera komputer. Lepas tu kena scan 4 jari kiri dan kanan kemudian kedua ibu jari KAKI.

16. Selesai urusan biometrik tu, dia akan bagi resit bayaran dan tarikh untuk ambil visa tu. Biasanya 3 hari bekerja dah siap dan masa untuk ambil ialah di sebelah petang.

17. Okay, dah boleh balik.

Demikianlah perkongsian 17 Langkah membuat Visa India di Pulau Pinang! Kalau ada tersalah informasi, minta tegur ya!

Selamat mengembara!

Baca lagi:  Ini Cara Mudah Bagaimana Saya Mohon ‘eTourist Visa’ India Di Internet