Orang edit guna Photoshop, kau bodoh ke apa guna Powerpoint.

Ada lah segelintir yang kutuk saya sebab guna Powerpoint. Ada yang share post saya pasal “edit gambar dengan Powerpoint”, dan cakap yang “kita semua sepatutnya belajar guna Photoshop, berhenti lah ikut method brader ni”. Lebih kurang macam tu lah. Pertama sekali, saya minta maaf lah kalau ada yang marah atau tak suka bila saya share cara edit gambar dengan Powerpoint.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi apa yang saya nampak sekarang ni, sama macam situasi pemandu teksi marah pemandu Uber & GrabCar. Tak tau lah kalau saya salah. Tapi bukan semua orang yang kecam saya, ada segelintir sahaja. Ada juga designer yang impress dengan kerja saya ni, tanpa ada rasa apa-apa pun. Memang sepatutnya tak perlu rasa apa-apa, sebab Powerpoint ada fungsi yang sangat-sangat sedikit dibandingkan dengan Photoshop, dan Illustrator.

Saya ada bisnes saya sendiri, dan saya ada masalah untuk dapatkan kualiti editing gambar yang baik. Nak mengharap kat kawan-kawan, saya paham diorang ni sibuk dan ada urusan masing-masing. Saya tak boleh bergantung dengan orang lain selama-lamanya walaupun dia tu adik-beradik sendiri. Saya paham tu. Jadi saya tak minta dan tak harapkan bantuan mereka. Saya cari jalan sendiri.

Alhamdulillah, seronok rasanya jual resume ni. Walaupun tak lah banyak mana, tapi puas hati rasanya bila pelanggan puas hati dengan design yang guna Powerpoint ni je. Siapa partner saya? Jawabnya belum ada siapa-siapa.

Tapi, kalau ada apa-apa keputusan penting yang saya nak buat, saya selalu tanya isteri saya. Sebab isteri saya selalu temuduga calon pekerja di Etiqa Takaful. Segala urusan bisnes resume ni, dari A to Z saya pikir sendiri, dan uruskan sendiri.

Dari Design Template, Design posting, Write-up, Duit Modal FB ads, Account, mereka yang komen “PM”, whatsapp “PM”, semua saya handle sendiri. Saya kerja sepenuh masa di syarikat yang datangnya dari US, tapi saya kuli je.

Gambar-gambar di bawah ni, pembaca mungkin boleh paham briefly macam mana saya edit. Kalau nak terangkan satu-satu cara, panjang sangat nanti. Jadi saya tunjuk secara brief sahaja, macam mana saya edit. Siapa tahu, kalau ada rezeki, boleh lah saya bukak kelas, ajar cara-cara guna powerpoint untuk editing.

Langkah 1

Letak gambar dulu. Sebaiknya yang nampak bahu. Crop agak-agak je. Kemudian letak kat tempat yang sesuai. Lepas tu saya create box yang half transparent ni.

Langkah 2

Sekarang, letak tulisan nama ikut kesesuaian. Macam yang ni, saya guna dua jenis font.
Font : Aharoni + Rage Italic

Langkah 3

Kemudian tambah line ikut kesesuaian.

Langkah 4

Kemudian masukkan info sikit demi sikit. Tekan insert > add text untuk tambah wording.

Langkah 5

Lagi info. Ikut kreativiti.

Langkah 6

Lagi info. Ikut kreativiti masing-masing.

Langkah 7

Nampak kan, berapa banyak item yang kita dah masukkan. Nampak macam agak memeningkan sebab banyak benda nak kena letak. Kalau guna photoshop, boleh work on layer by layer. Tapi powerpoint, tak adalayer.

Langkah 8

Kemudian saya akan save page yang dah siap tadi, sebagai JPEG.
Instructions:
1. Klik Save as
2. Tukar format jadi JPEG
3. Klik Save

Dah siap save, saya buka powerpoint baru, dan paste supaya nampak macam di dalam gambar. Letak page 1 and 2 kiri kanan.

Langkah 9

Sekarang, right click kat gambar tu, tekan “Format Picture”. Box Format Picture akan appear macam yang kat sebelah kanan tu.

Langkah 10

Klik 3-D Rotation, Klik Presets, Klik Perpective yang sesuai.

Langkah 11

Masih lagi kat 3-D rotation, bahagian yang saya kotakkan tu, boleh adjust rotation gambar tu. Biar nampak hidup.

Langkah 12

Sekarang klik 3-D Format, tukar width dan height macam dalam gambar. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error width dengan height tu supaya sesuai dengan keperluan gambar.

Langkah 13

Masih lagi kat 3-D Format, klik material, pilih special effect yang saya kotakkan. Atau boleh try and error jugak special effect yang lain.

Langkah 14

Sekarang klik Shadow, tukar 3 benda yang saya kotakkan tu. Letak 100, 45, 100. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error letak figure lain.

Langkah 15

Ni hasil lepas gambar dah di 3-D kan. Repeat benda yang sama dekat gambar yang lagi satu tu.

Langkah 16

Then add lah wording yang patut kat bawah tu. Then add lah logo apa yang patut. Then save as JPEG macam yang saya mention awal tadi.

Langkah 17

Ni lah hasil lepas siap.

Langkah 18

Nota: Saya edit guna Microsoft Powerpoint version 2010. Version 2007 tak compatible.

Baca lagi: 10 Persediaan Asas Sewaktu Hadiri Temuduga Buat Bakal Graduan