Nota Editor: 17 destinasi menarik di sekitar Eropah tengah ini telah dikongsikan oleh Siti Fatimah Zaharah Zulkapli, lebih dikenali dengan nama panggilan Akiey.

Merupakan pelajar perubatan di Palacky University, Olomouc, Czech Republic, Akiey berpengalaman mengembara di Eropah tengah selama 7 tahun dan kini menetap di Berlin untuk mempelajari Bahasa Deutsch.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Impian  Akiey adalah menjadi seorang pakar Orthopaedik atau Trauma, berbakti di negara-negara perang selain daripada meneruskan kegilaan mengembara ke pelusuk dunia dengan kamera yang baik.

17 Destinasi Tercantik Yang Tidak Begitu Dikenali, Wajib Dilawati Sekiranya Anda Berada di Eropah Timur – Jerman, Republik Czech, Austria dan Poland

1. KÖNIGSEE LAKE, BERCHTESGADEN, GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-1

lokasi-unik-eropah-tengah-2

lokasi-unik-eropah-tengah-3

lokasi-unik-eropah-tengah-4

lokasi-unik-eropah-tengah-5

Berchtesgaden merupakan sebuah kawasan perbandaran di Bavarian Alps. Terletak di daerah selatan daripada Berchtesgaden Land di Bavaria, lokasi destinasi popular ini terletak berhampiran dengan sempadan Austria, kira-kira 30km ke selatan Salzburg dan 180km sebelah tenggara dari Munich.

Dikelilingi oleh tebing batu yang menjulang tinggi, tasik dengan airnya yang berwarna zamrud hijau dan sunyi ini merupakan salah satu landskap yang paling cantik di Jerman.

Ini merupakan antara sebab mengapa semakin ramai pengunjung ke Königssee tahun demi tahun. Keluasan tasik adalah 8 km panjang (5 batu), sehingga 1.2 km lebar (3/4 batu) dan 602 meter (2000 kaki) di atas paras laut.

Dengan kedalaman maksimum 192 meter (650 kaki), suhu di Tasik Königssee kekal sejuk meskipun di musim panas.

Hanya kapal penumpang berkuasa elektrik dan bot pedal dibenarkan beroperasi di tasik ini sejak tahun 1909. Perkhidmatan pelancongan di tasik ini dikendalikan oleh syarikat Bayerische Seenschifffahrt dan kapal serta bot ini akan singgah di 3 pelabuhan iaitu Seelände (Schönau), St Bartholomew, dan Salet.

2. OBERSEE LAKE, BERCHTESGADEN, GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-6

lokasi-unik-eropah-tengah-7

lokasi-unik-eropah-tengah-8

lokasi-unik-eropah-tengah-9

Sekiranya anda berada di kawasan Königsee, Berchtesgaden ini, tidak sah sekiranya tidak melawat rumah misteri alpine yang terbiar di tasik Obersee ini.

Untuk ke Lake Obersee yang sememangnya indah ini, anda perlu mengambil bot yang disediakan dari Königsee ke Salet Obersee. Dari sana, laluan pejalan kaki akan membawa anda terus ke Lake Obersee.

Short trekking ini mengambil masa antara 20 minit hingga satu jam bergantung kepada kelajuan anda. Tasik ini diapit oleh gunung dan tebing tinggi, menambahkan lagi pesona keindahan tasik.

3. ADRŠPACH TEPLICE ROCK, CZECH REPUBLIC (Pekan bantu Czech – Adršpach)

lokasi-unik-eropah-tengah-10

lokasi-unik-eropah-tengah-11

lokasi-unik-eropah-tengah-12

lokasi-unik-eropah-tengah-13

lokasi-unik-eropah-tengah-14

Taman batu ini dinamakan sempena 2 majlis perbandaran berhampiran: Adršpach dan Teplice nad Metují.

Batu-batu telah dilindungi sebagai rizab alam semula jadi negara sejak tahun 1933 dan kawasan bersebelahan seluruh Broumovsko mempunyai status kawasan landskap dilindungi sejak tahun 1991.

Kecantikan dan keunikan Adršpach Teplice Rock telah dipilih sebagai salah satu daripada set pengambaran bagi filem The Chronicle of Narnia iaitu bagi scene The Gate of Narnia.

4. POTSDAM, GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-15

lokasi-unik-eropah-tengah-16

lokasi-unik-eropah-tengah-17

lokasi-unik-eropah-tengah-18

lokasi-unik-eropah-tengah-19

lokasi-unik-eropah-tengah-20

Potsdam terkenal dengan istana-istana indah dan taman yang menjadi lokasi penempatan raja Prusia sewwaktu zaman kegemilangannya.

Di sini anda berpeluang melihat tinggalan kegemilangan Prusia, warisan seni bina dan agama, serta ia merupakan tumpuan utama semasa Perang Dingin. Potsdam menawarkan panorama yang mempesonakan sama ada dari segi budaya mahupun sejarah.

5. MORSKIE OKO, ZAKOPANE, POLAND

lokasi-unik-eropah-tengah-21

lokasi-unik-eropah-tengah-22

lokasi-unik-eropah-tengah-23

lokasi-unik-eropah-tengah-24

lokasi-unik-eropah-tengah-25

lokasi-unik-eropah-tengah-26

Morskie Oko terletak kira-kira 20km dari Zakopane, yang merupakan salah satu destinasi popular bagi pelancong yang datang ke Poland. Morskie Oko merupakan tasik di pergunungan Tatra dan menurut lagenda, ia bersambung dengan laut.

Terdapat perkhidmatan bas dari Kosciuszko Street (dari pekan Zakopane) yang mengambil masa 45 minit ke Palenica Bialczanska. Setibanya di sini, kereta, motosikal dan bas adalah tidak dibenarkan.

Anda perlu berjalan 9km (kira-kira 2 jam) untuk bertemu dengan tasik zamrud kehijauan yang sungguh indah ini.

Dek kerana pengunjung datang untuk short-hiking bersama keluarga tanpa mengira musim sama ada di musim sejuk mahupun di musim panas, saya telah melakukan pendakian pada kedua-dua musim.

Terdapat juga perkhidmatan kereta kuda disediakan di tempat letak kereta Palenica Bialczanska sekiranya anda tidak mahu berjalan sejauh 9km atau mahukah pengalaman berbeza untuk sampai ke Morskie Oko.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit berakhir di Wlosienica, jadi anda masih perlu berjalan sejauh 1700meter untuk ke hostel terdekat.

6. HALLSTATT SEE, SALZKAMMERGUT, AUSTRIA

lokasi-unik-eropah-tengah-27

lokasi-unik-eropah-tengah-28

lokasi-unik-eropah-tengah-29

lokasi-unik-eropah-tengah-30

lokasi-unik-eropah-tengah-31

lokasi-unik-eropah-tengah-32

lokasi-unik-eropah-tengah-33

lokasi-unik-eropah-tengah-34

Hallstatt adalah sebuah bandar kecil dengan pemandangan yang menakjubkan di antara Salzburg dan Graz, di Lake District Salzkammergut, Austria.

Dianggap sebagai salah satu kediaman tertua yang masih didiami sehingga kini di Eropah, Hallstatt merupakan tapak warisan UNESCO dan tarikan pelancong yang penting Austria.

Perkampungan Hallstatt ini kaya dengan ciri-ciri kebudayaan Eropah tengah semasa zaman Besi. Buktinya, terdapat tanah perkuburan lama yang ditemui di bandar dengan ukiran tarikh-tarikh pada zaman tersebut.

Hallstatt juga dikenali sebagai “the Pearl of Austria” dan landskap Hallstatt benar-benar mempersonakan hati pengunjung dek kerana terletaknya “penjaga tasik Hallstatt” dan juga gunung yang tersergah indah di sekitarnya.

7. DACHSTEIN : GOSAU AM DACHSTEIN DAN RAMSAU AM DACHSTEIN, SALZKAMMERGUT, AUSTRIA

The Dachstein yang besar ini merangkumi persimpangan 3 wilayah – Salzburg, Steiermark dan Upper part of Austria. Gunung ini dikatakan paling timur dengan ketinggian 3000m puncak Alps.

Walau bagaimanapun, ketinggian yang dicatatkan adalah” 2993m di atas paras laut. “Kesilapan” pengiraan ini berpunca daripada kaedah pengukuran yang berbeza yang digunakan pada abad-abad kemudian. Pendakian pertama ke puncak telah diilakukan pada tahun 1832.

  1. RAMSAU AM DACHSTEIN

Walaupun ketinggiannya di bawah 3000m, kemuncaknya sudah cukup untuk ia dilitupi salji.  Dachstein juga merupakan salah satu daripada glasier Austria.

Pada musim panas, tempat ini menjadi tumpuan hikers dan pada musim sejuk, dibanjiri oleh peminat sukan skii.

lokasi-unik-eropah-tengah-35

lokasi-unik-eropah-tengah-36

lokasi-unik-eropah-tengah-37

B. GOSAU AM DACHSTEIN

Sekiranya anda memburu pemandangan indah dan sedang berada di Hallstatt, jangan lepaskan peluang untuk melihat Gosau Am Dachstein. Dianggap sebagai tempat yang paling indah di Austria pada abad ke-19, tempat ini seringkali diabaikan oleh para pelancong.

lokasi-unik-eropah-tengah-38

lokasi-unik-eropah-tengah-39

lokasi-unik-eropah-tengah-40

8. PRAVČICKÁ BRÁNA BOHEMIAN SWITZERLAND, ČESKÉ ŠVÝCARSKO;, CZECH REPUBLIC

lokasi-unik-eropah-tengah-41

lokasi-unik-eropah-tengah-42

lokasi-unik-eropah-tengah-43

lokasi-unik-eropah-tengah-44

lokasi-unik-eropah-tengah-45

lokasi-unik-eropah-tengah-46

lokasi-unik-eropah-tengah-47

The Pravčická Brána pembentukan batu arch yang terletak di Bohemian Switzerland di Republik Czech. Jangkaan panjangnya 26.5 meter, ketinggian dalam 16 meter, 8 meter lebar maksimum dan 3 meter adalah gerbang, ia adalah gerbang batu pasir semulajadi terbesar di Eropah, dan salah satu monumen semula jadi yang paling menarik dalam Elbe Sandstone Mountains.

Bohemian Switzerland dikatakan satu ketika dulu adalah sebuah pulau  di tengah-tengah Eropah. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Taman Negara pada 1 Januari 2000.

Fire Rock, sfera matahari berbentuk batu, adalah Pravčická Brána dan dipercayai telah dibentuk oleh kilat. Terdapat hutan luas dan padang rumput tinggi yang terbentang di sebelah timur sungai Elbe.

Taman Negara Bohemian Switzerland atau juga lebih dikenali dengan nama České Švýcarsko dalam bahasa Czech dinamakan sempena 2 peneroka Swiss dari abad ke-19, yang sangat suka landskap menarik di sini dan mereka  kemudiannya mengambil kepurusan untuk menetap di sini.

9. SAXON SWITZERLAND, DRESDEN, GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-48

lokasi-unik-eropah-tengah-49

lokasi-unik-eropah-tengah-50

lokasi-unik-eropah-tengah-51

lokasi-unik-eropah-tengah-52

Tidak begitu ramai tahu tentang Saxon Switzerland yang terletak di tenggara Dresden dan di sekitar Lembah Elbe. Pembentukan geologi Bastei Rocks yang sangat menarik terletak betul-betul di tengah-tengah Saxon Switzerland.

“Bastei” dalam bahasa Deutsch ini ertinya kubu dan pembentukan batu yang cantik ini benar-benar sesuai dengan maksudnya.

Bersama-sama dengan Bohemian Switzerland di Republik Czech, rantau ini membentuk gunung batu pasir. Kawasan ini adalah syurga bagi pejalan kaki dan pendaki bukit.

Pelawat daripada semua peringkat umur boleh meneroka dan menikmati keindahannya. The Grand Canyon of Germany ini terletak kira-kira 40 km dari Dresden, Saxon Switzerland meliputi kawasan seluas kira-kira 368 km dengan landskap yang menakjubkan.

10. ČESKý KRUMLOV, CZECH REPUBLIC

lokasi-unik-eropah-tengah-53

lokasi-unik-eropah-tengah-54

lokasi-unik-eropah-tengah-55

Terletak di sempadan selatan negara itu, bandar Bohemian Cesky Krumlov terletak berhampiran sempadan di Republik Czech dengan Austria dan Jerman.

Apabila dilihat dari pandangan mata burung, Old Town Cesky Krumlov ini sungguh indah. Bumbung jubin merah dan landskapnya di sepanjang liku-liku sungai Vltava merupakan keunikan bandar Cesky Krumlov yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong.

Cesky Krumlov ini telah diklasifikasikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Suasana semula jadi yang mengagumkan ini diperkuatkan lagi dengan pengaruh zaman medieval Gothic, Renaissance dan Baroque merupakan antara seni bina terbaik di Eropah Tengah.

11. NEUSCHWANSTEIN CASTLE, SCHWANGAU, GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-56

lokasi-unik-eropah-tengah-57

lokasi-unik-eropah-tengah-58

lokasi-unik-eropah-tengah-59

Sekiranya anda merancang perjalanan ke Jerman, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat istana yang mengaspirasikan kisah dongeng Walt Disney – Magic Kingdom dan Sleeping Beauty Castle iaitu Istana Neuschwanstein.

Nama istana Neuschwanstein ini bermaksud ‘New Swan Stone’ yang diilhamkan dari salah satu karakter Opera Wagner, the Swan Knight. Neuschwanstein yang dibina pada era Raja Ludwig II Bavaria ini adalah gambaran terbaik bagi sebuah istana dongeng, lengkap dengan pemandangan indah Alps Bavaria.

Baca: 15 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Sebelum Mengembara Ke Negara Balkan

12. BLACK FOREST (SCHWARZBALD) , GERMANY

lokasi-unik-eropah-tengah-60

lokasi-unik-eropah-tengah-61

lokasi-unik-eropah-tengah-62

lokasi-unik-eropah-tengah-63

lokasi-unik-eropah-tengah-64

lokasi-unik-eropah-tengah-65

Sekiranya anda berminat dengan cerita dongeng ‘Snow White’ , ‘Repunzel’ dan ‘Hansel and Gretel’, Black Forest merupakan latar tempat dalam cerita-cerita tersebut.

Black Forest atau dikenali dengan nama Schwarzbald dalam Bahasa Jerman terletak di barat daya Jerman. Schwarzbald merangkumi seluas 160km dari Pforzheim ke Lörrach di bahagian utara dan Waldshut-Tiengen di bahagian selatan.

Nama Black Forest pula dikatakan telah diberi oleh askar-askar Rom yang telah berjalan melalui Jerman dan laluan mereka telah dihalang oleh hutan yang gelap dan tebal. Mereka memanggil hutan tersebut “Silva Nigra”, yang bermaksud “Black Forest” dalam bahasa Latin mereka.

13. OLOMOUC, CZECH REPUBLIC

lokasi-unik-eropah-tengah-66

lokasi-unik-eropah-tengah-67

lokasi-unik-eropah-tengah-68

lokasi-unik-eropah-tengah-69

lokasi-unik-eropah-tengah-70

Universiti saya (bersama-sama lebih kurang 100 pelajar Malaysia) terletak di bandar Olomouc!

Bandar indah Olomouc ini terletak bersebelahan Sungai Morava, di tengah-tengah wilayah Moravia. Dengan kira-kira 100,000 penduduk, ia adalah bandar kelima terbesar di Republik Czech dan sudah tentu salah satu yang paling indah.

Pusat ini adalah zon Pemuliharaan Bersejarah Terbesar di luar Prague, dan jalan-jalan berbatu yang indah yang dipenuhi dengan gereja megah dan istana besar.

Olomouc juga merupakan pusat pendidikan, kebudayaan dan pesta. Terdapat pelbagai perayaan, pesta dan pelbagai aktiviti di Namesti Hrdinu tanpa mengira masa dan musim.

Antaranya adalah kalendar pesta termasuk Beer Festival Terbesar di negara ini (Mei), The International Organ Music Festival (Sep-okt) dan banyak lagi.

Jadinya, silalah datang ke tempat kami!

14. GDANSK, POLAND

lokasi-unik-eropah-tengah-71

lokasi-unik-eropah-tengah-72

lokasi-unik-eropah-tengah-73

Gdansk adalah sebuah bandar pelabuhan di pantai Baltic, utara Poland. Ianya merupakan sebahagian daripada Trojmiasto, sebuah kawasan di Utara Poland yang terdiri daripada 3 bandar yang sangat berbeza – Gdansk, Sopot dan Gdynia.

Setibanya di Gdansk anda akan lihat bandar ini mempunyai keunikannya tersendiri dan berbeza daripada bandar-bandar di Poland yang lain.

Gdansk mempunyai penduduk seramai 701,000 orang. Dipenuhi dengan pantai yang indah, bandar ini adalah salah satu tarikan pelancong utama bagi rakyat Poland dan juga pelancong asing.

Ini mungkin tidak begitu diketahui umum, tetapi rantau Trojmiasto ini dipenuhi dengan pantai yang indah. Boleh dikatakan bahawa inilah tempat di Poland yang begitu cantik terutamanya pada musim panas tetapi low profile.

Mariacka Street adalah jalan kecil di Gdansk Old Town. Dikatakan ia merupakan antara jalan yang paling indah dan romantis di Poland dipenuhi dengan beberapa kedai-kedai kecil yang menjual cenderahati kecil, barang kemas dan perhiasan.

15. KRAKOW, POLAND

lokasi-unik-eropah-tengah-74

lokasi-unik-eropah-tengah-75

lokasi-unik-eropah-tengah-76

Krakow terletak di wilayah selatan Poland. Ia merupakan bandar kedua terbesar dan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Poland. Untuk pengetahuan anda, Krakow Old Town mempunyai lebih banyak bangunan bersejarah di satu kawasan berbanding mana-mana bandar lain di dunia.

Krakow mempunyai penduduk kira-kira 750,000 orang, dan daripada jumlah itu lebih kurang  200,000 daripada penduduknya adalah pelajar.

Sekiranya anda peminat bola dan singgah di Krakow, belilah jersi pasukan bola sepak Krakow Wisła Kraków kerana ia adalah salah satu pasukan yang paling berjaya dalam bola sepak Poland. Mereka berjaya merangkul juara atau naib juara 12 kali dalam tempoh  15 tahun yang lalu.

16. ALPBACH, TIROL, AUSTRIA

lokasi-unik-eropah-tengah-77

lokasi-unik-eropah-tengah-78

Walaupun saiz kecil dari segi jumlah penduduk, Alpbach adalah salah satu destinasi yang begitu dikenali dengan keindahannya.

Alpbach telah dinobatkan sebagai kampung yang paling indah di negara ini pada tahun 1983, dan dinamakan perkampungan flora paling indah di Eropah pada tahun 1993.

Walaupun ia agak terpencil sehingga di Alps, beribu-ribu pelancong datang ke sini setiap tahun untuk menikmati pesona dan keindahannya. Ia juga merupakan resort ski, dan di sini pada setiap tahun mereka mengadakan Alpbach European Forum, yang menarik bersama-sama orang-orang penting dalam dunia sains, perniagaan, seni, dan politik selama dua minggu untuk berkongsi idea.

Bagi mereka yang berminat dalam sejarah sains, ini adalah tempat di mana anda boleh mencari kubur Erwin Schrodinger, tokoh yang terkenal dalam teori fizik.

17. SPINDERLUV MLYN, CZECH REPUBLIC

lokasi-unik-eropah-tengah-79

lokasi-unik-eropah-tengah-80

lokasi-unik-eropah-tengah-81

lokasi-unik-eropah-tengah-82

Tempat peranginan gunung yang paling terkenal di negara ini, Špindlerův Mlýn bukan sahaja resort gunung terbesar di Pergunungan Krkonoše, tetapi juga yang terbesar dan paling terkenal di seluruh Republik Czech.

Špindlerův Mlýn adalah tempat yang hebat untuk percutian keluarga, mesyuarat perniagaan, atau pelancongan kongres. Ia adalah destinasi yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menikmati percutian santai di pergunungan, dan juga untuk peminat sukan serta pencinta hotel gaya gunung.

Dari musim bunga sehingga musim luruh anda boleh menikmati keindahan sungai, gunung dan rabung – sama ada dengan berjalan kaki, berbasikal, atau dengan menunggang kuda. Pada musim sejuk ia menawarkan resort ski yang terbaik di dalam Republik Czech, dengan 25 km cerun bukit, 3 snowparks dan 85km laluan ski yang merentasi desa di sini.

Baca lagi: Tip Kembara Dan Itinerari Ke 12 Negara Balkan Dengan Bajet RM3K Selama 32 Hari

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka