Baru-baru ini ramai teruja apabila mendapat tahu perkataan lepak telah diterima untuk dipakai di dalam kamus Oxford. Tapi ia sebenarnya bukan perkara baru kerana ia pernah ditimbulkan di dalam Forum Lowyat pada tahun 2012, “Lepak is now an english word, oxford.” Dan oleh sebab keterujaan itu, kami ingin kongsikan 17 perkataan yang berasal dari Melayu digunakan sebagai Bahasa Inggeris.

1. Agar, agar-agar: asal dari perkataan agar-agar

2. Bamboo: asal dari perkataan bambu

3. Cassowary: asal dari perkataan kasuari/kesuari

4. Cockatoo: asal dari perkataan kakaktua

5. Cooties: asal dari perkataan kutu, ‘lice’

6. Dugong: asal dari perkataan duyung, ‘mermaid’

7. Durian: asal dari perkataan duri ‘thorn’, durian ‘thorny’

8. Gecko: asal dari perkataan geko, gekok

9. Godown: asal dari perkataan gudang

10. Ketchup: asal dari perkataan kechap, sos ikan

11. Launch: asal dari perkataan Portugis Lancha “tongkang”, dari Melayu lancharan “bot”, dari lanchar “halaju tanpa usaha”, “tindakan meluncur lancar terutamaanya bot dan penyu)

12. Paddy: asal dari perkataan padi

13. Pangolin: asal dari perkataan pengguling

14. Proa/prahu/prau: asal dari perkataan perahu

15. Rambutan: asal dari perkataan rambut (hair) dan hutan (forest), rambutan ‘hairy’

16. Tael: asal dari perkataan tahil

17. Trepang: asal dari perkataan teripang/trepang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram