Nota Editor : Tips ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Firdaus Yasin, seorang usahawan Crispy Kapit yang memulakan perniagaan sejak tahun 2013 sehingga kini. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Harapan kami agar tips ini dapat membantu mereka yang bercita-cita mahu berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

firdaus-yasin

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

17 persediaan sebelum berhenti kerja

Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja. Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu berhenti kerja dan fokus untuk berbisnes dalam masa 2 tahun akan datang.

Beliau telah menanam budi pada saya dengan belanja saya makan nasi ayam kampung.

Saya kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti kerja.  (Rujukan dari pengalaman sendiri dan orang lain)

1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh  dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?

Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri (keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi (ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.

Good luck Bro!

P/s : Nota di atas hanya sebagai cadangan. Pemahaman pembaca terhadap nota ini adalah diluar tanggungjawab saya.

Like page The Vocket di Facebook