2 bulan lepas saya pernah berkongsi cara untuk mencari harga bilik dan homestay pada harga lebih murah di AirBnB.

Anda boleh baca artikel saya tentang 11 ‘Trick’ Cari Penginapan Pada Harga Lebih Murah Di AirBnB Sebelum Anda Travel di link ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai seorang yang gemar menggunakan AirBnB, hari ini saya nak highlight 8 perkara best dan 9 benda tak best (pros and cons) yang pernah saya alami sepanjang menjadikan AirBnB sebagai platform mendapatkan homestay setiap kali travel sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang best tentang AirBnB

1. Dapat tinggal di tempat rare, lain dari apa yang ditawarkan hotel. Jika pandai cari dan bernasib baik boleh dapat rumah unik, di lokasi best, harga pun berpatutan. Contohnya menginap di istana lama seperti dalam gambar.

tip-airbnb-1
Ye, istana ini milik satu keluarga di UK, mereka tinggal di istana ini dan ada beberapa bilik disewakan di AirBnB.

2. Dapat berinteraksi dengan penduduk dan orang tempatan. Paling kurang dapat berkenalan dengan host di tempat kita menginap.

3. Jimat belanja dan kos trip sebab boleh masak sendiri. Hanya perlu beli bahan mentah. Ada juga yang sediakan serba lengkap dapur, microwave dan oven. Macam lah kita ada masa nak bakar kek bagai. Haha.

4. Boleh basuh baju jika tinggal di homestay yang sediakan mesin basuh. Jadi tak perlu bawa baju yang banyak. Jimat ruang beg. Jimat kos dobi. Ada host sediakan mesin pengering, sabun dan pelembut kain sekali, serba lengkap. Dan siap ajar cara nak gunakan mesin tersebut.

tip-airbnb-2
Nak merasa tinggal di private Island? Ada je di AirBnB. Yang ini di Norway.

5. Merasa tinggal di komuniti tempatan. Lihat bagaimana orang tempatan hias rumah mereka. Dapat lihat budaya tempatan dengan lebih dekat. Jika jiran sebelah rumah pun peramah, dapat berkenalan dengan mereka juga.

6. Harga sewaan homestay lebih murah berbanding sewa hotel terutama bila travel dalam kumpulan yang ramai, atau travel bersama keluarga.

7. Jika sewa rumah, ada privacy terutama rumah yang mana host tinggal di lokasi asing dari tempat kita menginap.

8. Jimat caj parking jika homestay turut sediakan tempat parking kereta. Masalah ini parking selalu berlaku di bandar besar, contohnya di Eropah.

tip-airbnb-8
Hiasan dalam homestay kami masa di Cordoba, Sepanyol. Nampak 3 haiwan yang dah diaet tu?

Tapi sewa AirBnB pun ada risiko tersendiri iaitu

1. Tiada penyambut tetamu 24 jam. Adakala disebabkan kita sampai lewat, host letak kunci di tempat tersembunyi. Rasa macam masuk treasure hunt pula semata-mata nak cari kunci rumah.

2. Sebelum check out, rumah / bilik dan semua barang terutama pinggan mangkuk mesti dibersihkan dan disusun semula sama macam kita masuk. Sampah juga seeloknya dibuang sebelum kita tinggalkan homestay tersebut. Bukan macam hotel, boleh main tinggal bersepah dan tak perlu kemas.

Tapi dari sudut lain, ia boleh dijadikan satu benchmark dan juga peluang untuk kita tunjukkan sikap dan sisi baik rakyat Malaysia semasa di luar negara.

tip-airbnb-3
Homestay unik di Itali. Pelik je rumah nya kan?

3. Risiko tempahan dibatalkan host di saat akhir. Ada host yang agak memilih dan cerewet. Jika kita lambat balas mesej, dia cancel booking. Tapi kes sebegini sangat jarang berlalu (dan tak pernah berlaku kepada saya).

Pastikan kita inform mereka lebih awal jika kita tiada data internet dan local simcard semasa di sana. Dan setahu saya, yang buat perangai begini ini adalah host di Jepun dan di USA.

4. Sesat dan tak jumpa cari rumah. Lokasi tidak tepat di Google Maps.

5. Masalah komunikasi bila host tak pandai English dan kita pula tak pandai bahasa tempatan.

6. Bila dapat rumah tak best dan lain dari apa yang digambarkan dalam AirBnB.

tip-airbnb-4
Siapa ke Rotterdam boleh cuba tinggal di homestay cubehouse unik ini.

7. Kemudahan tak lengkap, barang dapur tak cukup. Pinggan pun tak cukup. Ini jenis host kedekut. Saya pernah kena sekali.

8. Host tak dapat di hubungi, tak angkat call. Atau lokasi rumah di kawasan terpencil sampai tiada line telefon dan internet. Ini biasanya berlaku jika kita booking homestay di ladang yang jauh dari bandar.

Jadi sebelum book, semak sama ada di tempat tersebut ada wifi atau tidak. Jika tiada, itu boleh dijadikan petunjuk kemungkinan besar tempat tu tak ada line coverage atau internet. Jadi, boleh tanya dan double check sebelum buat booking.

9. Syarat pembatalan yang agak ketat. Ada host yang letak strict cancellation. Jika dah book tapi kita nak cancel, host kenakan caj 50%. Sila baca syarat pembatalan betul-betul sebelum buat tempahan.

tip-airbnb-13
Homestay masa saya di Teruel, Sepanyol. Rumah ladang, jauh dari bandar dan tiada line telefon dan internet.

Walaupun saya ada lalui satu dua pengalaman tak best, pernah cari homestay dalam sejuk malam dengan salji bersepah di tepi jalan macam masuk treasure hunt, tapi sehingga kini AirBnB tetap jadi pilihan utama saya bila travel dengan keluarga.

Kunci utama adalah komunikasi. Hubungi host, tanya hingga anda dapat jawapan dengan jelas. Jika host tak reply, cari saja yang lain.

Daripada laporan yang dikeluarkan pada 24 Okt 2017, sebanyak 4 juta rumah dan bilik dari 65,000 bandar di seluruh dunia telah disenaraikan untuk sewaan di AirBnB. Kita ada banyak pilihan.

Semoga apa yang saya senaraikan di atas boleh dijadikan panduan sebelum anda buat tempahan homestay atau bilik di AirBnB.

Akhir sekali, jika belum ada akaun AirBnB boleh daftar di link ini dan anda akan diberikan diskaun sebanyak RM105 bila buat tempahan pertama. Register pakai akaun Facebook pun boleh.

Dan bagi yang pernah gunakan AirBnB, apa pengalaman anda setakat ini? Kongsikan di ruang komen.