Sebuah berita yang mendukacitakan buat industri penerbangan tanah air apabila AirAsia Berhad selaku syarikat penerbangan tambang murah bakal menamatkan perkhidmatan 172 juruterbang, 50 jurutera serta 111 kru kabin daripada 1,900 kru dalam usaha mengurangkan kos operasi.

Pengumuman penamatan perkhidmatan barisan pekerja AirAsia ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat menerusi sebuah sesi taklimat bersama kakitangan syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Newly appointed AirAsia CEO of Malaysian Operations Asmat poses for photos after news conference in Sepang
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat. Sumber: the star

Menurut Astro Awani, difahamkan kesemua mereka yang terlibat bakal dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. Pihak AirAsia Berhad dilaporkan turut menjanjikan pampasan kepada para pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

Difahamkan situasi syarikat AirAsia yang semakin meruncing berdasarkan pretasi semasa berikutan kehadiran wabak COVID-19 antara yang mendesak syarikat ini untuk mengurangkan kos operasi setakat ini. Selain itu, syarikat ini juga tidak mampu memberi jaminan tempoh syarikat berkenaan bakal kembali normal berdasarkan keadaan semasa.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_6_0_1_7_21127106-1-eng-GB_NAR Thai AirAsia20190606133033783_Datare2
Sumber: nikkei asian review

Selain itu, syarikat AirAsia X juga dilaporkan turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan warga Malaysia serta warga luar. Dilaporkan AirAsia X yang sebelum ini beroperasi melalui 32 pesawat kini dikecilkan operasi kepada 15 hingga 16 pesawat antarabangsa.

Diharap keadaan dapat cepat kembali normal semula dalam usaha untuk memulihkan ekonomi AirAsia serta syarikat-syarikat lain yang terlibat dan semoga dipermudahkan urusan buat para pekerja yang diberhentikan perkhidmatan.

Selain AirAsia, Malindo Air antara yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19. Turut dikongsikan, syarikat penerbangan kedua tertua dunia difailkan bankrap berikutan masalah ekonomi yang melanda.

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus

Syarikat Penerbangan Kedua Tertua Dunia Difailkan Bankrap Berikutan COVID-19

Sumber