Konflik yang berlaku di Mostar diantara Bosnians dan Croatian berlangsung sehingga 2 tahun (1992-1994). Tetapi ianya masih segar di dalam memori orang tempatan dan banyak kesan tinggalan perang masih kelihata sehingga sekarang sama ada dari segi fizikal dan mental.

Berjumpa dengan orang tempatan dan mendengar sendiri kisah dari mulut mereka sangat menyayat hati. Tapi di waktu yang sama ini tidak menghalang mereka dari menerima pelancong luar untuk datang melihat keindahan negara mereka.

Stephan merupakan host aku ketika di Mostar. Stephan banyak memberi penerangan sebenar yang tidak disebut di dalam mana-mana website tentang Mostar dan apa yang terjadi kini di Mostar.

mostar-bosnia-1

mostar-bosnia-2

mostar-bosnia-3

Ini adalah sedikit sebanyak fakta tentang Mostar dari mulut orang tempatan di sini.

1. Semasa peperangan di Bosnia, Bosnian dan Croatian bersatu padu bersama-sama melawan Serbia. Hanya di Mostar, orang Bosnia dan Croatian tidak bersatu dan saling bermusuhan.

2. Mostar dibahagikan kepada dua iaitu Mostar Timur dan Mostar Barat. Dan ianya dipisahkan oleh sebatang sungai.

3. Mostar Timur adalah bahagian Muslim Bosnian manakala Mostar Barat adalah kepunyaan Croatian.

4. Hanya ada dua pejabat kedutaan negara luar ditempatkan di Mostar Timur iaitu Kedutaan Turki dan Arab Saudi Arabia. Manakala yang lain-lain pejabat kedutaan terletak di bahagian Mostar Barat.

5. Semua masjid terletak di Mostar Timur dan semua gereja terletak di Mostar Barat.

6. Mostar mempunyai dua datuk bandar, satu di timur dan satu di barat.

7. Mostar mempunyai dua syarikat saluran elektrik. Satu syarikat adalah hak milik Bosnian dan satu lagi adalah hak milik Croatian, di mana saluran wang akan terus kepada negara Croatia.

8. Mostar barat juga mempunyai Bank of Croatia.

9. Ada 3 monumen Bruce Lee di dunia dan salah satu terletak di Mostar.

Baca: Bagaimana Trip Travel Pemuda Ini Bertukar Menjadi Bantuan Buat Warga Miskin Bosnia

mostar-bosnia-4

mostar-bosnia-5

mostar-bosnia-6

mostar-bosnia-7

mostar-bosnia-8

mostar-bosnia-9

mostar-bosnia-10

mostar-bosnia-11

10. Sebelum perang, bank adalah bangunan tertinggi di Mostar. Tetapi masa perang saudara meletus, bangunan bank ditakluk dan dijadikan spot bagi penembak tepat di atas rooftop bank tersebut. Sekarang bangunan bank ini terbiar dan tak digunakan, sebaliknya diberi nama sebagai Sniper Bank.

11. Masjid di tengah-tengah old town Mostar musnah ketika peperangan berlaku pada tahun 1992 – 1995. Lepas perang masjid ini dibaikpulih dan digunakan sehingga sekarang.

12. Banyak bangunan terbengkalai di kiri kanan jalan hasil dari peperangan yang lalu yang dibiarkan begitu sahaja.

13. Sudah 8 tahun pilihan raya tidak diadakan di Mostar.

14. Old Stari Most Bridge atau lebih dikenali sebagai The Old Bridge adalah landmark bagi Mostar. Ketika perang saudara, jambatan ini tekah dibom. Pembinaan semula jambatan dibuat pada tahun 2004.

15. Sebagai menyambut tarikh pembinaan semula jambatan, setiap tahun akan diadakan festival di mana penerjun rofessional akan membuat terjunan dari atas jambatan ke dalam sungai.

16. Penduduk di Mostar Barat mempunyai dua passport iaitu passport Bosnia dan passport Croatia.

17. Penduduk di Mostar Barat boleh mendapatkan lesen memandu di Croatia dan memandu di dalam kawasan Mostar Barat.

18. Sehingga kini pihak berwajib mungkin termausk PBB masih menutup mata berkenaan penindasan secara halus ini.

mostar-bosnia-12

mostar-bosnia-13

mostar-bosnia-14

mostar-bosnia-17

mostar-bosnia-15

mostar-bosnia-18

mostar-bosnia-19

mostar-bosnia-20

Ini sedikit sebanyak fakta apa yang aku tahu dari hasil penerangan oleh Stephan tentang bandar Mostar. Bandar yang begitu cantik dan mempunyai banyak kesan dari segi mental dan fizikal akibat dari peperangan masa lampau.

Dari pandangan mata kasar aku peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Mungkin betul atau mungkin salah. Bagi sesiapa yang mempunyai info tambahan tentang Mostar sila perbetulkan kesalahan aku dan boleh tambah lagi info yang aku tidak ketahui. Terima kasih.

Baca lagi: Lihat Kesan Perang Sewaktu Travel Ke Bosnia Mengajar Saya Perkara Mahal Tentang Hidup