Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Adakah anda masih ingat akan kes buli yang melibatkan kematian seorang Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017 yang lalu? Setelah dua tahun, akhirnya hari ini keputusan sama ada 19 tertuduh akan didakwa ataupun tidak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan 18 daripada 19 orang tertuduh dalam kejadian cedera hingga mengakibatkan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azman Abdullah berikutan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan. Tarikh perbicaraan selanjutnya adalah pada 2 Oktober 2019.