Dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Indonesia yang ditahan di Guantanamo Bay bakal dihadapkan ke mahkamah tentera Amerika Syarikat (AS) pada 22 Februari ini setelah didakwa mendalangi pengeboman maut di Bali pada 2002.

Menurut kenyataan Pentagon, pendakwa raya tentera AS sudah memfailkan dakwaan tersebut di tribunal tentera. Ia didedahkan pada hari pertama Joe Biden memulakan tugasnya secara rasmi sebagai presiden AS. 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakyat Malaysia, Mohammad Nazir Lep dan Mohd Farik Amin bersama-sama seorang warganegara Indonesia, Hambali, atau nama sebenarnya Riduan Isamuddin bakal didakwa di Stesen Tentera Laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba.

Menurut kertas pertuduhan yang dimuat naik oleh Pejabat Suruhanjaya Ketenteraan pada 21 Januari, Nazir dan Farik berdepan dengan sembilan pertuduhan, manakala Hambali pula menghadapi lapan pertuduhan.

Hambali digambarkan oleh Jabatan Pertahanan AS sebagai dalang yang merancang operasi bagi Jemaah Islamiyah (JI), manakala Nazir dan Farik pula adalah orang kepercayaan Hambali dan pernah mendapat latihan di bawah kendalian kumpulan al-Qaeda.

Ketiga-tiga mereka ini ditahan di Thailand pada 2003 dan dihantar ke rangkaian penjara rahsia CIA sebelum dipindahkan ke Guantanamo pada September 2006. Mereka dituduh melakukan pengeboman maut di Bali dan Jakarta pada 2002 dan 2003.

Mereka juga dilaporkan menghadapi pelbagai tuduhan termasuk melakukan konspirasi, pembunuhan, percubaan membunuh dan sengaja menyebabkan kecederaan tubuh yang serius.

Terdahulu, 2 warga Bangladesh positif COVID-19 di tahan di KLIA. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Positif COVID-19 Tetapi Masih Mahu Pulang Ke Dhaka, 2 Warga Bangladesh Ditahan Di KLIA