Trip Maldives kami kali ini agak mencabar kerana perancangan yang last minute ditambah dengan cuaca Maldives yang diistihar ‘Yellow Alert’ selama dua hari kami di sana. Kerajaan tidak membenarkan semua aktiviti air disebabkn ribut dan hujan lebat. Kami terpaksa ubah perancangan di saat-saat akhir untuk kesesuaian keadaan dan masa di sana.

maldives-yellow-alert-2
Keadaan selepas hujan ribut reda di Maldives

Sedikit perkongsian “Tips and Tricks” bagi yang bercadang untuk ke Maldives. “Tips and Tricks” ini adalah mengikut pemerhatian dan pendapat kami dan mungkin sedikit berbeza dari pengalaman orang lain. Harap dapat menjadi rujukan buat semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tips and Tricks

1. Belanja percutian ke Maldives tidaklah terlalu mahal seperti yang kami bayangkan sebelum sampai ke sini, melainkan anda memang merancang untuk tinggal di “Water Villa” ataupun di “Private Island”. Penginapan di hotel dan motel kecil adalah agak murah dan berpatutan.

2. Penduduk asal Maldives 100% beragama islam. Makanan halal bukan isu ketika berada di sini.

3. Sunblock satu keperluan.

4. Maldives terkenal dengan hasil ikan tuna. Kalau anda rasa buah tangan seperti magnet fridge dan key-chain sudah terlalu mainstream, anda boleh membeli pelbagai produk dari tuna untuk dibawa pulang sebagai satu kelainan berbanding tempat melancong lain. Smoke Tuna dalam vacum pack dapat dibeli dengan harga USD 1.50 sahaja sepeket. Lebih murah daripada harga sebiji magnet fridge. Produk ini boleh dibeli dengan mudah di Male Fish Market.

maldives-yellow-alert-4

maldives-yellow-alert-5

5. Mata wang yang digunakan adalah Maldivian Rufiyaa (MVR) dan USD. Untuk duit USD, pastikan setiap keping yang diperoleh atau ditukar berada dalam keadaan yang sangat baik dan bebas dari conteng. Duit kami banyak yang tidak diterima walaupun kami sudah cukup berhati-hati sejak dari ‘money changer’ Malaysia lagi. Kalau boleh, pastikan duit USD tahun 2006 ke atas atau yang terbaru.
(Anggaran tukaran wang USD 1 = MVR 15 = RM 4.2)

6. Flight Air Asia buat masa ini sampai ke Velana Airport, Maldives pada waktu malam. Jika berani boleh teruskan perjalanan ke mana-mana pulau penginapan dengan bot laju sewaktu sampai. Disebabkan kami membawa anak kecil, kami bermalam di Hulhumale pada hari pertama, pulau yang bersambung dengan lapangan terbang melalui jalan darat. Agak risau naik bot laju waktu malam bersama anak kecil. Pekerja hotel menjemput kami dengan kereta di lapangan terbang.

7. Bagi kami anak beranak, pengalaman di hari keempat mencuba bot laju waktu malam memang sangat mendebarkan dan menakutkan, tambahan waktu tu ribut baru beransur reda dan kami membawa anak kecil yang asyik ketakutan. 5 minit pun terasa sangat panjang. Suara makcik-makcik Maldives menjerit dah macam satu kebiasaan waktu tu. Dan ya, bot laju memang sangat laju dan melambung-lambung.

8. Antara pulau yang menjadi tumpuan transit adalah Maafushi. Kami tinggal di sini selama 3 malam. Semua aktiviti kami bermula di sini sebagai starting point ke mana-mana aktiviti yang dirancang.

maldives-yellow-alert-3

9. Pengangkutan termurah terus ke Maafushi dari Male adalah melalui feri barang. Kami naik feri ini ke Maafushi. Tambang feri barang hanya USD 3 berbanding USD 25 untuk bot laju bagi setiap kepala. Satu lagi feri murah adalah MTCC tapi akan singgah di Gulhi sebelum ke Maafushi.

10. Velana Airport terletak di Pulau Hulhule yang bersambung dengan Pulau Hulhumale. Untuk ke Maafushi menaiki feri barang, dari Hulhule/Hulhumale harus naik feri ke Male dahulu dalam MVR 5.50 (USD 0.35) sahaja. Sampai di Male, naik teksi ke Terminal Feri Maafushi dalam MVR 35 (USD 2.2). Dari terminal ini boleh naik feri barang ke Maafushi dengan harga yang sangat murah iaitu USD 3 sekepala. Bagi kami ia cukup murah dan sangat selesa. Kami difahamkan feri hanya ada satu trip pada pukul 3.00 p.m setiap hari kecuali jumaat. Sila tepati masa kalau nak jimat.

11. Untuk perjalanan balik pula dari Maafushi ke Male, feri barang hanya beroperasi pada pukul 7.30 a.m setiap hari kecuali hari jumaat. Harga juga masih USD 3 untuk seorang. Jika terlepas, alternatif lain adalah menaiki bot laju dengan harga USD 25 sekepala. Macam biasa, sila tepati masa jika nak jimat.

12. Cukai dan cas pengguna di Maldives agak tinggi. GST 12%, Cas Perkhidmatan 10% dan ‘Green Tax’ lagi.

13. Tak banyak money changer yang terima duit Malaysia. Kami hanya jumpa satu di tepi Male Islamic Center yang terima duit Malaysia.

14. Makanan tempatan di kedai ala rakyat tidaklah semahal di restoran. Di Maafushi dan Guraidhoo ada beberapa gerai bawah pokok yang ada makanan tempatan bagi sesiapa yang nak mencuba. Kami sempat mencuba kuih tradisional berasaskan tuna di gerai sekitar Guraidhoo, dan ianya sangat sedap.

15. Kami beruntung kerana bertemu dengan Abang Rifaah Mohamed, seorang rakyat Maldives yang pernah menetap di Sabah selama 15 tahun. Beliau juga mempunyai isteri dan anak-anak yang masih di Sabah. Sangat fasih bertutur bahasa melayu dan banyak membantu kami sepanjang kami di Maafushi walaupun kami tidak menginap di hotel beliau. Beliau adalah pengurus di Maafushi Inn. Sangat disarankan untuk sesiapa ke Maafushi meminta pendapat Abang Rifaah.

maldives-yellow-alert-6

16. Kami berpeluang menjejak 5 buah pulau dari 1190 buah pulau di Maldives iaitu Hulhule, Hulhumale, Male, Maafushi dan Guraidhoo.

17. Jujurnya rata-rata rakyat Maldives sangat sopan, bercakap dengan lemah-lembut, peramah dan bersih. Mereka juga sangat ringan tulang.

maldives-yellow-alert-1

18. Jambatan yang menghubungkan Male dan Velena Airport masih dalam pembinaan menggabungkan kepakaran China dan Maldives.

Pecahan bajet

Trip kali ini hanya melibatkan 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Jadi harga dibawah adalah harga untuk seorang dewasa untuk 5 hari 4 malam:

– Tiket ulang alik Air Asia KL-MALE = RM 888
– Hotel Hulhumale (1 malam) = RM 138.6
– Hotel Maafushi ( 3 malam) = RM 475
– Duit poket seorang untuk aktikiti / cenderamata / makan = RM 1037 (USD 250) sudah lebih dari cukup.

*Aktiviti dari duit poket :-
– Snorkling, Sand Bank, Local Island Guraidhoo full day visit = RM 170 (USD 40)
– Dinner Buffet = RM42 (USD 10) untuk setiap malam