Pernahkah anda bercadang untuk mendapatkan kereta terpakai atas alasan kereta terpakai lebih kurang kos? Langkah ini juga sangat sesuai buat graduan muda yang tidak mahu berbelanja besar mendapatkan kereta baru semasa baru disahkan pekerjaan.

Tidak kira apa alasan anda untuk mendapatkan kereta terpakai, ketahui terlebih dahulu 18 tip ini untuk mendapatkan kereta terpakai dalam kondisi yang baik serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Beli secara terus daripada pemilik asal

Apabila anda beli terus daripada pemilik asal, segala rekod berkaitan kenderaan dapat diperoleh. Tambahan pula biasa rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal. Kemahiran berunding amat diperlukan kerana kalau kena gaya, pemilik asal boleh memberi diskaun atas harga jualan.

2. Semak mileage dengan pusat servis

Mileage

Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan servis di pusat servis bertauliah serta bila kali terkahir servis dan pada kilometer ke berapa.

3. Hanya membeli kereta dibawah 15% gaji untuk kos ansuran

Hadkan 15% sahaja daripada gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tidak lagi termasuk lagi kos-kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan. Kalau bayaran melebihi 15%, saya risau nanti anda mengalami masalah cashflow. Semasa pilihan kereta dibuat, pastikan ini merupakan benchmark pertama.

4. Cek ruangan enjin untuk marking

22157116_1510201802359639_1088130512_n

Semasa proses pemasangan, komponen kenderaan akan ditanda dengan menggunakan pen atau paint marker. Tanda ini dibuat sebagai proses pemberitahuan bahawa komponen ini telah dipasang dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang dibaikpulih selepas kemalangan jarang mempunyai tanda ini. Oleh yang demkian, sekiranya tiada tanda ini kemungkinan besar kenderaan telah mengalami kemalangan

5. Spot Welding

22141045_1509341895778963_4160036194069372500_n

Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Jika kereta tersebut mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunalan kaedah MIG welding. Semasa mendapatkan kereta terpakai, lihat juga bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan

6. Ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata

Bagi kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat. Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Kalau di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru

7. Tahap keselamatan

Bagi yang mahu menaik taraf kenderaan daripada kompak ke kereta sedan atau mpv, ruang bagasi luas dan faktor keselamatan antara yang perlu dipertimbangkan. Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point daripada AseanNCAP.

Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme)

8. Pilih kereta yang menjimatkan bahan api

Tip kereta terpakai
Sumber: Team-BHP

Teknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan i-VTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahan api adalah lebih jimat dan berkuasa

9. Buat benchmark kereta baru dan lama

Sebagai contoh sekiranya anda meminati Vios baru 2016, tidak sekiranya anda buat pandu uji. Apabila anda pandu uji kereta baru, anda dapat mengetahui bagaimana kereta baru tersebut memecut, membrek, mengambil selekoh laju dan perlahan.

Perhatian juga perlu diberi terhadap bunyi yang dihasilkan semasa kereta melanggar lopak atau speed bump. Segala penelitian ini akan dijadikan penanda aras sekiranya kita membuat pandu uji terhadap model yang sama untuk membeli unit terpakai

10. Sabar dan bandingkan

Membeli kenderaan terpakai juga tidak semudah membeli kenderaan baru. Bermula dari membuat senarai pendek kereta yang ingin dibeli, pandu uji, membandingkan harga akan mengambil masa yang lama. Saya sendiri mengambil masa lebih kurang 3 bulan sebelum berjaya membeli kereta yang dihajati

11. Pilih kenderaan yg rekod senang dijaga

Terdapat beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat saya mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Merz, Ford), tapi maaf saya tiada pengalaman membeli kereta jenama ini. Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental.

12. Pilih kenderaan dgn teknologi terkini

TI-5

Memang tidak dapat dinafikankan, semakin hari kereta menjadi semakin canggih, selamat dan menjimatkan bahanapi. Keadaan ini menyebabkan kereta lama yang outdated menjadi semakin murah. Walaupun murah, pastikan kenderaan tersebut memenuhi objektif pembelian. Sebagai contoh, seorang bapa pasti tidak mahu membeli MPV tanpa beg udara dan brek ABS untuk membawa keluarga balik kampong sekiranya mampu

13. Elakkan kenderaan over modified

20032009214
Sumber: ZerotoHundred

Secara individu, saya tidak suka membeli kereta yang telah diubahsuai secara keterlaluan. Objectif pembelian saya ialah untuk membawa keluarga dari point A ke B dengan selamat dan jimat dan bukannya mahu menyertai drag race. Apa yang saya risau ialah kereta tersebut telah diubahsuai sistem gantungan sport yang keras, ekzos bising ala lori balak, rim 19-inci dan sistem elektronik ECU. Pilih yang standard sahaja.

14. Sentiasa pilih kenderaan dengan mileage rendah

kerana kereta ini jarang digunakan dan masih mempunyai jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh kalau mileage 200,000km pasti lambat launkomponen enjin dan kotak gear akan rosak akibat kehausan.

15. Pilih kenderaan yang tidak terlibat dengan kemalangan

Terdapat beberapa kes dimana kereta telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan. Sebagai contoh Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured.

Biasanya pihak insuren akan mengistiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah

16. Tetapkan objektif pembelian

Apabila memilih kereta, jangan terikut-ikut dengan rakan terdekat. Sekiranya kita membeli kereta dan merancang untuk berkahwin, salah satu pilihan yang sesuai ialah Perodua Bezza berbanding Perodua Myvi. Meskipun bentuk Perodua Bezza tidak seksi, ruang bagasi yang luas itu akan berguna bagi memuatkan kelengkapan bayi, satu almari baju bini, periuk belanga dan pelbagai aksesori isteri bila pulang ke kampung isteri.

17. Ketahui kos tersembunyi membeli kereta terpakai

Kos-kos tersembunyi semasa naik taraf kenderaan antara kos yang jarang difikir pengguna apabila memilih kereta baru. Sebagai contoh apabila memandu Perodua Myvi, saiz tayar yang biasa digunakan ialah saiz 14-inci dan saiz bateri juga kecil.

Apabila melihat jiran membeli MPV, maka kita pun membuat keputusan membeli MPV tanpa membuat kaji selidik. Saiz tayar yang besar, saiz bateri, kos selenggara, penggunaan bahan api dan cukai jalan antara yang membuatkan kita terpaksa berbelanja lebih berbanding menggunakan Perodua Myvi.

18. Terima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih

Sumber: Motocar

Tidak ada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun. Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan.