Korea Selatan pada ketika ini telah menukar level serangan coronavirus kepada ‘Kod Merah’, menjadikannya level tertinggi untuk serangan penyakit selepas selsema H1N1 pada tahun 2009. Pada ketika ini, jumlah kes yang dicatat di Korea Selatan adalah sebanyak 763 kes.

https://twitter.com/Terrence_STR/status/1231729482869940231

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anntara kes yang menyumbang kepada peningkatan kes coronavirus di negara ini adalah menerusi satu kumpulan warga Korea Selatan yang berkunjung ke Israel bagi tujuan lawatan keagamaan. Daripada 76 warga Korea Selatan, 18 telah disahkan positif.

Dua kumpulan penganut agama Roman Katolik telah pergi membuat lawatan di Israel pada 8 Februari lalu dan mengunjungi kawasan padat dengan pelancong di sana. Seorang wanita berusia 59 tahun menjadi mangsa pertama yang dijangkiti penyakit tersebut selepas beliau demam panas dan mengalami masalah pernafasan.

Israel telah mengesahkan kes kedua coronavirus dan pada ketika ini, telah mengharamkan pelancong dari Korea Selatan untuk berkunjung ke negara tersebut sehingga satu tarikh yang tidak diketahui.

Anda juga tidak dinasihatkan untuk ke Korea Selatan pada ketika ini kerana kes Coronavirus difahamkan telah merebak ke seluruh negara termasuk Pulau Jeju.

Sekiranya anda mahu menempah tiket ke Korea Selatan melalui tawaran hebat AirAsia yang sedang berlangsung ketika ini, dinasihatkan untuk memilih tarikh hujung tahun berbanding tarikh awal tahun.

Berikut adalah beberapa spekulasi tentang Coronavirus yang tular di media sosial. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Coronavirus Sudah Diramal Terjadi Sejak 39 Tahun Yang Lalu?

Senator Amerika Syarikat Dakwa Wabak Coronavirus Berasal Dari Makmal Di China

Coronavirus Cetus ‘Panic Buying’ Di Hong Kong, Tisu Tandas Bernilai Lebih RM500 Dirompak

Sumber