Kumpulan perbankan keempat terbesar Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB telah mengambil keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja mereka sebanyak 1,812 orang dengan kos pemberhentian mencecah RM309 juta di bawah skim perpisahan sukarela (VSS).

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada lewat Selasa, RHB menegaskan 1,812 kakitangan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Skim Peralihan Karier (CTS) pada 30 September lalu bagi membolehkan proses VSS dilaksanakan.

Kumpulan RHB memiliki 15,348 kakitangan di seluruh negara.

RHB menyatakan, jumlah yang memohon untuk berhenti secara sukarela adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang ditetapkan oleh pihak bank.

BACA: Coca-Cola Tutup Kilang Di Singapura, Pindah Operasi Ke Malaysia

BACA: NAZA Terpaksa Memberhentikan 300 Pekerja Akibat Kemerosotan Jualan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group