Alhamduilah, syukur kepada Allah kerana saya sudah berjaya menamatkan misi jelajah Kepulauan Taiwan selama 19 hari. Misi ni sepatutnya saya habiskan waktu travel ke Korea Selatan, China dan Jepun pada September-November tahun 2016. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tertangguh pulak misi ke Taiwan, hahahaa.

Kebanyakan orang kalau datang ke Taiwan selalunya hanya tertumpu untuk melawat kawasan Taipei City ataupun Kaohsiong sahaja. Tetapi, banyak lagi tempat-tempat yang menarik masih belum di kunjungi oleh kebanyakan para traveler bukan Taiwan (termasuk Malaysia).

Antaranya:

1. Shifen waterfall

Air terjun Shifen

Shifen waterfall merupakan air terjun yang terkenal di negara Taiwan. Nak ke sini selalunya naik keretapi dari Taipei City. Cantik air terjun kat sini dan ramai pengunjung tempatan dan luar datang untuk melihat pemandangan yang lain dari yang lain.

2. Taichung

Kawasan ini terkenal dengan aktiviti berbasikal keliling tasik air tawar. Tasik air tawar kat Taichung ni merupakan antara tasik air tawar yang tercantik di Asia. Besar jugak tasik ni dan pemandangan kat tasik ni boleh tahan.

3. Tainan

Dadong night market

Tainan merupakan kawasan selatan (bersebelahan dengan Kaohsiung). Kat kawasan ni terkenal dengan muzium yang hebat iaitu Chi-Mei Museum. Nak habiskan lawat muzium ni sekurang-kurangnya ambik masa 2 jam. Tambahan lagi, kawasan ni pun terkenal dengan pasar malam nya yang pelbagai terutamanya Dadong Night Market.

4. Dawu

Kawasan ni merupakan kawasan yang majoriti penduduknya adalah berketurunan Orang Asli. Kawasan ni lain tau agak pendalaman. Nak ke sini kena naik keretapi dari Kaohsiung (2 jam) atau Taitung (satu jam).

Lepas tu, kena naik kereta lebih kurang 20 minit baru sampai ke sini. Kawasan kat Dawu ni tak ada bangunan-bangunan tinggi, rumah kedai pun paling tinggi dua tingkat je. Tapi tenang kawasan kat sini.

Saya pun tak tahu tentang kawasan ini, nasib baik kawan Taiwan Couchsurfing bawa saya ke sini dan dia pun kebetulan salah seorang guru di sekolah orang Asli di Dawu. Siap bawa tempat rahsia orang tempatan lepak iaitu di air terjuh di Dawu. Peghhhhh. Terbaik. Tapi air terjun kat sini kecil je kawasannya, sebab tu tak terkenal, hahahaaaa.

5. Taitung

Kat Taitung pun best jugak sebab kawasan pantai tapi kena pilih pantai yang ok lah untuk mandi. Jangan datang waktu musim hujan atau rebut, memang tak dapat mandilah jawabnya. Huhuhuhuhu.

6. Hualian

Hualian

Terkenal dengan jolokan “The Hawaii of Taiwan”. Cantik giler kawasan laut kat sini. Nak ke sini biasanya naik keretapi dari Taipei (1 jam setengah) atau Kaohsiung (3 jam). Ramai datang ke sini waktu musim panas dan hari sabtu ahad. Janganlah datang kat sini waktu cuti, terlalu ramai pengunjung dan hostel selalunya penuh. Huhuhuhu.

Jiufen

Perbelanjaan saya pada pengembaraan jelajah Taiwan adalah sekitar RM 3200 (termasuk tiket flight RM700 pergi balik). Saya jimat dari segi penginapan kerana saya dapat booking hostel murah dengan menggunakan Booking.com iaitu di Kaohsiung (2 hari satu malam), Taitung ( 3 hari 2 malam) dan Hualian (2 hari 1 malam) dan 1 hari 1 malam di Taipei.

Pada masa yang sama, saya dapat menginap di rumah rakan Couchsurfing Taiwanese di Taipei (6 hari 5 malam), Tainan (2 hari 1 malam), Taichung ( 2 hari 1 malam) dan Dawu (1 hari 1 malam).

Oh ye. Trip kali ni agak istimewa kerana saya dapat mengelilingi seluruh peta Taiwan (Tanah besar je tau, pulau-pulau kecil keliling Taiwan, tak sempat nak cover, huhuhuhuu).

Ini merupakan kali pertama saya menggunakan perkhidmatan Couchsurfing dan ternyata ia tidak mengecewakan. Banyak benda kita boleh berkongsi dan dengar pengalaman-pengalaman travel kawan tempatan Taiwan yang jadi host kita. Tapi sebelum nak menginap, kena cari dulu mana-mana kawan yang boleh terima kita sebagai tetamu.

Ok lah, setakat itu sahaja perkongsian dari saya mengenai jelajah negara yang terkenal dengan moto “The Heart of Asia” iaitu Taiwan.

Baca lagi: Bagaimana Saya ‘Survive’ Dengan Duit Poket RM130 Selama 3 Hari Travel Di Taiwan