Psstt.. ini satu rahsia besar untuk anda. Ramai orang berbakat menghias rumah dengan menarik tanpa menggunakan modal yang besar. Persoalannya, bukan berapa banyak yang anda belanjakan, tetapi bagaimana anda memaksimakan apa yang anda ada. Anda tidak lagi akan memandang buku hanya sebagai buku, kerana anda sudah mula boleh menggunakannya sebagai aksesori deko anda selepas ini.

Ikuti 19 tip dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik di bawah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Gantung kanvas di ruang kosong

Gantung kanvas yang dicat dengan cat lateks untuk memberi seri kepada dinding kosong. Jadikannya besar: kanvas ini patut meliputi sebahagian besar dinding.

2. Bina meja tepi

Susunkan beberapa rak simpanan untuk membina meja tepi bertangga dengan permukaan yang mencukupi untuk meletakkan barangan hiasan dan lampu tepi. Letakkan hiasan menarik di dalam rak ataupun bahan-bahan bacaan yang akan anda baca… satu hari nanti.

3. Gantung pinggan

Pinggan yang disusun dengan warna-warna yang berbeza akan menjadikan dinding anda nampak segar. Pilih pinggan dengan tona warna, saiz dan tekstur yang berbeza. Letakkan pinggan yang paling dramatik di tengah-tengah tetapi sebelum itu, bereksperimentasilah untuk mendapatkan hasil terbaik. Setelah mendapat susunan yang anda sukai, lekatkan dawai penyangkut dan gantungkan.

4. Gunakan perabot jenis ‘wicker’ yang murah

Perabot ‘wicker’ adalah perabot yang kelihatan seperti urat-urat pokok yang ditenun. Lazimnya ia diperbuat daripada rotan, buluh ataupun bahan sintetik. Perabot ‘wicker’ mampu mengubah mood sesebuah bilik. Perabot wicker yang mampu milik ini boleh digunakan secara solo atau digabungkan dengan sofa kain anda yang lain.

5. Cipta hiasan dinding anda sendiri

Jika anda tidak pandai melukis, jangan risau. Bahan seni yang anda cetak dari komputer pun akan kelihatan mewah apabila dibingkaikan.

6. Bebaskan sisi seni diri anda

Terlalu banyak idea yang dapat dikeluarkan apabila anda mula berseni. Dengan sarung tangan bayi yang hilang pasangannya pun, anda dapat mencipta hiasan dinding anda sendiri. Guntingkan kain felt mengikut bingkai, gunakan gam untuk melekatkan felt pada bingkai, lekatkan sarung tangan di tengah-tengah bingkai, dan walla, anda sudah pun mendapat satu hiasan dinding yang menarik.

7. Unsur alam semulajadi

Tanpa berbelanja banyak, anda boleh mengutip cengkerang siput laut di pantai lalu menggunakannya untuk  menghiasi rumah. Boleh juga gunakan kayu-kayu lama yang dikitar semula, dan batu-batan untuk mencipta gaya rustik yang menenangkan.

8. Dari mata jatuh ke hati

Tambahkan keceriaan rumah anda dengan membungkus terendak lampu dengan carta ujian mata. Cetak percuma daripada internet, dan besarkannya di kedai fotostat.

9. Headboard ‘tiruan’

Tidak perlu membeli headboard sebenar, tetapi gunakan cat. Satu projek yang mudah, hanya catkan sedikit dinding di belakang katil, dan anda sudah kelihatan seperti mendiami sebuah bilik hotel mahal.

10. Cipta galeri foto anda sendiri

Pilih gambar-gambar terbaik dari satu tema yang sama: perkahwinan, parti harijadi atau percutian – dan letakkannya dalam bingkai yang bersaiz sama. Sama ada dalam bentuk segiempat sama atau memanjang, anda tidak perlu risau sekiranya memilih susunan geometri. Untuk susunan yang gila-gila tetapi seimbang, mungkin anda boleh memilih ini.

11. Pantulkan gaya anda

Tambahkan cermin untuk cahaya dan kesan dramatik kepada ruangan rumah. Pilih yang minimalis atau maksimalis – terpulang mengikut gaya anda.

12. Terendak lampu memukau

Terendak lampu berwarna memberi impak menarik kepada rumah anda. Hadkan penggunaan satu warna untuk satu bilik. Untuk impak lebih menarik dan moden, gunakan terendak lampu berwarna hitam.

13. Longgokan buku

Ia mungkin kelihatan berserabut, tetapi dalam masa yang sama, ia menangkap mata dan susunan buku secara melintang, membuat hati tertarik melihatnya. Sekiranya rak buku anda tidak cukup besar untuk buku bersaiz besar, letakkannya di atas bangku atau di hujung meja. Susunkan secara berseni, supaya lebih ramai menghargai dekorasi anda yang unik.

14. Gugusan lilin

Lilin kelihatan lebih menarik apabila dalam gugusan, lebih-lebih lagi pada permukaan yang luas, seperti meja kopi atau meja konsol. Semakin besar permukaan, semakin besar saiz atau bilangan lilin patut digunakan. Buat gugusan dalam bentuk 4 hingga 5 batang lilin yang berbeza ketinggian (tetapi sama warna) dalam bekas kaca lutsinar.

15. Gabungkan corak

Corak berbunga, warna solid, jalur, berkotak dan lain-lain adalah di antara corak-corak yang menghiasi rumah. Gabungkan corak-corak ini dan pastikan ianya berpadanan. Untuk selamat, pilih corak yang mempunyai warna latar belakang yang sama, terutamanya berwarna putih untuk corak bunga. Hadkan kepada penggunaan 2 atau 3 corak dalam satu bilik, dan tidak berlebihan.

16. Guna semula perabot lama untuk penggunaan baru

Kerusi yang berkeriuk boleh diberi nafas baru sebagai meja tepi. Katil yang patah boleh diguna semula sebagai kerusi selepas ubah suai.

17. Serlahkan warna menarik

Serlahkan bilik yang suram dengan warna pemecah seperti hijau limau. Hanya dengan dua aksesori berwarna hijau seperti permaidani dan alas kabinet, ruang ini kelihatan segar. Tambahan sedikit warna merah pada bunga kecil berbentuk bulat hanya menjadikan ruang ini lebih memikat.

18. Pamerkan koleksi anda

Pamerkan koleksi pasu anda pada satu tempat yang sama. Kumpul koleksi yang kelihatan hampir sama, tetapi berbeza, dengan tona warna yang tidak jauh berbeza, dalam pelbagai ketinggian dan bentuk. Pameran anda kelihatan hebat seperti digubah oleh kurator muzium.

19. Besarkan ruangan anda

Ruang sempit kelihatan semakin besar apabila anda gunakan cermin besar (sekurang-kurangnya 3/4 ketinggian dinding). Ia adalah trik klasik penghias dalaman untuk membuatkan ruang kelihatan lebih selesa – dengan segera!

BACA: 21 Gaya Untuk Jadikan Balkoni Tempat Paling Cool Dalam Rumah Anda

BACA Lagi: 13 Idea DIY Unik Dan Mudah Untuk Dekorasi Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber