Tanpa perlu bersusah payah, sapu sahaja nutella pada sekeping roti, dan walla, anda sudah ada sarapan yang menyelerakan. Rasa coklat yang penuh kaya memenuhi seluruh deria rasa, anda menikmatinya penuh khusyuk, melenyapkan seluruh bunyi bising di sekeliling. Ya, inilah magiknya tab bertutup putih bernama Nutella ini.

Lebih gila apabila terdapat ciptaan-ciptaan berasaskan Nutella di Melbourne yang mampu membuat ramai terkecur dengan hanya melihat gambar:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Nutella Cruffin di Agathé Pâtisserie, Melbourne Selatan

https://instagram.com/p/7jpltdlCn_/

Apabila anda sampai ke Pasar Market Melbourne, berlarilah untuk mendapatkan Nutella cruffin ini.

2. The Nut-Tellin’ Shake di Muharam Cafe, Hawthorn

https://instagram.com/p/61vvi7L_3j/

Shake Nutella ditutupi dengan donut Nutella. Apa lagi anda mahu?

3. Gelato kacang hazel, Nutella, dan serdak biscotti (cantoccini) di Pidapipó Gelateria, Carlton

Gelaria di Carlton ini menampilkan gelato Itali yang asli, dengan topping kacang hazel, Nutella dan serdak Biscotti. Tambah pula kon gelato dengan Nutella, ia bakal jadi satu rasa yang tidak dapat dilupakan!

4. Scroll Nutella Pisang dari KWAK Scrolls

https://instagram.com/p/6O32Rjshf1/
Scroll Nutella Pisang dari KWAK Scrolls ini bukan sahaja kelihatan menarik, rasanya juga, sungguh hebat!

5. Gyoza Nutella di Peko Peko, Fitzroy

https://instagram.com/p/4_7lSCxlqP/

Pelik juga apabila Nutella digabungkan dengan makanan Jepun, iaitu gyoza. Tetapi apa yang pasti, ini adalah pelik yang ‘bagus’ dan anda akan mengingati rasanya yang epik.

6. Donut Nutella di +39 Pizzeria, Melbourne CBD

Donut dengan isian Nutella dan gula ising, kedengaran menyelerakan.

7. Crepe buat sendiri di Myrtles Crepes & Coffee, Northcote

https://instagram.com/p/ut3tOkqKUc/

Ringan, gebu dan sedap – crepe memang menimbulkan ketagihan. Tambah pula dengan pisang, strawberry dan Nutella, memang menggiurkan.

8. Pizza Dolce di Pinocchio Pizza, Hampton and South Yarra

https://instagram.com/p/qjGYN7OEIw/

Ubah selera dengan pizza manis dengan topping Nutella, kacang tumbuk dan aiskrim vanilla.

9. Waffle Nutella di Waffle On, Melbourne CBD

https://instagram.com/p/6oKKBlrj4e/

Nutella atas waffle panas? Lebih sedap makan bila hari hujan.

10. Waffle Stack di Grand Trailer Park Taverna, Melbourne CBD

https://instagram.com/p/325F8fm3G1/

Tak cukup dengan waffle biasa, dapatkan waffle stack. Parfait nutella, krim putar, strawberi diapit oleh sepasang waffle. Simply irresistable!

11. Bomboloni Nutella di Baby Pizza, Richmond

Melihatnya, hatiku tertawan.

12. Waffle Stack di Truck Stop Deluxe, Werribee

This is serious eating.

13. Kek Nutella dan Keju Ricotta di Son of a Pizzaiolo, Thornbury

https://instagram.com/p/7Ht5LCiDdO/

Bakeri yang terkenal di Thornbury ini benar-benar tahu bagaimana untuk menggamit selera dengan balang ajaib Nutella. Selain kek ini, mereka juga menghidangkan calzone Nutella, pizzoli Nutella dan pizza croquembouche Nutella.

14. Nutella Brownie Dessert Shake di Johnny Pump, Essendon

https://instagram.com/p/7zFXAwHAjS/

Brownie shake pun sudah kedengaran sedap, inikan pula ditambah dengan Nutella dan krim putar yang banyak.

15. Wicked Snickers Crepe di Rue de Creperie, Fitzroy

Crepe + Nutella + cebisan Snickers + ais krim Vanilla. Serius, saya tak perlu terangkan lagi.

16. Bomba Nutella di St Domenico Pizza Bar, Richmond

https://instagram.com/p/6CF-LfRz0l/

Bomba adalah sejenis pizza yang tebal dan kenyal, dengan topping strawberi, pisang dan Nutella.

17. The Tilyan di The Moor’s Head, Thornbury

The Tilyan adalah calzone Nutella dengan ais krim ceri.


18. Donut Nutella di Lui Bar, Melbourne CBD

https://instagram.com/p/xpy7HSstAE/

Lui Bar yang terletak di tingkat 55, benar-benar ‘tinggi’ dengan kualiti donut Nutellanya!

19. Hampir kesemua item di Brunetti, Carlton

Kek keju, cornetto, cannoli – segala-galanya ada Nutella di sini!

TONTON: Resipi Coklat Chips Inti Nutella

BACA: 15 Resipi Pastri Manis Yang Tidak Perlukan Ketuhar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber