Hutan yang menghijau, binatang-binatang liar yang berkeliaran dan tanah yang gersang adalah sangat sinonim dengan Afrika Selatan.

Adakah anda tahu Afrika Selatan juga kaya dengan khazanah alam seperti pantai yang membiru, bunga-bunga yang berwarna –warni , hidangan makanan yang lazat dan juga penguin yang jalan terkedek-kedek dengan comelnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia telah memulakan penerbangan terus ke Mauritius. Jadi anda boleh gunakan kesempatan yang diberikan untuk meneroka benua Afrika. Sebelum anda ke Cape Town, Afrika Selatan, ini antara perkara yang perlu anda ketahui.

Saya telah berpeluang mengembara ke sana selama 8 hari ( tidak termasuk hari perjalanan) dan berbelanja lebih kurang 180 USD (RM2500) sewaktu di sana.

1. Adakah suntikan vaksin Yellow Fever diwajibkan?

Untuk ke Afrika Selatan suntikan vaksin Yellow Fever adalah tidak diwajibkan. Tidak seperti negara Algeria, Ghana, Angola dan lain-lain negara di Afrika yang mewajibkan suntikan vaksin Yellow fever. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, eloklah diambil.

2. Adakah saya memerlukan visa untuk ke Afrika Selatan?

Tidak. Bagi pemegang passport Malaysia kita boleh melawat ke Afrika Selatan selama 90 hari tanpa visa. Horayyyy! Tetapi anda hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat yang terbaru kerana kadang kala polisi akan berubah.

tip-travel-di-afrika-selatan-15 tip-travel-di-afrika-selatan-17 tip-travel-di-afrika-selatan-16 tip-travel-di-afrika-selatan-19 tip-travel-di-afrika-selatan-18 tip-travel-di-afrika-selatan-20 tip-travel-di-afrika-selatan-21

3. Apakah matawang yang digunakan di Afrika Selatan?

Matawang Afrika Selatan adalah South Africa Rand. Ianya boleh diitukar di beberapa tempat tumpuan pelancong di Kuala Lumpur seperti di KL Sentral, Mid Valley, Bukit Bintang dan lain lain.

Jika tidak sempat anda juga boleh membuat tukaran dari RM ke matawang antarabangsa seperti Euro, Singapore Dollar, Pound Sterling, USD dan lain lain.

4. Adakah Afrika Selatan selamat untuk single traveller?

Yup, Insyaallah selamat. Tetapi harus diingat kemana-mana pun anda pergi, pastikan anda berjaga–jaga. Sepanjang saya berada di sana, bagi saya penduduk Cape Town amatlah peramah dan sentiasa senyum.

Tetapi anda diingatkan supaya mengurangkan aktiviti pada malam hari. Jika ingin keluar malam, pastikan berteman.

5. Macamana cara untuk ke bandar dari lapangan terbang?

Terdapat beberapa cara untuk ke bandar dari lapangan terbang. Jika anda berkeseorangan, saya cadangkan anda menggunakan perkhidmatan bas MyCity. Harga sehala adalah 80 RAND.

Jika anda ke sana berdua atau lebih, saya sarankan anda menggunakan teksi (300 RAND) atau Uber ( dalam lingkungan 180 – 200 RAND). Jarak dari lapangan terbang ke pusat bandar adalah lebih kurang 30 hingga 40 minit.

6. Adakah terdapat ruang solat di lapangan terbang?

Ya, ada. Ruang solat terletak di kawasan ketibaan. Jika anda tersesat,ikut sahaja pandu arah yang disediakan. Harus diingat, hanya terdapat 1 ruang solat di lapangan terbang tersebut.

7. Makanan halal adakah mudah diperolehi?

Sangat mudah terutama jika anda berada di kawasan bandar seperti di Long Street. Pastikan juga anda menikmati hidangan yang disediakan oleh Cape Malay.

Antara restoran makanan segera yang halal adalah KFC dan juga Nandos. Harga makanan di sana boleh dikatakan berpatutan dan dalam lingkungan RM10 – RM20. Pasti puas hati dan sesuai dengan lidah Melayu.

tip-travel-di-afrika-selatan-16

tip-travel-di-afrika-selatan-19

tip-travel-di-afrika-selatan-20

tip-travel-di-afrika-selatan-21

tip-travel-di-afrika-selatan-17

tip-travel-di-afrika-selatan-18

tip-travel-di-afrika-selatan-24   tip-travel-di-afrika-selatan-25

tip-travel-di-afrika-selatan-15  tip-travel-di-afrika-selatan-26

tip-travel-di-afrika-selatan-27

tip-travel-di-afrika-selatan-28

tip-travel-di-afrika-selatan-29

tip-travel-di-afrika-selatan-30

8. Adakah saya akan mengalami masalah bahasa ketika di sana?

Bahasa utama Afrika Selatan adalah Bahasa Inggeris. Jadi, masalah bahasa mungkin bukan menjadi masalah utama jika anda boleh berkomunikasi dengan berbahasa Inggeris.

9. Bagaimana pula dengan pengangkutan awam?

Pengangkutan Cape Town adalah tip top dan terbaik. Jika anda di kawasan sekitar bandar Cape Town dan berada di sana lebih dari 2 hari Myciti PASS amat sesuai.

Kad Myciti boleh diperolehi di sekitar kaunter bas dengan harga 30 Rand (Kad tidak boleh dipulangkan) dan selepas itu anda boleh menambah wang seperti kad Touch N Go.

Untuk mendapatkan tambang yang lebih murah, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas diluar waktu puncak. Jadual bas boleh dikatakan agak kerap dan sangat menepati waktu.

Jika tidak, anda boleh menggunakan miniteksi atau van. Kadar tambang sehari adalah dalam julat R 7 hingga R 10.

10. Jika saya suka akan aktiviti lasak adakah Cape Town sesuai untuk saya?

Ya, Cape Town sememangnya sesuai untuk sesiapa yang gemar melakukan aktivi lasak. Untuk penggemar hiking, pastikan anda hiking di Table Mountain, Lion’s Head dan juga Signal Hill. Di Table Mountain, anda juga boleh lakukan abseiling dan di Signal Hill anda boleh berparaglinding. Menarik bukan.

11. Adakah penginapan di sana mahal?

Sepanjang saya d isana, saya menginap di Never@Home hostel. Harga untuk semalam adalah cuma RM48. Murah dan berbaloi kan . Tempat penginapan yang saya menginap amat strategik, bersih dan mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi. Secara purata, harga bilik untuk hostel di kawasan Cape Town adalah dalam lingkungan RM45- RM60.

tip-travel-di-afrika-selatan-8

tip-travel-di-afrika-selatan-10

tip-travel-di-afrika-selatan-9

tip-travel-di-afrika-selatan-12

tip-travel-di-afrika-selatan-11

tip-travel-di-afrika-selatan-13

tip-travel-di-afrika-selatan-14

tip-travel-di-afrika-selatan-33

tip-travel-di-afrika-selatan-32

tip-travel-di-afrika-selatan-31

tip-travel-di-afrika-selatan-35

tip-travel-di-afrika-selatan-34

12. Air paip boleh diminum?

Boleh. Walaupun Afrika Selatan tergolong dalam negara yang sedang membangun, air paip disana boleh diminum. Jadi, anda boleh berjimat.

13. Saya peminat sukan air, adakah berbaloi untuk ke Cape Town?

Cape Town mempunyai lebih kurang 70 buah pantai yang sangat bersih. Antara aktiviti sukan air yang popular adalah seperti surfing, kayaking,kite boarding, mandi manda dan banyak lagi. Jadi, jawapannya adalah amat berbaloi. Jika anda boleh.

14. Saya merancang untuk berbulan madu, adakah sesuai jika ke Cape town?

Ya, kenapa tidak. Cape Town merupakan antara bandar yang cantik yang pernah saya lawati. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dipanah cahaya mentari yang terang berderang menambahkan suasana romantik.

15. Bagaimana cara termurah untuk ke sana?

Secara kasarnya jika dari Kula Lumpur ke Cape Town, tiket penerbangan adalah sekitar RM3OOO. Tetapi anda boleh mencuba untuk memulakan perjalanan dari Singapore atau Bangkok.

Rajin–rajin mebuka laman sesawang SkyScanner dan sewaktunya. AirAsia telah memulakan perjalanan terus ke Mauritius. Jadi, dari Mauritius anda boleh terbang ke Cape Town.

16. Travel insurance? Patut ke beli? Macam membazir sebab saya sihat dan tidak berpenyakit?

Malang sifatnya tidak berbau. Jadi sediakan payung sebelum hujan. Apa yang boleh saya katakan, travel insurance adalah benda wajib jika anda hendak travel.

Bukan setakat sebagai cover jika mengalami masalah kesihatan, tetapi juga jika penerbangan terlewat, kerosakan pada luggage dan sebagai nya.

17. Saya seorang ‘morning person’ adakah Cape Town sesuai dengan saya?

Sesuai. Pada waktu pagi anda boleh hiking di Table Mountain dan sewaktu denganya, bersiar-siar di kawasan pantai, menikmati sunrise dan juga jogging dikawasan sekitar.

18. Saya suka melakukan aktiviti kemasyarakatan. Adakah saya berpeluang melakukan ketika saya berada disana?

Kira-kira 10 minit dari Cape Town anda boleh melawat ke Ikhaya Le Themba atau Home of Hope. Disini anda boleh beramah mesra dengan kadang- kanak yang kurang berkemapuan.

Pastikan jika kesana, bawa sedikit cendehati seperti pen, pensil, buah-buahan. Mereka pasti akan gembira memerima kunjungan anda.

19. Kalau di Cape Town, Safari mana yang wajib di kunjungi?

Secara jujur, di bandar Cape Town tiada taman safari. Jika anda berminat dengan safari, anda boleh mengambil pakej sehari atau dua hari kerana ia terletak di luar bandar Cape Town.

tip-travel-di-afrika-selatan-1
Clifton Beach

tip-travel-di-afrika-selatan-2

tip-travel-di-afrika-selatan-3

tip-travel-di-afrika-selatan-4

tip-travel-di-afrika-selatan-5

tip-travel-di-afrika-selatan-6

tip-travel-di-afrika-selatan-7

tip-travel-di-afrika-selatan-8

Hari Pertama
Tiba di Lapangan Terbang Cape Town , Kalau lapar boleh menikmati KFC di lapangan terbang.

Perjalanan dari lapangan terbang ke bandar dalam lebih kurang 30 minit. Saya menggunakan MyCity

Check in di Hostel Never @Home

Petang melawat sekitar Waterfront Cape Town , Green Point dan area Stadium Cape Town sambal melihat matahari terbenam

Malam rehat

Kos
Makan R45
MyCity RM30 (Bayar kad) RM80 (Tambang ke bandar) RM100 (Top up)
Beli stok makan RM70 (Sosej, telur, kentang, keju)
Hostel untuk 7 malam RM 160 X7 = RM 1120
JUMLAH R 1345

Hari Kedua
Hiking di Lion’s Head (3- 4 jam). Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Hiking ke atas mengambil masa 1 ½ jam .

Melawat perkampungan Bo’Kaap dan menikmati makanan Cape Malay

Malam – melawat Long Street (Long Street terletak ditengah-tengah bandar dan terdapat banyak restoran halal)

Kos (makan tengahari RM100)
JUMLAH RM 100

Hari Ketiga
Hiking di Table Mountain. Alternative boleh mengunakan cable car. Pastikan anda membeli secara dalam talian. Jika hiking di Table Mountain mengambil masa 2 – 2 ½ jam untuk ke atas . Ini antara Must do jika ke Cape Town.

Petang melawat Flea market di Greenmarket Square
Kos (Makan Tengahari RM 55)
JUMLAH RM55

Hari Keempat
Melawat Simon’s Town
Dari Cape Town menaiki keretapi ke Muizenberg. Dari Muizenberg anda boleh berjalan ditepi pantai St James Coastal walk dan terus ke Kalk Bay. Pastikan anda mencuba fish and chip. Berbaloi.

Dari Kalk Bay anda boleh menaiki keretapi ke Fish Hoek dan terus ke Simon’s Town

Di Simon’s town , ada masjid jadi boleh lah sembahyang.

Petang menikmati, matahari terbenam di SeaPoint (jalan kaki dari hostel)

Kos

Makan Fish and Chip RM 60
Tambang Keretapi RM 50
Top Up MyCity RM100
Makanan RM 80
JUMLAH RM 290

Hari Kelima
African penguin di Pantai Boulders. Dari Cape Town anda boleh menaiki keretapi ke Simon’s Town dan berjalan kaki ke pantai.
Anda boleh berada sehari di sana.
Makan tengahari di Simon’s Town jika ada masa anda boleh terus ke Cape of Hope (Tetapi ke tempah mini bas harga RM300, jadi jika berkumpulan

Kos

Makan fish and Chip RM 50
Tambang keretapi RM 30
Tiket masuk RM 60
JUMLAH RM 140

Hari Keenam
Melawat Pantai Hout Bay, pastikan anda membawa pakaian mandi . Jika anda ke sana pada hujung minggu, anda boleh melawat Pasar Minggu Kraf.
Petang ke Camp Bay

Kos (makan petang dan malam RM 110)
JUMLAH RM 110

Hari Ketujuh
Melawat taman botanical terbesar di Afrika , Kirstenbosch dengan menaiki UBER. Pastikan anda, membawa makanan yang cukup sebab dalam taman boleh berkelah.

Petang Hiking di Signal Hill untuk melihat matahari terbenam, anda juga boleh berparaglinding di sini

Kos

UBER RM 60
Tiket masuk RM 65
Makan RM 100
JUMLAH RM 225

Hari Kelapan
Hari terakhir, sepatutnya melakukan aktiviti kebajikan tetapi terpaksa dibatalkan kerana kanak-kanak tersebut mempunyai aktiviti lain.
Jadi hari ni ke Pantai Clifton sambal menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Jika anda berkelapangan dan mempunyai bajet, bolehlah ke sini.

Kos

UBER ke lapangan terbang RM 80 (kongsi 3)
Makan tengahari RM 100
JUMLAH RM 180