Dulu masa kecil banyak baca buku dan tonton tv yang menonjolkan kisah pintu, bilik dan laluan rahsia. Waktu itu berangan-angan nak ada kawasan rahsia di dalam rumah atau bilik. Rasa macam sangat best dan adventure!

Apabila semakin dewasa pula didedahkan dengan fungsi kawasan rahsia ini melalui filem dan dokumentari. Ia penting menjadi rahsia buat individu atau sekumpulan orang supaya ia menjadi tempat yang paling selamat di dalam rumah.

Gambarannya seperti ketika rumah dicerobohi orang di dalam filem Panic Room, atau mengintip orang di dalam rumah seperti filem thriller The Hidden Face, atau memerlukan ruangan persendirian seperti di dalam filem Hider in the House.

Pintu dan ruangan rahsia sebegini turut diminati oleh mereka yang sentiasa merancang dan bersedia menghadapi apa jua situasi. Golongan ini dikenali sebagai preppers.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤