Jika anda bertanya pada saya negara timur tengah mana yang paling best? Saya akan pilih JORDAN.

Kenapa Jordan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Merupakan tanah Syam.

2. Terdapat banyak makam Rasul dan Nabi, antaranya (Nuh, Harun, Yahya, Shuaib, Luth, Daud, Sulaiman, Khidir, Yusha’, Musa).

3. Terdapat banyak makam sahabat, antaranya (Zaid bin Harithah, Abdullah Rawahah, Jaafar Tayyar, Bilal ibnu Rabah, Amir abi Waqqas, Abdul Rahman Auf, Muaz Jabal, Abu Dzar Ghiffari, Abu Ubaidah, Shurhabil bin Hasanah, Dhirar Al-Azwar).

4. Ada 3 medan utama perang yang terkenal seperti Perang Mu’tah, Yarmouk dan Fahal.

5. Terdapat 2 kubu istana yang terkenal ketika perang salib : Karak Castle dan Showbak Castle.

6. Terdapat 6 buah kota Rom Decapolis : Jerash, Umm Qays, Pella, Jabal Qalah, Abila dan Bayt Ras.

7. Terletaknya tasik garam termasin di dunia iaitu Laut Mati, juga merupakan kawasan paling rendah di dunia berada 400m bawah paras laut.

Baca: Travel Solo 14 Hari Di Iran, Ini 9 Perkara Yang Ingin Saya Kongsikan

lokasi-menarik-jordan-1
Foto : Ad-Deir Petra, Jordan.

8. Terletaknya pokok Rasulullah atau dikenali sebagai Buqaawiyya, pokok tersebut berusia lebih dari 1500 tahun dan satu-satunya pokok besar yang terdapat di pedalaman Safawi. Di bawah pokok inilah nabi Muhammad saw bersama bapa saudaranya beristirehat ketika berdagang ke Syam.

9. Terletaknya bandar mozek terbesar di dunia yang berusia lebih dari 1400 tahun, bandar tersebut bernama Madaba.

10. Satu-satunya negara di dunia yang pernah diduduki pelbagai tamadun hebat dunia seperti : Rom, Parsi, Greek, Monghol, Umayyad, Abbasid, Ottoman, Khulafa’ Rashidin.

11. Kota Petra, diiktiraf antara salah satu tujuh benda ajaib di dunia pada tahun 2007.

12. Terletaknya gua Ashabul Kahfi, kisahnya telah diceritakan di dalam Al-Quran.

13. Wadi Rum, sebuah gurun padang pasir dengan keunikan gunung batu granit dan basalt. Pemandangannya sangat memukau di kala matahari terbenam.

14. Terdapat banyak istana lama empayar islam seperti : Qasr Amra, Qasr kharrana, Qasr Mushatta, Hammam Assarah, Qasr Al-Azraq, Qasr Al-Hisa, Qasr Qatrana.

wadi-rum-jordan-1
Wadi Rum. Gambar ehsan Google.
lokasi-menarik-di-jordan-1
Qasr Amra. Gambar ehsan Google.
lokasi-menarik-di-jordan-2
Umm El-Jimal. Gambar ehsan Google.

15. Lain-lain lokasi sejarah : Umm El-Jimal di Mafraq, Iraq El-Amir di Wadi Seer, Ajloun Castle, Tafilah Castle, Maan dan Aqabah Castle.

16. Di negeri Al-Karak sahaja terdapat lebih dari 10 buah kota lama yang berusia ratusan tahun, antaranya di : Muhay, Rabba, Adir, Rakin, Al-Qasr.

17. Lain-lain destinasi menarik, antaranya : Royal car museum di Amman, Squba diving di Aqaba, Camel ride di Wadi Araba, bermalam di kem Badwi di Wadi Rum.

18. Siq Al-Barid atau dikenali sebagai Little Petra, sangat unik untuk diterokai, terletak 10km dari bandar Wadi Musa (Petra).

19. Jika anda peminat paleontologi fosil, anda boleh berkunjung ke kampung Iraq, di atas gunungnya terdapat banyak kesan fosil yang boleh dilihat dengan jelas.

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Jordan, rasanya jika diberi masa 3 bulan sekali pun belum tentu cukup untuk teroka semua tempat di Jordan.

Sekali imbas hampir kesemua tempat yang disenaraikan di atas merupakan lokasi berbatu yang mungkin membosankan bagi sesetengah orang. Tetapi percayalah sekali anda datang ke Jordan, saya yakin hati anda pasti akan terpaut.

Cewaahh! Dah macam duta Jordan pula jadinya. Haha. Soga bermanfaat.

Baca lagi: 4 Perbezaan Ketara Yang Aku Temui Sewaktu Travel Solo Ke Iran Di Bulan Ramadhan