Pernah tak kau jumpa member yang jadi ejen MLM kurus-kurus, “Minum bendalah ini setiap pagi, jaga makan.”

Siap dibekalkan botol besar lagi supaya kau boleh isi semula air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi kau makan suplemen pun tetaplah kau kena minum air dan jaga makan.

Kau tengok pula iklan ubat sakit lutut, kau tahu mereka pakai gambar apa?

Mereka guna gambar orang bersenam.

Jadi kau tahu, sebenarnya kena bersenam barulah lutut kau jadi baik.

Aku cadangkan 2 aplikasi ini yang kau boleh download terus masuk phone.

1. myfitnesspal

Gambar masa baru bermula.

Dulu sebelum kahwin, aku guna app myfitnesspal untuk jejak pengambilan kalori harian.

Tujuannya untuk turun berat badan.

Menjelang umur 30 tahun, aku dah rasa tak sedap badan. Asyik sakit-sakit sahaja.

Aku ambil keputusan untuk kembali guna app ini.

Punyalah power app ini sebab kau tulis nama makanan dalam bahasa Melayu pun keluar.

Jadi kalau tengahari tadi kau baru melantak nasi kandar, taip saja nasi kandar.

Baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu tinggal berapa kalori lagi untuk kau melantak petang nanti.

Bila guna app ini kau tahu, makan nasi putih bukannya kesalahan besar. Tapi kena tahu berapa banyak kau boleh ambil.

Kalau makan nasi putih, kau boleh pilih berapa senduk kau ambil.

Yang penting kena jujur. Yang nak kurus adalah kau, bukannya app ini.

Malah kalau kau beli sushi di Aeon pun kau boleh imbas kod bar. Nanti terus app ini beritahu berapa kalori.

Selepas 30 hari guna app ini dapatlah turunkan berat badan sebanyak 5 kg.

Nampak macam tak banyak, sebab memang aku set dalam myfitnesspal itu aku nak turun 500 gram sahaja seminggu.

Jadi selera makan aku tidaklah terganggu sangat.

Masa nak kahwin dulu berat turun pantas, kahwin saja naik terus banyak.

Lebih baik turun perlahan-lahan.

2. Freeletics.

Baju ini salah beli 2 tahun lalu, sendat. Baru boleh pakai tahun ini.

Aku install app yang ini sudah lama tapi tak reti guna. Kemudian uninstall balik.

Baru-baru ini aku masuk satu kumpulan, Core2befit.

Hampir tiap daerah atau kawasan di Selangor dan KL ada jurulatih. Dan mereka guna app ini untuk jejak kau bersenam atau tidak.

Mereka ajar sebelum buat sebarang senaman, kena buat dynamic warm up. Ada 7 langkah.

Boleh tonton video ini untuk dynamic warm up.

Pertama kali aku buat warm up ini, terus rasa nak pitam pada langkah ke-6. Akibatnya aku tak sudahkan langsung warm up apatah lagi nak workout.

Betapa tak cergas langsung aku 30 hari lepas.

Mudah sebenarnya dynamic warm up:

1. Jumping jack – 50 kali
2. Kneeling – 10 kali (5 kiri dan 5 kanan)
3. Cobra – 10 kali
4. Stretch arms – 10 kali
5. Halasana – 5 kali
6. High knees – 50 kali
7. Jumping squat – 10 kali

Habis buat ini barulah kau buka app Freeletics dan pilih mana-mana workout.

Tapi jangan pilih workout ikut turutan huruf. Pilih ikut tahap kesusahan (difficulty).

Setiap workout kau boleh tonton video untuk tahu cara nak buat.

Cadangan untuk bermula:

1. Athena (endurance)
2. Morpheus (endurance)
3. Metis (endurance)

Setiap sesi buat satu workout pun cukup. Kalau rajin buatlah dua (ini ayat sedap hati sebab aku tak larat buat banyak).

Sebab yang penting bukan banyak workout dalam sehari, tetapi berapa kerap kau ulang pada hari-hari berikutnya.

Jurulatih aku cadangkan minima workout 3 hari seminggu, paling bagus 5 hari seminggu.

Habis workout buat stretching pula. Yang part ini aku pun masih tak hafal langkah dia. Jadi tak dapatlah aku tulis secara terperinci.

Inilah nota aku sepanjang 30 hari misi nak sihat.

Kalau nak kurus jagalah pengambilan kalori harian. Kalau nak sihat, bersenamlah.

Kalau kau tinggal di Kajang atau Bangi dan rasa nak sertai Core2befit boleh hubungi:

1. Coach Mat Nor Azam
2. Coach Zul Kamal Zahari

Bagi kawasan lain, pergilah masuk laman Facebook Coretobefit Venture.