Sebuah klip video menunjukkan jurulatih pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka bertindak menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor telah tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/jllmisai/status/1609494359342469130

Hal ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada segelintir netizen mengatakan ia perkara ‘biasa’ dan mereka pernah mengalaminya ketika zaman belajar.

Justeru itu, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh melahirkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku ini dan telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung perkara ini.

Fadhlina Sidek berkata bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu. Malah, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden ini supaya tampil memberi keterangan.